Buat sendiri 'ubat batuk' anak dengan NANAS, batuk boleh sembuh dalam 3 hari

undefined

Buah nanas mengandungi vitamin c yang cukup baik untuk merawat batuk anak anda! Ibu, jom kita cuba buat ubat batuk semula jadi ini. 3 hari batuk boleh sembuh!

Sebelum ini, kami di theAsianparent telah berkongsi cara hilangkan batuk bayi dengan menggunakan buah delima, kentang dan madu. Bagaimana, adakah cara yang kami kongsikan itu berkesan?

Nah, hari ini, ada satu lagi cara hilangkan batuk bayi dengan minum jus nanas yang dikongsikan oleh Norashikin Hasan pula.

Melalui perkongsiannya itu, beliau berjaya sembuhkan batuk anaknya dalam tempoh tiga hari. Wah, patut cuba ini ibu!batuk bayi

Cara hilangkan batuk bayi dengan jus nanas

cara hilangkan batuk bayi, petua hilangkan batuk bayi, cara rawat batuk bayi, batuk anak, batuk bayi, batuk, selsema dan batuk, cara merawat batuk anak, cara merawat batuk bayi, hilangkan batuk anak dengan buah nanas, hilangkan batuk anak, hilangkan batuk bayi, buah nanas, nanas, nanas dan rawat batuk, rawat batuk dengan jus nanas

Kredit: Thermesdevals.com

Menurut jurnal Der Pharma Chemical yang diterbitkan pada 2010, nanas boleh digunakan bagi merawat penyakit tuberculosis, bronchitis dan penyakit lain yang ada kaitan dengan selsema dan batuk.

Setelah membuat perbandingan, pakar mendapati pesakit yang mengambil jus nanas sembuh lebih cepat berbanding pesakit yang minum ubat batuk.

Oleh kerana nanas adalah sumber semula jadi, makanya ia sesuai diberikan pada golongan dewasa dan bayi yang berusia satu tahun ke atas.

Jom kita lihat cara hilangkan batuk bayi dengan nanas mengikut langkah demi langkah ini.

Sebenarnya ada tiga jenis nanas yang dijual di pasar iaitu nanas madu, nanas Sarawak atau nanas Moris. Pilih saja yang mana satu, semuanya boleh digunakan untuk merawat batuk bayi.

Cara menghilangkan batuk bayi dengan nanas: Langkah demi langkah

cara hilangkan batuk bayi, petua hilangkan batuk bayi, cara rawat batuk bayi, batuk anak, batuk bayi, batuk, selsema dan batuk, cara merawat batuk anak, cara merawat batuk bayi, hilangkan batuk anak dengan buah nanas, hilangkan batuk anak, hilangkan batuk bayi, buah nanas, nanas, nanas dan rawat batuk, rawat batuk dengan jus nanas

  1. Kupaskan kulit nanas dan buang durinya.
  2. Buat potongan nanas dalam betuk kiub supaya mudah dikisar. Bahagian tengah (batang keras nanas) boleh dimasukkan sekali kerana ia juga ada khasiatnya.
  3. Selepas itu, kisarkan buah nanas ini sehingga halus. Kemudian hampas nanas ditapis.
  4. Kemudian, tapis sekali lagi.
  5. Setelah itu masukkan dalam botol kedap udara dan simpan dengan baik dalam peti sejuk.
  6. Jika nak bagi anak minum, tambah bersama madu. Jus ini boleh digunakan tiga hingga empat hari berturut-turut.

Extra info:

  • Gunakan nanas yang manis dan elakkan yang muda.
  • Ubat semulajadi tanpa bahan pengawat, mudah rosak. Jadi, jika anak anda sudah pulih dari batuk, buangkan saja selebihnya walalupun masih elok kerana tak bagus disimpan terlalu lama. Bila batuk lagi, buat yang baru semula.
  • Selain madu, anda juga boleh campurkan dengan setengah inci halia semasa dikisar. 

Cara penggunaannya:

  • Ambil pagi, petang dan malam selepas makan atau sebelum makan.
  • Untuk bayi gunakan picagari manakala dewasa pula boleh minum satu cawan jus nenas yang bercampur madu.

Perhatian:

Nanas memang mempunyai khasiat yang sangat tinggi namun ia bergantung kepada penerimaan tubuh seseorang.

Apapun anda boleh mencubanya dahulu dan lihat sama ada sembuh cepat atau sebaliknya. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sirap Limau, Mingguan Wanita

Baca juga

Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!