Kulit lembut dan licin
Wanita mana yang tidak obses untuk memiliki kulit selembut dan selicin sutera?
Kalau ada cara mudah untuk mendapatkan kulit seperti itu, pasti semua wanita sanggup membuatnya, kan?
Trend penjagaan kulit yang terkenal sekarang adalah trend glass skin dari Korea. Seperti namanya, trend glass skin ini menjanjikan kulit yang licin, glowing dan selembut sutera.
Kredit: Lookfantastic
Dan yang paling best, ada seorang jurumekap terkenal dari Los Angeles telah mendedahkan apa rahsia rutin penjagaan untuk dapat kulit seperti ini!
Rahsia rutin penjagaan kulit
Ellie Choi, jurumekap yang aktif di Los Angeles telah tular di media sosial apabila rahsia penjagaan kulitnya mendapat perhatian ramai.
Pada mulanya, Ellie hanya mendedahkan rahsia rutin penjagaan kulit itu di Twitter. Tapi, tiba-tiba ia semakin hangat di Instagram, hingga dapat 20,000 likes!
Semuanya kerana ramai yang kagum dengan kecantikan kulit Ellie.
Betul! Lihat saja bagaimana kulit Ellie kelihatan… nampak macam sungguh lembut dengan cahaya semulajadi.
Sama macam kalau saya sembur air bebanyak dekat muka, atau sapu highlighter! Rahsianya? Okay jom kita check satu persatu rutin harian beliau.
1. Kenali jenis kulit muka
Pertama sekali, Ellie menyarankan kita semua (wanita yang mahu menjaga penampilan) dengan mengenalpasti jenis kulit muka apa yang kita ada.
Adakah ia kering? Berminyak atau kedua-duanya sekali?
Kredit: madokeki.blogspot.com
Seperti Ellie, beliau ada gabungan kulit berminyak dan kering. Untuk lebih spesifik, beliau mengenalpasti bahagian mana yang paling banyak minyak.
T-zone (kawasan hidung dan dahi) beliau adalah kawasan paling berminyak. Jadi, beliau memberi fokus pada pencuci muka pula.
2. Jangan lupa cuci mekap!
Setiap malam, Ellie akan memulakan rutin penjagaan kulitnya dengan mencuci makeup. Beliau mencuci mekap dengan Neutrogena’s Makeup Remover Cleasing Wipes.
Tapi bukan setakat itu saja rutin beliau, ya! Kemudian, beliau akan mencuci muka dengan 2 jenis pencuci.
Satu adalah Cetaphil’s Daily Facial Cleanser. Manakala satu lagi adalah Kiehl’s Ultra Facial Cleanser.
Kenapa sampai 2 pencuci? Satu pencuci saja boleh? Boleh!
Kedua-dua pencuci ini tak akan menghakis kulit dan menyerap segala lembapan selepas anda mencuci muka dan membuang mekap.
3. Toner paling penting
Selepas mencuci muka, Ellie beralih ke toner (penyegar). Ramai yang menganggap toner tidak penting kerana ia mungkin akan membuatkan kulit dehidrasi.
Tapi ia adalah tanggapan yang salah!
Ellie menggunakan toner Clinique Clarifying Lotion 3.
4. Pakai pelembap dalam jumlah yang tepat
Cakap tentang hidrasi, Ellie menegaskan yang semua wanita harus memakai pelembap dalam jumlah yang betul.
Anda wajib untuk pakai pelembap selepas menggunakan toner.
Pelembap yang dipakai untuk mendapat kulit selembut sutera seperti Ellie adalah Cetaphil’s Moisturizing Cream dan Wonjin Effect’s Water Bomb Cream (ini lebih bagus untuk kulit berminyak!)
5. Mask
Ellie juga selalu memakai mask untuk rutin penjagaan kulit tambahan. Tapi ia bukan selalu dipakai pun!
Cukuplah selang sehari. Ellie memakai mask Skinfood’s Black Sugar Strawberry Wash Off Mask.
Mask ini dikatakan boleh memberi kulit muka yang kelihatan glowing secara semulajadi dan sihat.
Dan nampaknya Ellie tidak salah! Kandungan gula dan strawberi amat bagus sebagai kandungan yang lembut untuk menghilangkan sel-sel kulit mati.
Selepas itu, barulah kulit anda boleh bersinar dan lembut bak sutera!
Ellie juga menyarankan mask jenama Innisfree yang boleh dipakai sebanyak 2 kali seminggu.
Jom cuba rutin penjagaan kulit ini untuk dapat kulit idaman kita!
Sumber rujukan: Allure
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.com10-langkah-rutin-penjagaan-kulit-dari-korea-anda-perlu-lakukan-setiap-malam/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!