Bolehkah Bayi Minum Air Putih? Ibu Ayah Wajib Tahu Bahaya Beri Air Pada Bayi Bawah 6 Bulan

undefined

Bolehkah bayi minum air putih ketika usia bawah 6 bulan? Persoalan ini sering kali bermain dalam fikiran kebanyakan ibu ayah baru

Bolehkah bayi minum air putih? persoalan ini mungkin pernah terlintas dalam fikiran ramai ibu baharu. Air putih atau air kosong sememangnya baik untuk diambil selepas selesai makan atau bagi melancarkan pencernaan dan mengelakkan dehidrasi.

Tetapi hal ini sama sekali tidak boleh digunapakai bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah.

Bagi ibu yang menjaga sendiri anak di rumah, anda dapat mengawal apa yang masuk ke dalam mulut si kecil. Namun bagaimana pula jika bayi ditinggalkan di pusat penjagaan atau ahli keluarga sendiri?

Bolehkah bayi minum air putih?

Bagi ibu yang menjaga sendiri anak di rumah, anda dapat mengawal apa yang masuk ke dalam mulut si kecil. Namun bagaimana pula jika bayi ditinggalkan di pusat penjagaan atau ahli keluarga sendiri?

Pastinya ada yang berani-berani mencuba menyuapkan sesuatu selain susu ke dalam mulut bayi anda!

bayi bawah 6 bulan

Seorang ibu telah berkongsi tentang bagaimana ibu mertuanya melakukan sesuatu tanpa izinnya. Bayi kecilnya yang baru berusia 13 hari itu telah diberi air masak secara berlebihan, walaupun si ibu telah berpesan pada ibu mentua agar tidak melakukannya.

Nah, apa yang akan anda rasakan sekiranya berada dalam keadaan ini?

“Saya beritahu tidak, bayi tidak memerlukan air masak”

Ibu itu menjelaskan anak perempuannya mempunyai masalah perut yang sensitif, jadi dia telah dinasihatkan oleh doktor untuk memberi susu dalam kuantiti yang bersesuaian.

Malah bayi itu juga sangat cantik, jarang menangis dan tidur nyenyak pada kebanyakkan malam.

Namun beberapa minggu yang lalu, ibu mentua mencadangkan dia memberikan bayi berusia 13 hari tersebut air masak untuk membantu dia menyejukkan diri disebabkan cuaca yang agak panas.

“Saya telah beritahu tidak, bayi tidak memerlukan air kosong. Tambahan lagi dengan dengan perutnya yang sangat sensitif, sudah tentu saya tidak izinkan apa-apa masuk ke dalam mulut dia selain susu!” 

Bayi minum air putih hingga 6oz ketika usia 13 hari

Beberapa minggu kemudian, dia dan suami telah meninggalkan bayi perempuan mereka bersama ibu mentua untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Pada mulanya ia kelihatan baik, namun hakikatnya mereka menyedari ada sesuatu yang pelik pada si puteri selepas mengambilnya semula.

“Walaupun hari tersebut panas, ibu mentua saya pakaikan bayi dengan baju tidur dan memakainya selimut. Saya rasa sakit hati dengan keadaan ini, jadi saya buka baju anak saya tetapi terlihat betapa kembungnya perut dia!”

“Saya mesej ibu mertua untuk bertanya sama ada anak saya baik sepanjang hari dan mesaj balasnya adalah ‘Ibu fikir dia terlalu panas jadi ibu beri dia sebotol air sebanyak 6oz (175ml) jadi jangan risau ya, dia akan baik-baik saja’ . “

Ibunya menambah yang anak perempuannya okay selepas beberapa kali sendawa, tetapi pastinya dia masih tertanya, adakah dia tidak berhak merasa marah apabila ibu mertuanya melanggar arahan yang semudah itu?

air masak untuk bayi

“Mungkin sekarang dia hanya beri air kosong tetapi macam mana pula lain kali? Beri anak saya makan? Air manis?”

“Kalau setakat satu sip saja ia bukannya isu tetapi 6oz itu terlalu banyak!”

Perkongsian kisah tersebut telah mengundang pelbagai komen daripada ibu-ibu lain.

“6oz air? Kalau setakat 1 sip saja ia tidak menjadi isu tetapi 6oz terlalu banyak. Anak saya baru berusia 11 bulan juga tidak minum sebanyak itu. Tambahan lagi awak sudah beritahu ibu mertua untuk tidak melakukannya!” “6oz air banyak untuk bayi usia 13 minggu,” tambah seorang lagi. “Dia tahu awak tidak mahu bayi minum air putih dan dia masih memberikannya. Kalau saya jadi awak, dia tidak akan menjaga bayi lagi sehingga dia dapat menghormati keputusan saya.”

Hanya bayi 6 bulan ke atas boleh minum air kosong

bayi minum air masak

Menurut HealthDirect, bayi hanya perlu susu ibu atau formula untuk 6 bulan pertama.

Semasa cuaca panas, air kosong boleh diberikan kepada bayi yang berusia 6 bulan ke atas. 

Cadangan HealthDirect ketika beri air putih untuk bayi:

  • Sekiranya bayi berusia kurang dari enam bulan, mereka hanya perlu minum susu ibu atau susu formula.
  • Setelah umur lebih 6 bulan, parents boleh memberi bayi sedikit air kosong hanya jika perlu, sebagai tambahan kepada susu ibu atau suapan formula.
  • Air masak untuk bayi TIDAK boleh menggantikan susu ibu atau susu formula mereka.
  • Pemberian susu menjadi minuman utama mereka sehingga usia 12 bulan.
  • Selepas 12 bulan, minuman utama si manja adalah air dan susu lembu atau susu ibu.
  • Air masak untuk bayi boleh diberikan dalam cawan atau botol
  • Sekiranya bayi baru mula makanan pejal, mulakan dengan beberapa teguk air dari cawan semasa mereka makan. Ini supaya si manja dapat belajar cara minum dari cawan dan juga dapat mengelakkan masalah sembelit kerana mereka akan lebih kerap membuang.

Bolehkah bayi 4 bulan minum air putih?

Bayi yang berusia 0 hingga 6 bulan tidak memerlukan makanan ataupun minuman tambahan kerana si manja sudah memperoleh nutrisi lengkap melalui penyusuan.

Menurut American Academic Paediatrics, bayi berusia 6 bulan ke bawah tidak digalakkan minum air kosong. Hal ini kerana ia boleh memberi kesan bahaya terhadap kesihatan dan nyawa bayi, terutamanya jika si manja berusia 4 hingga 5 minggu.

Bagi ibu yang bertanya tentang bolehkah bayi 4 bulan minum air putih, anda perlu tahu ada beberapa risiko boleh terjadi:

#1. Perut si manja jadi penuh dan tidak berselera untuk menyusu

Kesan beri bayi minum air kosong yang ramai ibu tidak tahu adalah boleh menyebabkan perutnya penuh dan hilang selera minum susu. Disebabkan oleh sifat air kosong tiada nilai kalori yang tinggi seperti susu, perkembangan si manja boleh terganggu.

#2. Berisiko sawan

Oral water intoxication iaitu badan boleh mengalami kekurangan garam disebabkan oleh terlalu minum banyak air.

Ia boleh mencairkan darah dan dalam masa yang sama mengurangkan paras garam ke tahap kritikal. Kesan bahayanya adalah bayi boleh mengalami sawan, koma, kecederaan pada otak dan sekiranya tidak dirawat segera, boleh menyebabkan kematian.

Umur berapa bayi boleh minum air putih

Apakah bayi boleh minum air putih? Menurut doktor Azhar Mahmud, pemberian air putih hanya dibenarkan untuk yang berusia lebih daripada 6 bulan. Namun jumlahnya adalah bersesuaian dengan kehendak si manja dan tidak berlebih-lebihan.

Bolehkah bayi minum air putih setelah minum susu formula

Bagi ibu yang bertanya bolehkah bayi minum air putih setelah minum susu formula, jawapannya adalah boleh sekiranya si manja berusia 6 bulan ke atas.

Pada ketika ini, si kecil anda sudah menikmati makanan pejal dan dalam masa yang sama masih memerlukan susu formula.

Menurut pakar pemakanan dari Universiti Indonesia, Dr Samuel Oetoro, susu formula mengandungi karbohidrat dan laktosa yang boleh menyebabkan bakteria punca gigi berlubang pada bayi dan kanak-kanak.

Justeru setelah siap menyusu botol, ibu ayah disaran untuk membilas mulutnya dengan sedikit air putih. 

Di dalam mulut, kehadiran gula boleh mewujudkan persekitaran baik untuk pertumbuhan bakteria jahat yang merosakkan enamel atau lapisan gigi paling luar. Kesannya, anda akan mendapati ada karies, gigi berlubang atau reput hingga boleh menyebabkan gusi bengkak.

Meskipun gigi susu ini bersifat tidak kekal dan akan tercabut suatu hari nanti, jika ia rosak boleh menjejaskan kualiti hidup mereka. Misalnya anak menjadi demam, tidak boleh bermain dan pergi ke taska.

Kesimpulannya, sebelum menyuapkan sebarang makanan atau minuman ke dalam mulut bayi, ibu ayah pastikan tahu apa yang selamat dan tidak selamat.

Usah terlalu mendengar cakap orang sekeliling yang menyatakan bayi boleh ‘merasai’ sesuatu selain susu ketika usianya bawah 6 bulan. Anak yang sihat membolehkan jiwa ibu ayah tenang.

Anda pun tidak perlu risau dan terganggu untuk melakukan tugas seharian. Namun jika anak mula jatuh sakit, ibu ayah terpaksa mengambil cuti untuk menjaga mereka. 

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi 1 Tahun Boleh Makan Madu Ke? Ibu Ayah Boleh Semak ‘Guide’ Ini Untuk Beri Anak Makan Solid!

Baca juga: Bayi Bawah Setahun Longlai & Tidak Sedarkan Diri, Rupanya Berpunca Dari Madu Lebah!

Baca juga: Bawa Anak Ekzema Mandi Kolam Air Panas, Ibu Kesal Seluruh Badan Melepuh & Naik Bintik-Bintik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!