16 Jenis Perancang Keluarga Yang Terbaik Untuk Suami Isteri Cuba, Selamat & Berkesan

undefined

Jenis perancang keluarga yang terbaik dapat menjaga kesihatan fizikal dan mental para ibu daripada sebarang risiko akibat kehamilan dekat

Merancang keluarga adalah satu proses yang melibatkan kaedah perancang keluarga untuk menyesuaikan bilangan dan jarak kehamilan mengikut kehendak pasangan. Namun tahukah anda jenis perancang keluarga yang terbaik?

Jenis Perancang Keluarga Yang Terbaik 

Matlamat utama perancang keluarga adalah untuk memberi pasangan kawalan ke atas kehidupan reproduktif, membolehkan anda merancang keluarga mereka dengan bijak dan mencapai kehidupan keluarga yang seimbang dan berkualiti.

Kaedah perancang keluarga yang berkesan sebenarnya dapat menjaga kesihatan diri dan emosi para ibu. Disebabkan itulah doktor akan menasihati anda untuk menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 2 tahun.

Berikut beberapa jenis perancang keluarga yang terbaik untuk anda dan pasangan cuba:

1. Cara Semulajadi – Mengira Waktu Subur Wanita

Kaedah perancang keluarga ini paling mudah dan tidak memerlukan sebarang kos.

Mengira dan mengenali waktu subur adalah 76-88 peratus berkesan sebagai cara mencegah kehamilan. Namun, cara ini tidak mampu melindungi anda dari penyakit STD. Dalam cara ini, anda perlu mengelak berhubungan seksual ketika waktu subur.

Waktu subur bagi wanita dengan kitaran haid biasa seperti 28 hari adalah pada hari ke-8 hingga ke-24. Selain itu, cara lain untuk mengesan waktu subur adalah melihat cecair yang keluar dari faraj. Ketika subur, cecair biasanya lebih jernih seperti putih telur.

2. Implan Perancang Keluarga

Implan perancang keluarga mengandungi progesterone. Progesterone ini akan menebalkan mukus servik dan menghalang sperma dari berenang masuk.

Implan perancang keluarga ini akan dimasukkan ke bawah kulit di bahagian lengan. Ia dikatakan 99 peratus berkesan dan boleh bertahan sehingga 4 tahun.

3. Perancang Keluarga Jenis Tampal

Kaedah perancang keluarga jenis ini antara yang paling mudah dan murah untuk didapatkan. Ia mampu menghalang sperma bersenyawa dengan telur.

Sama seperti perancang keluarga yang lain, cara mencegah kehamilan ini berfungsi dengan merembeskan hormon estrogen dan progestin yang akan menghentikan penghasilan telur. Anda boleh menampal ia di perut, lengan, punggung atau bahagian belakang. Ia terbukti 91 peratus berkesan.

4. Ubat Perancang

Pengambilan ubat perancang adalah kaedah yang paling mudah bagi mencegah kehamilan kerana ia mampu menghentikan proses ovulasi dan menjadikan anda tidak subur buat sementara waktu.

Biasanya ubat perancang ini perlu dimakan setiap hari bermula pada hari pertama kitaran haid, hinggalah ke hari-21.

Kemudian, anda tidak perlu makan pil perancang tersebut selama 7 hari. Jika dimakan dengan betul, tahap keberkesannya adalah 99 peratus. Ramai wanita memilih untuk menggunakan reminder bagi memakan pil ini agar tidak lupa.

Untuk mengetahui jenis pil perancang terbaik, boleh baca artikel yang telah kami siarkan: Terlalu Subur & Ingin Merancang Kehamilan? 8 Pil Perancang Terbaik Ini Dapat Membantu Secara Berkesan

5. Perancang Keluarga Depo

Jenis perancang keluarga yang seterusnya adalah suntikan menggunakan hormon progesterone. Anda perlu disuntik selama 2 bulan sekali dan perlu mendapatkan suntikan baru selepas 2 bulan.

Jenis perancang keluarga ini akan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari malah menghasilkan lendir yang pekat agar sperma tidak berjaya berenang. Namun, ramai wanita yang mengadu mereka mengalami pendarahan yang tidak menentu gara-gara kaedah perancang ini.

6. Span

Di Malaysia, kaedah perancang ini mungkin tidak terlalu popular. Ia adalah sejenis perancang keluarga yang menggunakan span untuk dimasukkan ke dalam vagina sebelum seks.

Span ini akan menjaga serviks dan mengandungi pembunuh sperma untuk mengelak kehamilan. Ia disertakan dengan tali untuk mudah ditarik selepas itu. ia hanya 76-88 peratus berkesan.

7. Perancang Keluarga Jenis Cincin

Jenis perancang keluarga cincin atau NuvaRing ini perlu dimasukkan ke dalam bahagian vagina. Ia kecil dan mampu menghalang kehamilan dengan merembeskan hormon. NuvaRing mampu menyekat sperma dari bertemu dengan telur. 

8. Menyusu badan

Memang menyusu mampu mencegah kehamilan selama 6 bulan, namun anda perlu melakukannya dengan betul. Cara yang betul ialah dengan menyusu badan secara eksklusif tanpa susu formula langsung, tidak datang haid dan mengambil pil mini dari klinik kesihatan.

9. Cervical Cap

Kaedah perancang keluarga seterusnya adalah cervical cap. Ia adalah sejenis mangkuk kecil yang dibuat dari silikon lembut dan berbentuk topi. Ia harus dimasukkan ke dalam vagina untuk melindungi serviks. Perlindungan akan diberi pada serviks agar tidak disertai sperma.

Untuk lebih berkesan, anda juga diminta untuk menggunakan pembunuh sperma atau spermisida.

10. Kondom

Kondom antara salah satu dari jenis jenis perancang kehamilan. Ia paling mudah dan murah. Namun, perancang keluarga ini tidak terlalu efisyen kerana keberkesannya hanya sebanyak 60 – 80% sahaja, itupun jika diguna dengan betul.

11. Diafram

Jenis jenis perancang kehamilan seterusnya adalah diafram. Ia seakan sama seperti perancang keluarga jenis span, cincin dan cervical cap, diafram adalah sejenis bekas kecil yang perlu dimasukkan ke dalam vagina. Ia melindungi serviks. 

12. Perancang keluarga IUCD

Jenis jenis perancang kehamilan seterusnya adalah IUD.

Perancang keluarga IUCD ini akan dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih. Ia boleh digunakan selama 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis. Kaedah ini mampu menghalang kehamilan sebanyak 98 peratus. 

13. Kondom Wanita

Jangan terkejut kalau anda baru tahu tentang kondom wanita. Ya, kondom ini khas untuk wanita dan dapat membantu dalam perancang keluarga.

14. Spermisida

Spermisida atau pembunuh sperma dijual dalam bentuk krim, aerosol, atau tablet. Ia memiliki bahan kimia yang boleh membunuh, merencatkan pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma untuk bersenyawa dengan telur.

Spermisida perlu dibiar dalam faraj selama 6 hingga 8 jam tanpa dibasuh selepas seks. Ini agar memastikan sperma mati. 

15. Sterelisasi

Sterelisasi adalah satu kaedah kekal bagi wanita dan lelaki. Untuk wanita, saluran fallopio akan diikat atau dipotong bagi mengelak perjalanan ovum. Bagi lelaki pula vasektomi akan dilakukan di mana saluran vas deferens yang membawa sperma akan dipotong dan diikat.

16. Pancut Luar

Pancut luar antara pilihan ramai pasangan suami isteri. Namun, cara mencegah kehamilan ini tidak terlalu berkesan. Ramai wanita yang mengadu “termengandung” walaupun selepas tembak luar. Sebenarnya, pancut luar memerlukan plan B untuk berjaya.

Kepentingan Perancangan Keluarga

perancang keluarga, pil perancang terbaik,  perancang keluarga jenis tampal

Berikut beberapa sebab suami isteri perlu melakukan perancangan keluarga:

  • Kewangan: Perancangan keluarga membolehkan pasangan mengurus kewangan dengan lebih baik. Dengan mengawal bilangan anak yang, anda boleh memperuntukkan sumber kewangan dengan lebih cekap, seperti kos pendidikan, penjagaan kesihatan, dan keperluan harian.
  • Kesihatan Ibu dan Anak: Menjarakkan setiap kehamilan membolehkan tubuh ibu pulih dari segi fizikal dan emosi sebelum menghadapi kehamilan seterusnya. Ini membantu mengurangkan risiko komplikasi kehamilan dan kelahiran pramatang serta meningkatkan kesihatan ibu dan anak.
  • Pendidikan dan Kerjaya: Dengan perancangan keluarga, pasangan boleh menjarakkan anak-anak mereka supaya mereka boleh meneruskan pendidikan atau membina kerjaya sebelum memikirkan kehamilan seterusnya. Ini memberi peluang kepada ibu untuk memajukan diri dan mendapatkan kestabilan pekerjaan sebelum memikul tanggungjawab sebagai ibu.
  • Kualiti Kehidupan Keluarga: Perancangan keluarga membolehkan pasangan memberikan perhatian dan penjagaan yang optimum kepada setiap ahli keluarga. Dengan bilangan anak mengikut keperluan dan kebolehan pasangan, mereka dapat memberikan perhatian, masa dan sumber yang mencukupi untuk menjamin kualiti kehidupan keluarga yang baik.

Tips Perancangan Keluarga Yang Berkesan

Selalunya, langkah perancang keluarga ini dilakukan semasa lawatan check-up bayi dan yang sering ditawarkan oleh doktor adalah pil perancang, suntik, IUD, dan lain-lain cara yang kami jelaskan di atas. Tetapi, tahukah anda ada lagi cara lebih berkesan untuk merancang kehamilan tanpa penggunaan sebarang ubat-ubatan?

Contohnya seperti:

1. Mencatat Suhu Badan Setiap Hari

Cara merancang kehamilan ini memerlukan wanita memantau suhu badan setiap hari. Ini kerana kesuburan seseorang wanita kebiasaannya dapat dijangka melalui kenaikan suhu badan.

Termometer khas iaitu ‘Basal Body Thermometer’ boleh digunakan bagi menyukat suhu badan dengan tepat kerana perbezaan suhu sememangnya tak begitu banyak.

Pasangan yang menggunakan kaedah ini perlu mengelakkan hubungan seks sehingga tiga hari selepas meningkatnya suhu badan.

2. Kenalpasti Perubahan Cecair Pada Faraj

Apabila cecair faraj muncul wanita boleh mengenalpasti tekstur dan warna untuk mengetahui sama ada tubuh sedang subur atau sebaliknya.

3. Kaedah Beritma

Kaedah beritma ini dikenali sebagai kaedah kalendar wanita perlu merekodkan kitaran haid selama enam bulan. Kitaran haid selalunya selama 28 hari, tetapi julatnya boleh juga di antara 23 hingga 35 hari dan ia masih dikira sebagai normal.

Kitaran haid dari hari pertama pendarahan sehingga hari pertama haid yang berikutnya. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah kalendar kerana wanita perlu merekodkan kitaran haid selama enam bulan.

Setelah mendapat kitaran yang tetap, anda boleh membuat sedikit pengiraan untuk mendapatkan waktu subur.

Cara mengira adalah seperti berikut:

  • Untuk kitaran haid yang ‘terpendek’, tolak harinya sebanyak 18 hari. Ini memberikan hari pertama kesuburan.
  • Untuk kitaran haid yang ‘terpanjang’, tolak 11 hari, ini memberikan hari terakhir kesuburan.

Berikut antara perkongsian dan panduan penuh untuk cara mencegah kehamilan yang boleh diamalkan oleh semua pasangan di Malaysia. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

  1. Plannedparenthood (n.d) Birth Control. www.plannedparenthood.org/learn/birth-control

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  7 Cara Untuk Hamil, Dengan Cara Mudah Hamil Ini, InsyaAllah Berkesan!

Baca juga: Panduan Lengkap Cara Mencegah Kehamilan Dengan Jenis Perancang Keluarga Ini, Tiada Lagi Kehamilan Mengejut!

Baca juga: Period tapi positif mengandung?!! Ini 3 sebab kenapa anda period tapi hamil…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!