X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Tips Untuk Masa Mandi Anak Lebih Mudah & Menyeronokkan

3 min bacaan
7 Tips Untuk Masa Mandi Anak Lebih Mudah & Menyeronokkan

Kadang kala ibu ayah pusing kepala melayan kerenah anak kecil terutama apabila nak mandi! Tapi dengan 7 cara ini, anda pasti takkan pening kepala lagi!

Apabila umur si kecil menjangkau ke usia 10 bulan ke atas, agak sukar untuk ibu-ibu cuba mandi anak. Waktu mereka masih bayi, aktiviti mandi memang mudah dan cukup menyenangkan.

Namun begitu, ada cara yang betul untuk mandikan anak agar rutin mandian ini menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan si kecil.

Bagi kanak-kanak, mandi bersama pancuran air sungguh menyenangkan terutama saat ibu sedang mencuci rambut mereka. Ketika itulah mereka akan merasai keseronokan apabila dimandikan oleh ibu.

Jom tengok apa yang ibu boleh buat untuk memastikan si manja anda itu seronok setiap kali ingin mandi.

7 Tips Untuk Masa Mandi Anak Lebih Menyeronokkan

1. Buih sabun & syampu

mandi anak dengan buih sabun dan syampu

Kredit: Shutterstock

Tak dinafikan, kanak-kanak memang suka buih-buih sabun dan syampu yang berkumpul dalam tab mandian. Cara ini merupakan trik untuk memudahkan ibu mandikan anak dengan lebih cepat.

Walaupun begitu, pastikan produk sabun yang digunakan adalah mesra pengguna dari segi tidak memedihkan mata dan sesuai untuk anak kecil. Selain itu, pilih sabun yang lembut untuk kulit anak.

Ibu pasti dapat melihat anak-anak gembira tatkala dimandikan sambil meniup buih-buih yang bertebaran ke udara. Apabila rutin ini sering dilakukan, anak-anak berasa seronok untuk mandi setiap hari!

2. Mainan mandian

Antara cara lain untuk mandikan anak adalah dengan memberikannya mainan mandian. Mungkin sudah tiba masanya untuk mendapatkan lebih banyak mainan air yang menyeronokkan.

Secara tak langsung, anak kecil akan rasa teruja untuk mandi.

3. Buat spa di rumah

mandi anak

Kredit: Shutterstock

Selepas mandikan anak, beritahu padanya yang anda akan menyediakan spa buatnya. Ia seolah-olah anda menyediakan pakej spa yang lengkap seperti urutan, mencuci rambut, membuang daki-daki di badan, membersihkan kuku dan sebagainya.

Wah! Pasti anak akan rasa seronok bila dimanjakan begini!

4. Berikan kata pujian

Ketika membersihkan badan atau rambut anak, berikan pujian dengan mengatakan dia punya kulit yang lembut dan rambut yang menawan. Contohnya seperti:

“Wah,cantiknya rambut anak ibu, dah wangi dengan syampu!” “Lembutnya kulit anak mama, barulah cantik, bersih dan kemas!”

5. Berikan kebebasan pada anak

Ada ketikanya anak-anak lebih suka mandi sendiri terutama jika mereka sudah menjangkau ke usia 6 tahun ke atas. Kadang-kadang, mereka tidak suka rambut dibasuh tetapi ingin berbuat sendiri.

Jadi biarkan mereka mencuba membasuh rambut mereka sendiri dan anda hanya perlu awasi sahaja.

6. Gayakan rambut anak

7 Tips Untuk Masa Mandi Anak Lebih Mudah & Menyeronokkan

Kredit: Shutterstock

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Selepas mandikan anak, ibu boleh menggayakan rambut si kecil. Jika anak perempuan, buat ikatan tocang dua pada rambutnya, sanggul atau dandan.

Kemudian ikat dengan reben, cekak dan lain-lain. Manakala anak lelaki pula, boleh dibuat dengan gaya seperti spike, mohawk atau berponi.

7. Mencipta momen indah

Kala anak sedang kecil inilah masanya untuk mencipta momen terindah. Malah akan dikenang sehingga anak meningkat dewasa. Dengan momen ini juga pasti ibu akan rasa sedikit emosi mengenangkan perwatakan anak yang berbagai ragam.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Yang Betul Untuk Mandikan Bayi Baru Lahir (Dengan Gambar)

Baca juga: Nak Kulit Bayi Sentiasa Sihat & Lembut? Ini 7 Produk Mandian TERBAIK Yang Selamat Untuk Si Kecil

Baca juga: Ibu , Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja. Ini 7 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran! 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • 7 Tips Untuk Masa Mandi Anak Lebih Mudah & Menyeronokkan
Kongsikan:
  • 7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

    7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

  • Ikuti Cara Memandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul (Bergambar), Ibu Baru Boleh Cuba Ya!

    Ikuti Cara Memandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul (Bergambar), Ibu Baru Boleh Cuba Ya!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • 7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

    7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

  • Ikuti Cara Memandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul (Bergambar), Ibu Baru Boleh Cuba Ya!

    Ikuti Cara Memandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul (Bergambar), Ibu Baru Boleh Cuba Ya!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.