Bagaimana ingin cegah kehamilan jika pasangan terpancut dalam?

undefined

Jika suami tidak suka kondom dan anda tidak suka pil perancang, pasti anda ingin tahu cara elak hamil selepas pancut dalam, kan? Ini antara 2 caranya...

Jika anda melakukan hubungan seks dengan suami tanpa perlindungan, pasti anda risau dan ingin tahu cara elak hamil selepas pancut dalam. Almaklumlah, suami mungkin tidak suka kondom manakala anda pula mungkin terlupa (atau tidak suka) untuk ambil pil perancang.

Tapi jangan risau lagi. Hari ini, kami bawakan kepada anda panduan tentang cara elak hamil selepas pancut dalam.

Kontrasepsi darurat, atau cara pencegahan darurat adalah satu cara untuk membantu seorang wanita mengelak dari hamil selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Dalam erti kata lain, membantu pasangan suami isteri yang bersenggama tanpa sebarang kaedah perancang.

Kontrasepsi darurat dianggap sebagai cara elak hamil selepas pancut dalam yang paling berkesan dan selamat kerana ia telah digunakan sejak 30 tahun lalu. Namun, penggunaannya kurang meluas di Malaysia.

Kontrasepsi darurat: Cara elak hamil selepas pancut dalam

cara elak hamil selepas pancut dalam, cara elak mengandung, cara elak hamil, pancut dalam, pancut luar, morning after pill, pil cegah kehamilan, pil postinor,

Di Malaysia, terdapat 2 jenis kontrasepsi darurat iaitu:

  • Ubat dalam bentuk pil
  • Alat kontraseptif yang ditanam dalam rahim (IUCD)

Jika anda tertanya-tanya mengapa kita perlu tahu cara elak hamil selepas pancut dalam, ini antara alasannya – 

  1. Kontrasepsi darurat memberi peluang untuk wanita mengelak kehamilan yang tidak diingini.
  2. Kontrasepsi darurat mengurangkan jumlah kes menggugurkan kandungan

Bila waktu paling sesuai untuk guna kontrasepsi darurat?

Seseorang wanita memerlukan kontrasepsi darurat apabila:

  1. Kondom bocor atau terlucut, maka air mani memasuki faraj
  2. Wanita lupa untuk makan pil perancang keluarga (7 pil yang pertama)
  3. Salah kira waktu yang selamat untuk bersenggama
  4. Dipaksa melakukan seks seperti kes rogol
  5. Pasangan gagal mengeluarkan zakar lalu terpancut air mani ke dalam faraj

3 cara elak hamil selepas pancut dalam 

Di Malaysia, terdapat 3 kaedah kontrasepsi darurat. Pertama ialah morning-after pill atau Postinor. Ia merupakan ubat hormon yang mampu mencegah persenyawaan. 

Cara memakannya: Makan sebiji pil dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Lebih bagus jika ambil 24 jam selepas itu.

Makan sebiji lagi pil selepas 12 jam. Jumlahnya 2 biji pil. Jumpa doktor jika haid tidak datang melebihi 3 minggu kerana khuatir anda telah mengandung.

Kedua adalah dengan mengambil pil perancang keluarga. Makan 4 biji pil perancang selepas 72 jam berhubungan seks. Kemudian, makan lagi 4 biji pil 12 jam kemudian. Jumlah 8 biji pil.

Cara ketiga adalah dengan memasang alat IUCD oleh doktor terlatih. Alat itu harus dipasang dalam masa 5 hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan. 

Bagaimana kontrasepsi darurat berfungsi?

Kontrasepsi darurat ini berfungsi dengan melambat atau mengelak ovulasi, iaitu proses pelepasan ovum dari ovari.

Ia juga mampu mengurangkan kemungkinan persenyawaan dengan mengganggu pergerakan ovum mahupun sperma.

Selain itu, cara elak hamil selepas pancut dalam ini juga mampu membuatkan selaput dalam rahim menjadi tidak sesuai untuk implantasi. Jadi, keguguran tidak terjadi kerana sperma “tidak sempat melekat” pada dinding rahim.

Kesan sampingan akibat kontrasepsi darurat

cara elak hamil selepas pancut dalam, cara elak mengandung, cara elak hamil, pancut dalam, pancut luar, morning after pill, pil cegah kehamilan, pil postinor,

Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah rasa mual dan muntal. Biasanya, sindrom ini akan berlarutan selama 24 jam. 

Postinor (atau morning-after pill) lebih senang diambil dan tanpa rasa mual yang terlalu teruk berbanding pil perancang keluarga. Pil ini seharusnya diambil semula jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas menelan pil.

Peringatan penting:

Kontrasepsi darurat bertujuan untuk mencegah kehamilan dari hubungan intim yang terjadi SEKALI SAHAJA, tanpa perlindungan.

Ia tidak mampu mencegah kehamilan jika hubungan intim tanpa perlindungan itu dilakukan secara berterusan. Kontrasepsi darurat juga tidak memberi perlindungan terhadap jangkitan akibat seks. 

Penggunaan yang kerap mampu mengganggu kitaran haid anda. Ia berkesan dan selamat digunakan dalam masa 72 jam (3 hari) dan 5 hari untuk alat IUCD. 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: Utusan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Suami tak suka kondom & isteri tak suka pil perancang, apa kalian patut buat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!