Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?

undefined

Amalan pantang selepas bersalin dikatakan tak lagi wajar. Ada beberapa amalan berpantang yang sesuai dulu, tapi tidak lagi sekarang. Apa pandangan anda?

Adakah anda masih mengamalkan berpantang selepas bersalin? Rata-rata masyarakat kini masih mengamalkannya namun ada segelintir yang tidak berpantang juga.

Berpantang Selepas Bersalin

berpantang selepas bersalin

Antara bahan-bahan yang diperlukan ketika berpantang selepas bersalin

Satu lagi perkara yang amat sinonim dengan wanita lebih-lebih lagi yang baru bersalin adalah – amalan berpantang. Semua wanita selepas bersalin perlu berpantang. 

Tidak spesifik hanya pada kaum Melayu, setiap kaum lain juga mempunyai amalan pantang mereka sendiri.

Namun, sejauh mana amalan berpantang yang ditekankan oleh nenek moyang kita dulu wajar dengan zaman sekarang?

Kalau dilihat, ramai sebenarnya ibu yang baru bersalin – dengan bayi yang masih merah, berjalan-jalan di pusat membeli belah.

Adakah amalan berpantang tak lagi diamalkan? Mengapa ia tidak diamalkan seperti zaman dahulu?

Pantang Bagus Untuk Kesihatan Wanita

Amalan berpantang dijelaskan sebagai satu proses menyeluruh. Ia untuk memuliharakan kesihatan dan kewanitaan wanita.

Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berlandaskan penyembuhan rahim.

Ini yang merupakan pendorong hidup wanita dalam menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. 

Walaubagaimanapun, Profesor pakar gyneakologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya di bawah mengupas tentang amalan berpantang sesuai untuk zaman dulu namun ia tak semestinya sesuai dengan zaman sekarang

Adakah Cara Orang Dulu Berpantang Berbeza Dengan Sekarang?

Apa yang ingin disampaikan oleh profesor ini ialah: zaman sekarang berbeza dengan zaman dulu terutamanya dari segi gaya hidup yang lebih moden dan pemakanan yang tak sihat. Yang sememangnya jauh beza dengan zaman dahulu.

Ia sememangnya jauh berbeza dengan zaman dulu!

Ini menjadikan lebih ramai ibu hamil (di dalam perbincangan tentang berpantang) yang:

  1. Mempunyai berat badan berlebihan.
  2. Hanya berehat tanpa berbuat apa-apa, 
  3. Minum air yang sedikit, mungkin akan mendatangkan lebih masalah kesihatan.

Malah, Profesor itu turut membidas jika tujuan berpantang adalah untuk mendapatkan badan yang sihat serta bentuk badan seperti sedia kala, mengapa mesti mengamalkan amalan tersebut hanya di waktu pantang saja?

Ada betulnya pendapat profesor ini.

Namun, ini bukanlah bererti kita harus menolak 100% amalan nenek moyang kita. Mungkin maksud beliau ialah ada beberapa amalan yang boleh diubah suai mengikut keadaan ibu berpantang di masa sekarang.

Amalan Berpantang Moden

Malah jika kita lihat dari sudut amalan berpantang moden, memang banyak yang telah diubah suai mengikut kemudahan zaman sekarang.

Contohnya:

  • amalan pemakanan herba yang telah diinovasikan menjadi pil,
  • bengkung dengan zip atau pelekat velkro,
  • pes-pes yang disapu pada ibu berpantang dalam bentuk gel mahupun balm.

Di dalam salah satu komen di perkongsian profesor ini, ada yang berpendapat amalan berpantang dulu tak menggalakkan minum air yang banyak kerana kemudahan tandas pada waktu dulu tak mesra ibu bersalin seperti sekarang. 

Jika dulu, tandas jauh hingga ibu berpantang berjalan dengan banyak dan keletihan.

Namun kini bukan sahaja tandas di dalam bilik, malah ibu bersalin pun ada tandas duduk jadi tak perlu mencangkung.

Kekangan Jika Berpantang Selepas Bersalin Zaman Sekarang

Dan jika kita lihat, amalan berpantang dulu akan dibantu oleh beberapa orang bagi memastikan ibu bersalin dapat berehat.

Antaranya ialah bidan kampung yang akan membantu merawat ibu bersalin, penjaga, ibu atau ibu mertua yang akan membantu menjaga anak supaya ibu bersalin dapat berehat secara optimum dalam tempoh 44 hari berpantang.

Tapi zaman sekarang, agak sukar untuk seorang ibu mendapatkan kemudahan berpantang seumpama itu. Ini disebabkan beberapa kekangan. Contohnya seperti;

  1. kos berpantang sekarang makin mahal
  2. anak yang lebih besar perlu diuruskan persekolahan mereka 

Akan tetapi, teknologi yang canggih di masa kini ada juga kebaikannya untuk kita ibu-ibu hamil ini! Ini kerana ia membantu kita mengamalkan amalan berpantang.

Semuanya sebab terdapat pelbagai kemudahan pantang selepas bersalin yang telah diubahsuai, dimoden dan disesuaikan dengan gaya hidup kita. Antaranya seperti:

  • Bengkung yang telah dimodenkan
  • Urutan selepas bersalin yang dipakejkan
  • Jamu yang telah dimodenkan dalam bentuk pil atau minuman
  • Bertungku juga terdapat dalam bentuk elektronik

Jadi, rasanya amalan berpantang masih wajar untuk diamalkan oleh mana-mana ibu selepas bersalin. Namun, ibu sekarang boleh mengubah suai, memoden atau menyesuaikan amalan dengan gaya hidup.

Bukan untuk orang lain, untuk kesihatan kita juga!

Apa pendapat anda tentang ini? Kongsikan dengan kami.

Sumber rujukan: Facebook Imelda Balchin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga mengenai:

Baca juga:

Ini Rupanya "Pembunuh Senyap" Ketika Wanita Berpantang – Hati-Hati Ibu Semua!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!