Suhu Demam Tinggi, Ini 7 Cara Hilangkan Demam Yang Berkesan Secara Semula Jadi
Suhu demam melebihi 37.2 hingga 37.5°C tanda demam panas dalam dewasa. Anda boleh cuba cara ini untuk meredakannya segera di rumah.
Memandangkan kini cuaca panas terik dan kadang-kadang tidak menentu boleh membuatkan kita mudah untuk jatuh sakit. Suhu demam yang tinggi memerlukan anda berehat seketika daripada sebarang tugasan harian.
Apabila terjadi demam, ia sebenarnya merupakan salah satu simptom badan mempunyai infeksi atau diserang sebarang jangkitan.
Suhu demam bagi orang dewasa dan kanak-kanak
Bagi memastikan sama ada anda demam panas ataupun tidak, pemeriksaan suhu demam perlu dilakukan menggunakan termometer.
Suhu badan yang normal ialah 37 ℃ dan ianya boleh berubah sebanyak 0.25 ℃ ke 0.5 ℃ mengikut waktu tanpa mempunyai sebarang penyakit.
Bacaan suhu normal pada dubur selalunya lebih tinggi daripada bacaan suhu dalam mulut dan suhu badan di ketiak lebih rendah daripada suhu badan yang diperiksa melalui mulut.
Suhu demam untuk kanak-kanak dan dewasa adalah berlainan. Menurut Institut Kesihatan Nasional (National Institute of Health, NIH), suhu demam kanak-kanak adalah apabila melebihi 37.5 darjah celsius.
Sekiranya anda periksa dengan termometer dan mendapati suhu badan demam si manja dengan angka ini, pertimbangkan untuk segera membawanya ke klinik.
Manakala suhu demam dewasa adalah apabila melebihi 37.2 hingga 37.5 darjah celsius. Jika suhu badan demam tinggi dan berlarutan, besar kemungkinan anda menghidap sesuatu penyakit lain.
Hyperpyrexia ialah keadaan dimana demam panas dan badan mencecah suhu ekstrem melebihi 41.1 ℃ dan hypothermia pula ialah keadaan dimana badan menjadi terlalu sejuk iaitu suhu badan berada di bawah bacaan 35 ℃.
Punca demam
Punca demam adalah suhu badan yang meningkat sebagai tindak balas kepada penyakit, mempermudah dan mempercepatkan pemulihan daripada punca-punca seperti jangkitan, strok haba dan dehidrasi.
Selain itu punca demam panas terjadi disebabkan oleh:
- Sinaran matahari yang melampau
- Keadaan radang tertentu seperti artritis reumatoid – keradangan pada selaput sendi (synovium)
- Demam panas boleh berpunca daripada Tumor malignan
- Sesetengah ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan
- Demam panas disebabkan oleh sesetengah imunisasi, seperti difteria, tetanus dan pertusis atau vaksin pneumokokal.
Tanda tanda demam
Tanda tanda demam yang paling biasa berlaku adalah:
- suhu demam dewasa melebihi 37.5˚C
- muka dan badan panas, kemerahan
- Tanda tanda demam: sakit kepala
- sakit-sakit dan panas badan
- Tanda tanda demam: rasa pening
- berpeluh dan dahaga
- kepala, leher dan badan mungkin terasa panas manakala tangan dan kaki pula terasa sejuk
- Tanda tanda demam: rasa sejuk menggigil
- kekeliruan (terutama bagi orang lanjut usia)
Cara hilangkan demam dengan berkesan tanpa ubat
Bagi suhu demam dewasa yang tidak serius (suhu tidak terlampau tinggi), bolehlah mencuba ‘natural remedies’ berikut untuk membantu menurunkan suhu:
1. Mandi air suam
Mandi dengan air suam menjadi salah satu cara hilangkan demam. Semasa demam panas, air suam juga akan rasa seperti air sejuk.
Namun jangan sesekali mencuba cara turunkan suhu demam menggunakan air sejuk. Ia boleh menyebabkan darah segera memasuki organ internal kerana ingin melindungi badan anda dari suhu yang terlampau sejuk dan sekaligus membuatkan panas dalam badan.
Selain itu, bolehlah kerap mengelap badan dengan air suam terutamanya di kawasan yang mempunyai suhu tinggi seperti bawah lengan dan celah peha.
Selepas mandi, cara hilangkan panas dalam badan adalah dengan meletakkan kain atau tuala kecil basah di dahi dan belakang tengkuk.
2. Makan sup
Cara hilangkan demam yang paling mudah adalah menikmati hidangan sup.
Sup tulang yang direneh lama adalah sangat bagus untuk menguatkan imuniti dan mempercepatkan badan sembuh dari demam.
Manakala menurut kajian yang telah diterbitkan di CHEST: The Joural of the American College of Chest Physicians, petua hilangkan demam panas dewasa dengan makan sup ayam adalah berkesan. Hal ini kerana bahan dan herba yang dimasukkan dapat memberi manfaat terhadap tindak balas perubatan.
Bukan itu sahaja, menurut Sally Fallon Morell dan Dr. Kaayla Daniel di dalam kajian mereka mencadangkan sup tulang rawan bagi menurunkan suhu badan demam.
Ia mampu menyokong fungsi imun sihat dengan ‘dengan meransang sel darah putih untuk melawan mikrob asing.
3. Cuka epal
Cuka epal dikatakan mampu meredakan suhu badan demam. Hal ini kerana asid yang hadir di dalam cuka epal dapat membantu mengeluarkan haba dari kulit. Malah, ia kaya dengan mineral yang bagus untuk badan.
Cara hilangkan demam menggunakan cuka epal adalah dengan:
- Campurkan dua sudu besar cuka epal dan satu sudu besar madu ke dalam air suam
- Minum dua atau tiga kali sehari untuk hilangkan panas dalam badan
4. Makanan pedas
Makanan pedas juga menjadi petua hilangkan demam panas dewasa. Hal ini kerana adanya komponen utama dalam cili iaitu kapsaisi yang membuatkan seseorang berpeluh dan meningkatkan peredaran darah dengan cepat.
Jadi, anda bolehlah mempertimbangkan untuk menambah cili atau kepedasan ke dalam makanan jika sedang demam.
5. Minum air yang banyak
Semasa demam panas, adalah amat mudah untuk badan menjadi dehidrasi. Minum sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas air sehari atau secukupnya hingga warna air kencing menjadi pucat.
Jus oren atau buah-buahan kaya dengan vitamin C juga menjadi cara hilang demam yang berkesan kerana dapat membantu sistem imun melawan sebarang jangkitan.
6. Air asam jawa
Cara turunkan suhu demam dengan mudah adalah dengan lumurkan air asam jawa pada badan dan terutama sekali pada leher, bawah lengan dan dahi.
Ketika melumurkan pastikan anda tidak terlalu buka kipas atau penghawa dingin yang kuat. Elakkan berselubung dengan selimut agar panas dalam badan dapat keluar dengan mudah.
Selain itu, pakai pakaian yang nipis dan elakkan baju tidur yang tebal.
7. Ambil probiotik
Probiotik digelar bakteria ‘baik’ kerana ia memberi faedah kesihatan yang positif apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi.
Antara sumber makanan yang kaya probiotik termasuklah produk makanan ditapai seperti minuman susu berkultur, tempe, kimchi, yogurt buatan sendiri (tairu), tempoyak dan pulut tapai.
Sekiranya demam berlanjutan, suhu demam semakin meninggi dan terdapat simptom sampingan yang lain, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dari doktor.
Saranan ‘home remedies’ ini hanyalah untuk demam panas biasa yang tidak kritikal.
Ubat demam dewasa
Sekiranya rawatan semula jadi kurang berkesan, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil ubat demam dewasa.
Penggunaan ubat demam dewasa mampu melegakan demam panas atau biasa.
Ubat demam dewasa seperti parasetamol dan ibuprofen kerapkali digunakan untuk melegakan demam. Kedua-dua ubat ini bertindak mengurangkan suhu badan demam.
Selain itu, aspirin turut mempunyai kelebihan untuk menghilangkan kesakitan semasa demam panas. Dos ubat yang diambil oleh pesakit ialah 660 hingga 1000 miligram pada setiap empat hingga enam jam sehingga dos maksimum iaitu lima dos sehari.
Ibuprofen pula disyorkan pada kadar 200 hingga 400 miligram setiap empat hingga enam jam sehingga dos maksimum iaitu sebanyak 1200 miligram sehari.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Demam? Ini Mitos & Fakta Yang Anda Patut Tahu
Baca juga: Musim Anak Tak Sihat Dah Datang, Cuba 5 Petua Popular Mandian Untuk Anak Demam, Selsema!
Baca juga: Bahaya Demam Panas Semasa Hamil, Punca Kecacatan Jantung & Wajah Pada Janin