Azab Sakit Kontraksi & Bukaan Rahim 10 cm, Ibu Ini Jujur Dia Dengan Suami Disyaki Positif Covid

Ketika air ketuban telah pecah dan bukaan rahim semakin luas, wanita ini masih lagi berani mengatakan 'sesuatu' bahawa dia dan suami sebenarnya suspek....

Memandangkan pandemik Covid-19 ini masih berada dalam tahap bahaya, setiap wanita hamil dan bakal bersalin akan melalui prosedur lebih ketat bagi mencegah penularannya. Menurut perkongsian seorang doktor, seorang wanita sedang menahan sakit bersalin dengan bukaan rahim 10 cm telah mengatakan ‘sesuatu’ yang jujur.

Pastinya bagi mana-mana ibu mengandung akan ingin ditemani suami ketika melahirkan bayi. Namun dengan keadaan ketika ini, ia membataskan banyak perkara terutamanya apabila anda berada di kawasan hospital.

Wanita menahan sakit bersalin dan bukaan rahim sudah 10 cm

bersalin ketika covid-19

credit to sources

”Seorang ibu hamil telah datang ke hospital kerana dia mengalami sakit kontraksi. Meskipun dalam menahan sakit, dia sempat bercakap jujur dan memberitahu bahawa suaminya disyaki positif Covid-19.”

”Kemudian doktor dan jururawat telah memakai PPE dan ibu selamat melahirkan anak setibanya mereka di bilik khas dalam labour room. Manakala swab test telah diambil, pesakit dan bayinya juga diasingkan,” kongsi doktor tersebut.

Tetapi malangnya, setelah keputusan ujian saringan telah selesai, pasangan suami isteri berkenaan telah disahkan positif Covid-19. Bayangkan jika dia tidak jujur dan memaklumkan lebih awal, mungkin semua bahagian jabatan terpaksa ditutup untuk proses sanitasi.

”Keputusan swab mereka berdua adalah positif. Saya berharap pasangan ini segera sembuh dan memuji tindakan ibu tersebut yang adil memberitahu maklumat penting walaupun bukaan rahim sudah 10cm,” kongsinya.

Sejak kisah ini tular semalam, posting di laman Twitter telah berjaya mendapat hampir 6, 000 kicau semula dan menerima pelbagai komen daripada netizen. Dalam pada itu, ramai juga yang bersimpati akan nasib bayi baru lahir berkenaan kerana terpaksa menjalani ujian swab Covid-19.

Kami di theAsianparent Malaysia turut berasa bangga dengan tindakan jujur ibu berkenaan. Semoga urusan anda dipermudahkan dan segera disembuhkan dari wabak Covid-19.

Prosedur bersalin sekiranya ibu positif Covid-19

bukaan rahim 10 cm

credit to sources

Kehadiran virus misteri, Covid-19 telah mengubah pola hidup masyarakat dunia dalam setiap aspek termasuklah prosedur melahirkan anak.

Budaya norma baharu telah diterapkan bagi membolehkan setiap lapisan masyarakat berjaga-jaga ancaman virus ini dengan memakai topeng pelitup muka, kerap mencuci tangan dan mengelakkan dari keluar rumah sekiranya tiada tujuan penting.

Justeru, prosedur rawatan terhadap ibu hamil yang disyaki atau disahkan positif Covid-19 akan berbeza dengan kelahiran biasa. Pihak perubatan akan menyarankan untuk ibu melalui Caesarean bagi mengelakkan penularan terhadap kakitangan yang bertugas dan memudahkan urusan bersalin.

Bukan itu sahaja, ibu juga tidak dibenarkan untuk menyusu bayi secara terus. Susu badan akan akan dipam dan diberikan kepada bayi melalui botol. Langkah ini dilakukan bagi menghindari berlakunya penyebaran Covid-19.

”Tiada direct breastfeeding kerana risiko Covid-19 tersebar adalah sangat tinggi. Ibu juga perlu memakai topeng pelitup muka dan perlu berada dalam wad pengasingan dengan ibu yang lain,” 

Tiada bukti berlaku penularan dari ibu ke bayi ketika hamil

Berkaitan tentang kemungkinan penularan Covid-19 dari ibu pada bayi yang dilahirkan, doktor mengatakan bahawa sehingga kini masih tiada bukti bahawa Covid-19 ini berupaya menular dari ibu kepada bayi dalam kandungan.

Bagi mencegah berlakunya penularan virus ini, ibu mengandung hendaklah mengambil makanan yang sihat dan mengelakkan diri berada di tempat yang sesak.

prosedur bersalin ibu positif covid-19

credit to sources

”Biarpun sudah mengenakan topeng pelitup muka, namun jarak yang dekat seperti bersalaman, berpelukan atau menyentuh pada mana-mana permukaan juga boleh menyebabkan penularan,” jelas Doktor Pakar Perbidanan dan Kandungan, Eric Kasmara.

Selain mengambil makanan sihat dengan nutrisi mencukupi, ibu mengandung hendaklah mendapat rehat yang cukup, elakkan stres atau mengenakan kasut tumit tinggi, berlatih teknik pernafasan dan sentiasa menjaga kebersihan diri setiap masa.

Sebagai persediaan untuk bersalin, anda dan pasangan juga hendaklah memainkan peranan melakukan persediaan awal dengan menjalani swab test seelok-eloknya 3 atau 4 hari sebelum due date.

Sekiranya anda dan pasangan pernah mengunjungi kawasan zon merah, sebaiknya kuarantin dahulu 14 hari bagi mengelakkan diri menjadi salah seorang pembawa tanpa gejala (OTG).

Sumber: Kisah Dunia, Liputan6

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combagaimana-rasa-kontraksi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!