Perut Asyik MENJERIT Minta Makanan Sebelum Tidur? Awas Tanda Sindrom NES!

Perut Asyik MENJERIT Minta Makanan Sebelum Tidur? Awas Tanda Sindrom NES!

Pernahkah anda mengalami dilema sukar untuk tidur akibat sering lapar walaupun baru sahaja menikmati makan malam? Ia mungkin Night Eating Syndrome!

Sukar melelapkan mata tengah malam kerana sering lapar dan kepala sibuk memikirkan makanan apa yang ada di dalam peti dapur menjadi salah satu petanda anda mengalami sindrom NES.

Pastinya, keadaan ini membuatkan anda bingung dan terganggu untuk tidur pada masa yang tepat dan sekaligus menjejaskan waktu tidur yang berkualiti.

Jika situasi seperti ini perkara yang biasa berlaku pada diri anda setiap hari atau sekurang-kurangnya dua kali seminggu, ini bermakna anda mengalami sindrom makan waktu malam atau NES.

Sindrom sering lapar pada waktu malam 

sering lapar Sumber: nutricaointeligentsuplementos

NES adalah singkatan bagi Night Eating Syndrome iaitu gangguan pemakanan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan badan dalam mengambil makanan mengikut waktu makan.

Night Eating Syndrome tidak sama dengan Binge Eating Disorder Syndrome iaitu sindrom dalam pengambilan portion makanan yang berlebihan dari yang diperlukan oleh badan.

Individu yang mengalami sindrom NES biasanya bukan sahaja membuatkan anda sentiasa lapar tengah malam, tetapi  juga membuatkan anda mengabaikan pola pemakanan seharian mengikut waktu yang sesuai.

Ketahui punca sebenar anda lapar

lapar waktu malam Sumber: Medical News Today

Penyebab utama yang mendorong masalah gangguan pemakanan ini masih lagi tidak diketahui oleh pakar perubatan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa sindrom ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan masalah dengan kitaran tidur dan hormon seseorang.

#1. Terbiasa berjaga waktu malam

Sebenarnya pelbagai punca mendorong anda menjadi lapar pada tengah malam. Bagi anda yang masih belajar, pastinya anda akan terbiasa menikmati makanan sambil menyiapkan tugasan mahupun lepak santai bersama kawan di bilik kolej.

Kebiasaan gaya hidup sebegini akan berterusan sehingga anda memasuki alam pekerjaan.

Bagi golongan bekerja pula, pastinya jadual anda cukup sibuk untuk menyiapkan kesemua tanggungjawab yang diberikan oleh pihak atasan.

Kesibukan dengan tugasan seharian ini sekaligus memberi kekangan untuk anda mengambil sarapan pada waktu pagi bahkan ramai yang sanggup mengorbankan waktu makan tengah hari.

Kesannya, tubuh badan anda yang tidak memperoleh makanan yang mencukupi dan ia seolah-olah “membalas dendam” dengan memaksa diri anda mengambil makan malam yang lebih banyak.

#2. Tindak balas diet

Secara umumnya, Night Eating Syndrom atau Sindrom Makan Malam ini juga boleh terjadi disebabkan oleh tindak balas diet yang anda tetapkan.

Apabila anda mengatur dan mengehadkan pengambilan kalori pada waktu siang, tubuh akan menghantar isyarat yang berlebihan kepada otak pada waktu malam bahawa ia memerlukan lebih makanan.

#3. Tekanan Kerjaya

Bukan itu sahaja, penyebab berlakunya keadaan kerap lapar pada waktu malam ini juga disebabkan oleh tekanan seharian yang dihadapi yang  majoritinya terdiri daripada golongan yang bekerjaya.

Bagi anda yang bekerja, sudah pasti anda perlu menghabiskan masa sekurang-kurangnya separuh hari untuk berada di pejabat. Hal ini diburukkan lagi sekiranya pihak atasan memaksa anda untuk bekerja lebih masa hanya kerana ingin tugasan tersebut siap sebelum tarikh penghantarannya.

Sedar ataupun tidak, ketinggalan waktu makan sekaligus boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk bersosial dan melengkapkan tanggungjawab seharian.

#4. Perubahan hormon

Anda yang sering kali lapar waktu malam ini berkemungkinan mempunyai corak hormon yang berbeza. Ia mengakibatkan perut anda berasa lapar pada waktu yang tidak sesuai untuk makan.

Penyembuhan Night Eating Syndrome

lapar waktu malam Sumber: Thesundaily

Sama seperti gangguan makan yang lain, rawatan yang berjaya untuk Sindrom Makan Malam ini biasanya memerlukan beberapa gabungan terapi.

Rawatan untuk gangguan makan tengah malam ini perlu dimulai dengan mengambil kira keseluruhan aspek diri supaya anda lebih berhati-hati dalam menentukan tabiat pemakanan seharian.

Dengan menyedarkan diri anda sedang mengalami NES, anda sebenarnya  selangkah mendekati proses penyembuhan.

Maklumat dalam talian juga boleh membantu pesakit mengawal gangguan selera makan yang dihadapi oleh anda.

Bukan itu sahaja, apa yang paling penting bagi sindrom gangguan makan tengah malam ini adalah anda perlu bijak menjaga cara minda anda berfikir dan emosi yang sering menguasai diri anda.

Jika anda berpendapat bahawa anda tidak dapat mengubah cara makan anda, maka sindrom ini akan kekal dan sukar untuk hilang.

Ubah gaya hidup boleh mengatasi masalah ini

Beberapa langkah dalam mengawal diri anda di rumah untuk mengurangkan risiko Sindrom Makan Malam antaranya adalah:

# 1. Meneliti Penyebab NES

Bagi anda yang sering kali terlepas untuk mengambil sarapan pagi dan tengah hari, pastinya anda akan memilih untuk mengisi perut anda setelah pulang dari bekerja.

Budaya makan malam di kedai mamak sentiasa menjadi pilihan bagi sesetengah golongan bujang mahupun bekerjaya kerana servis yang disediakan pantas dan adanya kemudahan wifi.

Bagi anda yang terbiasa memenuhi waktu terluang pada waktu malam dengan menikmati makanan yang enak, diri anda sendiri perlu mengambil tindakan untuk mengubah tabiat ini.

#2. Menjaga rutin harian

Sekiranya anda makan terlalu banyak ketika waktu malam kerana tubuh anda tidak mendapat makanan yang secukupnya pada siang hari, anda boleh menukarkan gaya pemakanan ini dengan mengambil snacking atau minum petang pada waktu petang bagi mengelakkan perut anda terlalu kosong.

#3. Dapatkan rujukan pakar

Bagi anda yang merasakan sesuatu akan diri anda yang semakin tidak normal akibat sering berasa lapar pada waktu malam, anda seharusnya meluangkan sedikit masa untuk mendapatkan nasihat dan bantuan dari pakar-pakar dari klinik yang berdekatan.

Mereka akan menganalisis masalah dan keadaan tubuh badan sebagai panduan dalam mencadangkan pengambilan makanan sihat yang diperlukan seharian.

#4. Mengurus tekanan dengan bijak

Kebimbangan dan tekanan adalah dua sebab yang paling biasa mengapa orang makan biarpun hakikatnya mereka langsung tidak berasa lapar.

Walau bagaimanapun, menggunakan makanan sebagai cara untuk melepaskan emosi adalah langkah yang salah dan tidak baik.

Jika anda menyedari bahawa anda makan apabila anda merasa cemas atau tertekan, cubalah mencari cara lain untuk melepaskan emosi negatif dengan melakukan riadah atau keluar bersiar-siar bersama keluarga.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Perut Asyik MENJERIT Minta Makanan Sebelum Tidur? Awas Tanda Sindrom NES!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: HelloSehat

Baca juga:

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner