9 cara mandikan bayi 2 bulan ke atas dengan betul, barulah bayi selesa!
Ibu perlu tahu cara memandikan bayi 2 bulan ke atas dengan betul ini. Barulah bayi akan lebih selesa dan tidak cepat meragam. Jom kita lihat apakah caranya.
Mandi adalah satu keperluan dasar bagi seorang manusia, tak kiralah sama ada muda atau tua. Untuk bayi sendiri, mandi amat penting bagi memastikan bayi kekal bersih dari pelbagai kotoran. Ibu tahu cara memandikan bayi 2 bulan?
Ada beberapa area bayi yang harus dibersihkan dengan teliti dan cara memegang bayi ketika mandi juga ada caranya.
Bayi perlu dimandikan sekurang-kurang dua kali sehari agar mereka kekal bersih.
Cara memandikan bayi 2 bulan juga perlulah selamat agar memudahkan kerja ibu bapa. Bayi tetap bersih dan cara memandikan mudah malah cepat.
Jadi hari ini, kami akan bawa 9 cara memandikan bayi 2 bulan dengan betul agar mereka kekal selesa.
Cara memandikan bayi 2 bulan ke atas
Untuk ibu yang pertama kali memandikan bayi, anda mungkin sekurang-kurangnya akan menghabiskan masa selama 8 minit. Sebenarnya, 5 minit pun sudah mencukupi.
Ini antara 9 cara memandikan bayi 2 bulan ke atas yang perlu ibu bapa ketahui:
#1 Guna suhu air yang betul
Jangan terlalu panas atau terlalu sejuk. Nak pastikan sama ada suhu air tersebut betul atau tidak, cuba celup sebahagian daripada siku anda ke dalam air.
Ada kes ibu tak fokus hingga terberi anak mandi dalam air yang terlalu panas. Untuk bayi rasa lebih selesa, air mandian mereka haruslah dalam suhu sekitar 32 – 36 ˚C.
#2 Buka baju bayi
Perlahan-lahan buka baju, pampers dan seluar bayi
#3 Pemilihan kain tuala
Guna kain tuala yang lembut dan harus. Ia supaya kulit bayi tidak terluka atau mengelupas.
Celup kain dalam air hangat, kemudian cuci bahagian badan bayi seperti mulut, hidung, dan mata. Pastikan air tidak masuk dalam telinga bayi.
#4 Tab mandi
Tempatkan bayi dalam tab mandi yang tak terlalu sempit atau terlalu luas. Guna tab mandi yang disediakan khas untuk mereka.
Tempatkan air pada badan bayi dengan cermat.
#5 Sabun bayi
Usap seluruh tubuh bayi dengan sabun. Bahagian paling penting seperti lipatan ketiak, belakang telinga, bahagian alat sulit dan leher.
Usap dari arah depan ke belakang, bawah ke atas.
#6 Kepala bayi
Kepala bayi perlu di atas permukaan air. Ini supaya air tidak masuk dalam telinga, hidung, mulut atau mata bayi.
Mandikan bayi dengan sempurna sampai bayi betul-betul bersih.
#7 Bersembang dengan bayi
Anda boleh bersembang dengan bayi ketika ini. Kajian mengatakan, lebih kerap anda bercakap dengan bayi, lebih bijak perkembangan mereka.
Malah, mereka juga akan membesar lebih menurut kata. Jadi apa salahnya jika ibu bersembang dengan bayi sambil memandikannya, kan?
#8 Keringkan badan bayi
Keringkan badan bayi secara perlahan-lahan selepas anda mengangkatnya. Pilih kain tuala yang halus namun cepat kering.
Angin-anginkan badan bayi agar mereka dapat udara sedikit.
#9 Sapu minyak telon
Selepas melakukan cara memandikan bayi 2 bulan ke atas ini, anda juga boleh menyapu minyak telon pada perut bayi.
Ia supaya perut bayi tak masuk angin dan badannya hangat setiap saat. Untuk menjaga kelembapan kulit bayi, ibu juga boleh bagi bayi pakai losyen bayi.
5 tips berguna cara memandikan bayi 2 bulan ke atas
- Masa nak keringkan bayi, elak guna kain tuala yang bersifat kasar. Kulit bayi ini sensitif, jadi, guna kain tuala yang halus
- Sebelum memandikan bayi, ibu boleh masukkan baby oil dalam air mandian bayi
- Tak semua bayi sesuai pakai sabun akti bakteria. Jadi, pilih sabun biasa untuk bayi pun sudah mencukupi
- Ibu boleh guna losyen untuk pastikan kulit bayi kekal lembap
- Iritasi pada kulit bayi (contohnya ruam) biasanya disebabkan antibiotik atau pewangi. Jadi, cuba elak benda-benda ini
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan