Cara Buat Choco JAR, Mudah Dan Berkhasiat!Ia Boleh Rawat Batuk, Selsema Anak

undefined

Coklat banyak khasiat untuk kanak-kanak. Jangan langsung tak beri anak makan coklat pula! Jom cuba cara buat choco jar yang kami kongsikan ini!

Anda dah fikirkan aktiviti apa untuk dibuat bersama anak di rumah hujung minggu nanti? Mungkin anda boleh ajak anak buat choco jar!Kali ini kami kongsikan cara buat choco jar!

Mudah saya, yang penting ia mudah dibuat, tidak mudah lemau dan barangnya juga mudah didapati! Boleh lah anda luangkan masa bersama anak-anak dan lakukan aktiviti dengan mereka.

Sebenarnya mudah saja cara buat kudapan ini, malah hanya gunakan tiga bahan sahaja! Ya, kenapa anda tak percaya? Ia memang hanya gunakan tiga bahan saja.

Baca juga: Susu Coklat Banyak Manfaat Untuk Anak! Ini 5 Resepi Air Coklat Sedap Guna Milo, Horlicks dan Ovaltine!

Cara buat choco jar, guna 3 bahan je! 

Cara buat choco jar

Hanya 3 bahan yang diperlukan untuk resepi choco jar ini. Mudah sangat!

Bahan-bahan:

  • coklat Cadbury Milk – 1 bar
  • bubble rice (boleh didapati di bakery atau pasaraya)
  • minyak masak
  • marshmallow / apa-apa topping (*optional)

Cara-cara : 

  1. Goreng bubble rice tanpa minyak di atas kuali dengan api paling kecil sekali. Langkah ini penting untuk elakkan bubble rice lemau dan bubble rice akan sentiasa rangup.
  2. Seterusnya, cairkan coklat Cadbury menggunakan teknik double boil. 1 bar coklat Cadbury campur dengan 2 sudu makan minyak masak. Ini untuk pastikan coklat menjadi cair. Coklat masakan tidak sesuai kerana coklat akan keras apabila suhu sejuk

  3. Masukkan bubble rice dalam botol dan letak lapisan coklat di atasnya, dan ulang langkah ini sehingga botol penuh. Selamat mencuba!

Khasiat coklat untuk kanak-kanak

Cara buat choco jar

Hidup kita ‘sangat dekat’ dengan coklat. Pasti segenap lapisan usia mengenalinya. Jadi, jika tak suka coklat sekali pun, sudah tentu ada saja anak, saudara dan rakan-rakan kita yang menggemarinya. Justeru kena ambil tahu khasiat makanan ini!

#1. Tingkatkan kecerdasan

Coklat membuat kita lebih berjaga-jaga, yang secara tidak langsung juga membantu meningkatkan kecerdasan. Flavonoid meningkatkan aliran darah ke otak.

Satu kajian mengatakan, memberi anak makan coklat semasa peperiksaan akan meningkatkan keupayaan penyelesaian matematiknya.

#2. Mengurangkan stres

Koko mengandungi tryptophan, asid amino yang mempunyai kesan yang menenangkan. Ini mempunyai kesan menenangkan dan menyegarkan dalam kes-kes ketegangan dan tekanan.

Selain itu, koko juga mengandungi kafein yang merupakan alkaloid, theobromine dan phenylethylamine (amine, khususnya dikenali sebagai antidepresan) yang semuanya adalah perangsang. Mereka adalah pengawalan mood yang sangat berkesan dan antidepresan.

#3. Kuatkan tulang kanak-kanak

Coklat juga mengandungi magnesium yang dapat membantu membina otot dan menguatkan tulang kanak-kanak.

Malah, kandungan tenaga dan protein yang ada dalam coklat adalah baik untuk menambahkan stamina kanak-kanak terutama di peringkat usia mereka yang sedang lasak.

#4. Tingkatkan selera makan

Ramai juga ibu bapa yang mengalami masalah anak cerewet makan. Namun, dengan memberi anak makan coklat, anda tidak perlu risau kerana secawan coklat panas boleh membantu meningkatkan selera makan anak anda.

#5. Baik untuk gigi

Cara buat choco jar

Menurut Lembaga Koko Malaysia, kajian yang dilakukan menunjukkan sebenarnya salah satu bahan yang ada dalam serbuk koko dapat menghalang pembiakan bakteria daripada membentuk plak gigi.

Malah, kandungan fosforus pada coklat dapat menguatkan gigi kanak-kanak. Lemak koko yang merupakan bahan asas dalam pembuatan coklat juga adalah mudah cair di dalam mulut.

Jadi, coklat yang dimakan anak anda tidak akan tersimpan lama di dalam mulutnya. Oleh itu, pembentukan plak dapat dicegah.

#6. Merawat batuk, selsema

Koko mempunyai vitamin-C, alkaloid, dan flavonoid. Ia memberikan kelegaan daripada batuk dan selesema. Asid lemak seperti asid stearat, asid palmitik, dan asid oleik di dalamnya memberikan kelegaan daripada sakit tekak, batuk berterusan dan selesema.

Disamping keburukan, ada kebaikan

Di sebalik keburukan coklat, mungkin tidak ramai ibu bapa yang tahu bahawa kandungan di dalam coklat itu juga mengandungi khasiat untuk tumbesaran kanak-kanak.

Cuma, pemberian sedikit coklat sekali-sekala kepada kanak-kanak tidaklah memudaratkan seperti yang selama ini ‘dimomokan’ kepada ibu bapa. Malahan, terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa coklat yang dihasilkan daripada koko ini memberikan manfaat dari segi kesihatan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hellodoktor, sinarplus

Baca juga: Resipi Cornflakes Coklat Rangup Tanpa Oven, Ajak Anak-Anak Buat Bersama Pun Boleh!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!