Selalu kita mendengar tips bagaimana untuk mula dan mengekalkan menyusukan anak dengan susu badan. Jarang kita mendengar tentang tips bercerai susu badan.
Menghentikan anak dari menyusu badan boleh menjadi satu langkah yang sukar memandangkan anak sudah terbiasa dengan susu badan. Ikuti langkah berikut bagi memudahkan urusan anda.
1. Pilih masa yang sesuai
Penyusuan susu ibu yang eksklusif amat disarankan untuk 6 bulan yang pertama usia bayi. Selepas daripada tempoh itu, disarankan untuk gabungkan pemakanan ringkas seperti puri sayur-sayuran dan susu ibu sehingga usia anak menjangkau 1 tahun.
Kemudian makanan yang lebih kompleks beserta susu ibu sehingga 2 tahun. Namun, ramai juga ibu yang membuatkan keputusan untuk berhenti menyusu lebih awal mengikut kemampuan masing-masing.
2. Rancang jadual berhenti menyusu
Berhenti menyusu secara mendadak mungkin bukanlah keputusan yang terbaik. Cuba rancang jadual berhenti menyusu secara perlahan supaya ia tidak mengejut buat badan anda dan anak anda.
Berhenti menyusukan susu badan boleh mengangkibatkan bengkak susu serta anak ‘trauma’ kerana tiba-tiba rutinnya berubah. Jadi anda mungkin mahu penggunaan jadual untuk berhenti menyusu secara perlahan seperti contoh di bawah. Anda boleh menggantikan susu anda dengan susu formula atau susu segar.
Ikuti langkah di halaman selanjutnya
3. Langkau masa menyusu
Anak-anak selalunya mempunyai masa atau jadual yang tetap untuk menyusu. Cuba langkau salah satu masa menyusu agar tindakan untuk berhenti menyusu tidak terlalu mendadak. Semasa anda melangkau masa ini, anda boleh gantikan dengan waktu snek atau waktu tidur contohnya. Semakin hari, banyakan waktu yang anda langkau hingga tiada lagi waktu menyusu.
Imej ehsan shutterstock.com
4. Masa menyusu lebih pendek
Kurangkan durasi menyusu anak supaya anak anda tidak terbiasa dan selesa menyusu dengan anda. Anda sama ada boleh memastikan anak anda kenyang sebelum menyusu atau anda boleh pendekan waktu menyusu dengan mengalih perhatiannya dengan perkara lain. Seperti aktiviti bermain, membacakan buku cerita dan lain-lain.
Imej ehsan shutterstock.com
5. Tunda atau alih perhatian
Apabila tiba waktu menyusu, cuba menangguh waktu menyusu dengan aktiviti lain. Seperti mandi, bermain atau makan. Ini juga boleh membuatkan anak anda ‘terlupa’ waktu menyusunya dan terus tidak menyusu untuk waktu itu. Secara tidak langsung, anak anda akan terbiasa untuk tidak menyusu ketika itu. A
Ada juga ibu yang menggunakan cara lebih ‘kuat’ seperti meletakan minya zaitun bercamour bawang putih pada puting supaya ada bau yang kurang menyenangkan buat anak anda. Cara dan langkah yang disarankan hanyalah cadangan atau idea untuk membantu anda. Fasa berhenti menyusu susu badan adalah langkah yang emosional bagi ibu dan anak.
Akan banyak tangisan dan ‘drama’ si kecil ketika ini. Kedua ibu dan anak harus sama-sama bersedia sebelum mulakan langkah ini. Melakukan langkah ini sendirian mungkin sedikit sukar, jadi dapatkan bantuan pihak ketiga seperti suami anda atau ibu bapa anda di awal langkah berhenti menyusu.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!