X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Menjaga Gigi Anak Agar Kekal Cantik & Sihat, Rahsianya Guna Ubat Gigi Berfluorida!

4 min bacaan
Cara Menjaga Gigi Anak Agar Kekal Cantik & Sihat, Rahsianya Guna Ubat Gigi Berfluorida!

Tahukah ibu ayah akan asas penjagaan gigi kanak kanak yang betul? Ia adalah penting untuk mencegah daripada berlakunya kerosakan dan karies gigi

Kebanyakan doktor pergigian berpendapat bahawa penjagaan mulut atau gigi kanak kanak hendaklah bermula sebelum gigi pertama mereka tumbuh. Hal ini kerana kerosakan atau karies gigi boleh terjadi sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut.

Ibu ayah perlu tahu bahawa punca utama kerosakan gigi kanak kanak adalah disebabkan oleh cairan (jus buah-buahan, susu formula atau susu ibu), air minuman atau makanan bergula yang diberikan. 

Tips menjaga kesihatan gigi kanak kanak dengan betul

ubat gigi kanak kanak

credit to sources

Bagi mencegah masalah kerosakan gigi, penggunaan ubat gigi berflourida antara salah satu cara mudah dan berkesan. Flourida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi.

Justeru amalan memberus gigi secara rutin menggunakan ubat gigi berfluorida ini dapat meningkatkan enamel gigi dan sekaligus mencegah karies. Menurut American Association of Dentistry (ADA) mencadangkan penggunaan ubat gigi berfluorida seawal yang mungkin untuk pendedahan lebih awal dan perlindungan menyeluruh.

Antara perkara yang boleh dan tidak boleh dalam penggunaan ubat gigi kanak-kanak ialah:

#1. Boleh

  • Gunakan secalit sahaja ubat gigi kanak-kanak untuk yang berusia bawah 2 tahun. (Ubat gigi kanak-kanak biasanya mengandungi fluorida sebanyak 600 ppm atau kurang)
  • Berus gigi dua kali sehari
  • Paling penting memberus gigi pada waktu malam sebelum tidur

#2. Tidak boleh

  • Jangan mencadangkan ubat gigi yang mengandungi lebih fluorida dari 600 ppm untuk kanak-kanak berumur bawah 6 tahun melainkan anda menilai kadar kariesnya tinggi.
  • Elak berkumur selepas memberus gigi (lebih digalakkan meludah sahaja). Bagi kanak-kanak yang mempunyai kadar kariesnya tinggi, meskipun berumur 6 tahun ke bawah, anda dinasihatkan menggunakan ubat gigi berfluorida melebihi 1, 000 ppm atau ubat gigi orang dewasa.

Kuantiti ubat gigi yang dicadangkan

Ibu ayah perlu meletakkan kuantiti kecil ubat gigi berfluorida kanak-kanak iaitu 0.25g sehingga 0.5g (sebesar kacang soya atau sepanjang 5mm sahaja).

penjagaan gigi kanak-kanak

credit to sources

Bagi anak kecil yang berusia 6 tahun ke bawah, ibu ayah hendaklah membantu mereka memberus gigi dengan betul. Mekipun ada ubat gigi kanak-kanak yang dilabel selamat untuk ditelan, tolong pastikan dan pantau si manja untuk tidak menelannya.

Jika makanan pun anda berkira apa yang masuk ke dalam mulut, takkan ubat gigi direlakan begitu sahaja? Ramai ibu ayah risau untuk gunakan ubat gigi berfluorida ini kerana anak kecil gemar menelannya. Sebab itulah paling penting adalah anda sendiri memantau mereka.

Kesan negatif pengambilan fluorida berlebihan

Antara fungsi flourida kepada kesihatan pergigian ialah:

  • Menggalakkan proses remineralisasi jika ada lesi awal pada lapisan enamel gigi.
  • Memperbaiki struktur kimia pada enamel menjadikannya lebih resistan/ rentan terhadap serangan asid
  • Mengurangkan keupayaan bakteria dalam menghasilkan asid.

Walau bagaimanapun pengambilan fluorida secara berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi ketika mereka menelan ubat gigi. Sesetengah anak kecil amat suka dengan rasa ubat gigi berperisa.

Justeru pengambilan fluorida berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang kecil berwarna coklat. Warna inilah kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan.

Ibu ayah juga boleh melakukan beberapa langkah lain dalam menjaga kesihatan gigi si manja. Antaranya ialah:

#1. Mengadakan janji temu dengan doktor gigi

penjagaan gigi anak

credit to sources

Bawalah anak berjumpa doktor pergigian untuk pemeriksaan seawal usia bagi membiasakan mereka dengan suasana di klinik pergigian. Pastikan langkah ini dilakukan setahun sekali, namun bagi anak yang berisiko mendapat kerosakan gigi (karies), pemeriksaan gigi mungkin lebih kerap diperlukan.

#2. Makan secara sihat

Ibu perlu mengelakkan dari menambah gula ke dalam makanan atau minuman kanak-kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan ia tidak diisi dengan minuman mengandungi gula.

Pastikan anda mempraktikkan makanan yang seimbang di rumah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

#3. Berhenti penggunaan puting

Anak kecil yang diberikan puting kebiasannya menjadi lebih diam dan mudah dijaga. Namun penggunaannya secara berterusan adalah tidak digalakkan. Pastikan mereka tidak menggunakan puting langsung ketika memasuki usia 6 tahun iaitu gigi kekal mula tumbuh. 

Hal ini kerana puting boleh menganggu proses penyusunan gigi kekal menjadi tidak rata dan cantik. 

Sumber: Myhealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkaries-gigi-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Cara Menjaga Gigi Anak Agar Kekal Cantik & Sihat, Rahsianya Guna Ubat Gigi Berfluorida!
Kongsikan:
  • Kanak-Kanak Ini Mungkin Masih Hidup Jika Dia Diajar Untuk Jaga Giginya!

    Kanak-Kanak Ini Mungkin Masih Hidup Jika Dia Diajar Untuk Jaga Giginya!

  • Anak tak selamat dari kerosakan gigi walaupun memberus sebanyak 3 kali sehari!

    Anak tak selamat dari kerosakan gigi walaupun memberus sebanyak 3 kali sehari!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kanak-Kanak Ini Mungkin Masih Hidup Jika Dia Diajar Untuk Jaga Giginya!

    Kanak-Kanak Ini Mungkin Masih Hidup Jika Dia Diajar Untuk Jaga Giginya!

  • Anak tak selamat dari kerosakan gigi walaupun memberus sebanyak 3 kali sehari!

    Anak tak selamat dari kerosakan gigi walaupun memberus sebanyak 3 kali sehari!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.