Jenis Senaman Ketika Hamil Yang Mudahkan Proses Bersalin, Boleh Ajak Suami Buat Sekali!

undefined

Jenis senaman untuk ibu mengandung boleh dilakukan mengikut beberapa teknik. Jika dilakukan secara konsisten, ia boleh memudahkan proses kelahiran bayi

Proses kehamilan boleh menjadi perkara yang menggembirakan buat ibu-ibu sekiranya anda menikmati setiap perjalanan. Namun, tahukah anda ada beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan untuk manfaat jangka masa panjang bagi kesihatan bayi?

Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Kentucky, yang diketuai oleh Profesor Madya Kevin Pearson mendapati bahawa anak tikus yang dilahirkan dari tikus yang aktif mempunyai tahap ketahanan stress yang lebih kuat serta mempunyai tahap sensitiviti insulin yang lebih baik berbanding anak dari ibu tikus yang tidak aktif.

Jenis senaman yang selamat untuk ibu mengandung

kebaikan senaman

credit to sources

“Penemuan kami jelas menunjukkan kehamilan sebagai tempoh sensitif yang memerlukan penerapan gaya hidup positif bagi memberi kesan jangka masa panjang yang baik pada metabolisme keturunan dan risiko penyakit,” jelas pasukan penyelidik tersebut di dalam satu kenyataan media.

Penemuan ini adalah konsisten dengan saranan kebanyakan pakar medikal yang mengatakan bahawa bersenam ketika hamil baik untuk ibu dan kesihatan jangka masa panjang bayi mereka.

“Anda perlu aktif secara fizikal ketika hamil,” beritahu Dr. Laura Riley, pakar kehamilan berisiko tinggi kepada WebMD. “Ia dikaitkan dengan manfaat yang hebat  serta yang boleh memendekkan tempoh bersalin. Ini amat bagus untuk bayi dan ibu.” katanya.

Ketika tubuh bergerak aktif, aliran darah boleh menjadi lebih lancar kerana oksigen dapat dihantar ke bahagian otak dan seluruh badan. Keadaan ini sekaligus membuatkan ibu berasa segar dan bertenaga sepanjang hari.

Jenis senaman ketika mengandung mengikut saranan pakar

Ketika berbadan dua, mungkin anda mendapati bahawa agak sukar untuk melakukan senaman kerana saiz perut yang semakin membesar. Namun jangan risau kerana ada beberapa jenis senaman direka khas buat ibu mengandung. Antaranya:

#1. Jenis senaman ibu mengandung- Squat

senaman ibu hamil

credit to sources

Senaman squat ini membantu menguatkan otot pinggung ibu dan mendorong bayi untuk turun lebih rendah. Duduk bertinggung dan berdiri selama beberapa kali boleh membuatkan tubuh lebih bersedia untuk melahirkan.

Squat amat disarankan kepada semua ibu mengandung ketika dekat-dekat tarikh bersalin. Caranya adalah dengan berdiri dan buka kankang. Turun perlahan-lahan hingga ke posisi mencangkung, tahan selama 30 saat dan berdiri semula tanpa bantuan tangan.

Ibu boleh lakukan squat selama 10 hingga 20 minit setiap hari.

#2. Duduk di atas bola

Ketika perut semakin membesar dan anda mula mengalami kontraksi, posisi duduk akan membantu ibu rasa kurang sakit. Namun elakkan duduk di atas sofa kerana ia boleh membuatkan bahagian punggung tenggelam.

Adalah lebih baik duduk menegak dengan punggung terkunci ke hadapan. Penggunaan bola khas untuk ibu mengandung adalah sangat membantu.

#3. Jenis senaman ketika mengandung- Berjalan kaki

Meskipun sangat mudah, aktiviti berjalan kaki menjadi senaman yang memberikan banyak faedah kepada ibu mengandung.

Hal ini kerana ia boleh mendorong kontraksi. Sebab itulah ketika anda mula mengalami tanda-tanda bersalin, doktor menasihati ibu untuk banyakkan berjalan bagi membantu bayi turun dan berada dalam posisi ideal untuk dilahirkan secara normal.

Tips buat ibu mengandung sebelum melakukan rutin senaman

senaman ibu mengandung

credit to sources

Jika anda memang sudah aktif bersenam sebelum hamil, anda mungkin boleh meneruskan rejim anda. Namun, adalah lebih baik jika anda mendapatkan pendapat doktor anda terdahulu terutamanya jika anda ingin menukar rutin senaman anda.

Pilih sukan yang selamat

Anda harus berfikir secara logik dalam memilih sukan semasa hamil. Elakan sukan yang melibatkan sentuhan atau berlanggaran seperti bola keranjang, serta aktiviti sukan yang melibatkan risiko untuk jatuh – surfing, memanjat, berbasikal di pergunungan dan lain-lain.

Jangan bersenam ketika cuaca terik (suhu tinggi)

Apabila anda hamil, badan anda akan mudah menjadi terlalu panas kerana penambahan kadar aliran darah serta peningkatan kadar metabolik. Jika anda mula rasa pening, mual serta sesak nafas, berhenti dan sejukan badan anda. Juga pastikan badan anda cukup terhidrat.

Kuncinya ialah kesederhanaan

Semasa tempoh hamil bukanlah masa yang sesuai untuk menguji tahap ketahanan anda. Anda sepatutnya boleh melalukan senaman dalam 20-30 minit secara berserdahana.

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Hamil Tidak Boleh Terperap Di Rumah, Perlu Kerap Berjalan Barulah Mudah Bersalin!

Baca juga: Nak Mudah Bersalin, Buat 5 Senaman Ini Pada Trimester Ketiga!

Baca juga: Nak Bersalin Tanpa Koyak? Jom Buat 5 Senaman Mudah Ini, Buat Di Ruang Tamu Pun Boleh!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!