9 Teknik Goda Buat Suami Tergila-gilakan Anda, Confirm "Melekat" Selalu Saja!
Dengan 9 cara bersama suami ini, pasti suami anda akan ternanti-nanti bilalah nak tiba masanya untuk bersama anda. Tak sabar dia nak "terkam"!
Setiap isteri ingin jadi wanita yang terbaik di mata suaminya. Kita nak jadi wanita tercantik, ibu terbaik dan isteri yang tercinta. Sebab itu, kita kena tahu 9 cara bersama suami ini untuk “mengikat” mereka.
Salah satu cara bersama suami yang paling mudah untuk mengikat dan menggoda mereka adalah dengan melalui hubungan intim.
Hubungan intim yang panas pasti akan buat suami “tergila-gilakan” anda, dan paling dahsyat, mungkin tak mahu tinggalkan katil sebab nak peluk anda! Hahaha, jenuh juga!
Jom lihat apakah 9 cara bersama suami yang disyorkan pakar ini. Tidaklah hubungan intim lepas ada anak ini membosankan lagi 😉
9 Cara Bersama Suami – Jom Cuba Teknik Godaan Ini!
#1 Ubah posisi seks untuk lebih rangsangan
Setiap posisi hubungan intim ada fungsinya. Ada yang buat penetrasi jadi lebih dalam, dan ada posisi yang buat vagina rasa lebih ketat.
Variasikan posisi seks anda supaya kalian boleh mencuba setiap rangsangan dan nikmat yang ditawarkan setiap posisi. Barulah katil pun tak bosan!
Tak tahu posisi apa yang ada? Jom cuba 69 cara bersetubuh dari Kamasutra ini.
#2 Angkat kaki anda
Apa yang boleh membuatkan hubungan intim kalian lebih panas adalah dengan membiarkan suami penetrasi lebih dalam. Caranya mudah saja, angkat kaki anda!
Jika dalam posisi missionary, angkat kaki dan letakkan di bahu suami.
#3 Naik atas suami dan “take control”
Jangan ingat bila anda take control hubungan di ranjang, suami akan rasa insure. Tidak! Mereka lebih suka jika anda mendominasikan permainan di ranjang.
Jadi bila-bila masa, take control, naik atas suami dan kawal rentak dayungan. Dalam masa sama, biar tangan suami meraba anda sepuasnya.
#4 Kemut! Kemut dan kemut!
Ini satu lagi benda yang suami PALING SUKA dan akan buat dia selalu saja nak melekat dengan anda. Kemut! Sebenarnya, kemut atau senaman Kegel ini amat bagus untuk merapatkan dinding rahim.
Bagaimana nak buatnya? Cuba kemut seperti anda tahan atau ingin berhenti kencing. Ha… itulah caranya! Anda boleh buat ia di mana-mana saja, pada bila-bila masa. Terutamanya ketika atas katil ya! 😉
#5 Ramas testikalnya
Selain kemut, anda juga boleh meramas buah zakar suami perlahan-lahan. Tapi ada sesetengah lelaki tidak menyukainya. Jadi, pandai-pandai ya!
#6 Quickie patut ada dalam kamus rumah tangga
Ini satu lagi cara untuk melepaskan pressure yang diletak dalam hubungan seks. Jika terlampau banyak tekanan diletak, hubungan intim boleh jadi awkward.
Kita punyalah rancang macam-macam, sekali suami pun tertekan dan tak mampu perform. Jawapannya mudah saja, cuba amalkan quickie!
Quickie adalah seks cepat yang dilakukan di mana-mana saja, tanpa tekanan.
#7 Perlahan-lahan dan jangan bagi tekanan
Untuk mencapai klimaks yang maksimum dan mampu buat anda senyum sampai ke telinga, pastinya durasi permainan memainkan peranan penting. Lagi lama lagi bagus!
Tapi bagaimana jika suami tidak tahan lama? Ambil langkah ini: Perlahan-lahan mendayung. Apabila suami seperti sudah di kemuncak, perlahankan kembali rentak permainan.
Cara ini akan membuatkan rangsangan dari terlalu pantas bertindak.
#8 Bisik di telinganya
Jangan malu. Bisikkan saja apa yang anda mahu suami lakukan. Bisikan sebenarnya amat seksi!
#9 Biar suami tengok muka anda ketika klimaks
Akhir sekali…. ketika suami mencapai klimaks, buat hubungan intim ini jadi lebih rapat, secara fizikal mahupun emosi. Pandang mata suami. Connect dengan dirinya. Anda pasti akan rasa kelainannya!
Semoga 9 teknik godaan ini membantu anda merapatkan lagi hubungan dengan suami tercinta. Ehem, jangan lupa amalkan ya!
Sumber rujukan: To Love, Honor & Vacuum
cara bersama suami, posisi bersama, posisi bersama suami, posisi bersama suami ketika hamil, posisi terbaik bersama suami, posisi seksual yang perlu diketahui,
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Pssst… Ini 10 Posisi Seks Kegemaran Suami Yang Isteri Wajib Tahu Dan Cuba!