theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

Jenis penyakit berbahaya, Covid-19 bagi ibu mengandung yang positif virus ini memerlukan anda melalui prosedur caesarean bagi keselamatan semua pihak

Coronavirus merupakan jenis penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa sesiapa sahaja. Individu berusia, mempunyai masalah kesihatan, ibu mengandung dan bayi adalah golongan yang berisiko tinggi sekiranya dijangkiti wabak ini.

Keselamatan dan kesihatan diri aspek yang paling dirisaukan oleh seluruh masyarakat di dunia kerana virus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Justeru, bagi ibu hamil positif Covid-19, anda dinasihatkan untuk melalui prosedur kelahiran secara caesar.

Covid-19 antara jenis penyakit berbahaya terhadap ibu mengandung

penyakit berbahaya ibu hamil credit to sources

Mempertimbangkan cara bersalin bagi ibu mengandung yang positif virus ini sememangnya perlu benar-benar diberikan perhatian. Hal ini adalah untuk mengurangkan risiko berlakunya penularan virus terhadap bayi dan petugas kesihatan yang terlibat dalam proses kelahiran.

Menurut doktor pakar bidan dan kandungan, Dr. Yassin Yanuar Mohammad, menjelaskan lebih lanjut tentang prosedur bersalin bagi ibu yang disahkan positif sebagai pesakit Covid-19.

''Untuk ibu mengandung yang positif, sebenarnya pihak perubatan dunia dan Kumpulan Obstetri dan Ginekologi Indonesia (POGI), prosedur melahirkan bayi pada pesakit Covid-19 hendaklah disesuaikan dengan indikasinya sahaja,'' jelasnya melalui webinar dari Health Grid.

Tambah beliau, jenis penyakit berbahaya ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Justeru proses bersalin caesar pada ibu yang positif Covid-19 adalah amat disarankan.

Hal ini kerana ia memerlukan banyak tenaga daripada petugas perubatan berbanding proses bersalin bagi ibu hamil yang tidak dijangkiti Covid-19 ini. 

''Melihat sahaja situasi semasa yang mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19, kami perlu bersiap sedia peralatan dan pasukan sekiranya nanti ramai yang memilih untuk melalui proses caesarean. Hal ini turut membantu kami menjadualkan tarikh bersalin dengan baik.''

covid-19 penyakit berbahaya credit to sources

''Bayangkan kalau contohnya tengah malam, ibu mengandung berkenaan positif Covid-19 tiba-tiba sahaja ingin melahirkan anak, tentu sekali kita perlu menyediakan pasukan dan mengumpul petugas yang ramai. Ia tidak mudah seperti yang anda bayangkan,''

''Jadi pilihan untuk melalui prosedur caesarean ini adalah tepat, konvenien dan optima,'' jelasnya.

Penting untuk anda ketahui bahawa setiap pesakit Covid-19 yang telah menjalani operasi obstetri dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga pihak perubatan dalam jumlah banyak.

Begitu juga dengan ibu mengandung positif Covid-19 dan perlu melalui persalinan secara pembedahan.

Pihak perubatan yang bekerjasama menangani rawatan untuk pesakit Covid-19 akan dibahagikan kepada dua pasukan iaitu dalam dan luar. Pembahagian kumpulan ini bertujuan untuk mengurangkan risiko kebolehjangkitan virus ini di kawasan hospital dan kemudahan kesihatan yang lain.

Perawatan untuk bayi baru lahir dari ibu yang positif Covid-19

Selanjutnya Dr Yassin turut menjelaskan bahawa para bayi yang baru lahir dari ibu positif Covid-19 ini akan dipisahkan buat beberapa waktu. Cara ini terpaksa dilakukan untuk menjaga daya tahan tubuh bayi lebih baik.

''Apabila ibu positif Covid-19, bayi akan dipisahkan dari ibunya. Jadi setelah proses pembedahan selesai, kedua-duanya akan dibawa menjalani isolasi dalam ruangan yang khusus. Si bayi tidak akan bersama ibu dan mendapatkan susu badan melalui pengepaman,'' jelasnya.

penyakit bahaya covid-19 credit to sources

Meskipun demikian, Dr Yassin menekankan bahawa ada baiknya untuk bakal ibu dan ayah melakukan terlebih dahulu ujian saringan Covid-19 seperti swab test. Ia hendaklah dilakukan 2 atau 3 minggu sebelum tarikh ibu dijangka bersalin.

Hal ini adalah untuk memastikan bayi tidak dijangkiti Covid-19 atau penyakit berbahaya yang lain.

Kesimpulannya, anda dan pasangan hendaklah duduk bersama berbincang mengenai hal ini supaya nanti tibanya detik bersalin, tidaklah ibu berasa cemas. Dalam situasi semasa, pengalaman bersalin mungkin setiap berbeza. 

Suami mungkin tidak dibenarkan untuk masuk menemani anda di dalam wad bersalin dan ibu hendaklah bersedia fizikal mental. Sentiasa mendoakan yang baik-baik agar proses kelahiran berjalan dengan lancar.

Dalam tempoh PKPB ini juga wanita hamil tidak digalakkan untuk merantau atau aktif keluar rumah supaya risiko jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan. Sentiasalah mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan seperti duduk di rumah, kerap mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.

Sumber: Penulis asal Cut Nadia. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Kredit foto: gettyimages

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Azab Sakit Kontraksi & Bukaan Rahim 10 cm, Ibu Ini Jujur Dia Dengan Suami Disyaki Positif Covid

    Azab Sakit Kontraksi & Bukaan Rahim 10 cm, Ibu Ini Jujur Dia Dengan Suami Disyaki Positif Covid

  • Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!

    Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

app info
get app banner
  • Azab Sakit Kontraksi & Bukaan Rahim 10 cm, Ibu Ini Jujur Dia Dengan Suami Disyaki Positif Covid

    Azab Sakit Kontraksi & Bukaan Rahim 10 cm, Ibu Ini Jujur Dia Dengan Suami Disyaki Positif Covid

  • Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!

    Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi