Faraj Yang Sihat Mesti Dijaga Dengan Betul, Elakkan Guna Produk Ini!
Adakah anda selalu guna produk feminin seperti tisu basah, pencuci feminin dan gel mandian khas untuk faraj? Hati-hati! Anda tak boleh sesuka hati membasuh faraj dengan sabun, ketahui cara mencuci miss V dengan betul!
Kebanyakan wanita sanggup menghabiskan wang dan masa untuk menjaga kecantikan wajah dan tubuh badan. Tapi malangnya tidak mengekalkan penjagaan faraj yang sihat. Sedangkan itu aset yang paling utama untuk dijaga.
Tahukah anda soalan ‘bagaimana cara mencuci miss v dengan betul‘ digoogle setiap 0.59 saat di seluruh dunia? Jumlah wanita yang tak tahu cara mencuci miss v dengan betul akan mengejutkan anda!
Dan anda juga pasti terkejut mengetahui miss v kita sebenarnya tidak memerlukan produk pembersih pun untuk menjadikannya kekal sihat dan bersih, cukup sekadar penggunaan air!
Isi Kandungan
Lakukan Perkara Ini Untuk Memiliki Faraj Yang Sihat
Cara yang betul penting untuk mengelak masalah kesihatan yang berkaitan dengan bahagian intim ini.
Walaupun terdapat pelbagai produk feminin di pasaran yang menjanjikan kebersihan dan keharuman Ms V, tapi adakah produk-produk ini mendatangkan lebih banyak kebaikan dari keburukan? Ada 3 perkara penting yang perlu kita tahu.
#1 Bakteria baik dan tidak baik dalam faraj
Seperti usus dan kulit anda, Ms V mempunyai bakteria tersendiri yang melindunginya. Fungsi Lactobacilli adalah untuk menjaga keseimbangan pH dalam faraj untuk menghalang bakteria jahat dari berkembang.
Sekiranya keadaan dalam faraj jadi kurang berasid, ia boleh terdedah kepada jangkitan termasuk bakteria vaginosis atau jangkitan kulat.
#2 Jangan terlampau bersih
“Faraj wanita sebenarnya sangat sensitif. Saya syorkan wanita cuci dengan air satu kali sehari,” kata Dr Sangeeta Agnihotri, perunding ginekologi, obstetrik dan perubatan ibu, serta jurucakap untuk Wellbeing of Women.
“Saya selalu berjumpa wanita dengan kerengsaan, rasa sakit dan gatal-gatal kerana terlampau menjaga kebersihan faraj. Ini hanya akan menyebabkan ketidakselesaan,” kata beliau lagi.
Faraj anda sebenarnya boleh membersihkan diri dengan pelepasan semula jadi. Tapi apakah pelepasan yang normal? Rembesan jernih seperti lendiran berwarna putih adalah pelepasan normal dan biasanya berlaku semasa ovulasi,” kata Dr Agnihotri.
Jika lendiran itu likat dan ada rasa gatal-gatal, itu mungkin jangkitan kulat yang boleh dirawat dengan ubat dari farmasi. Biasanya ubat untuk gatal kemaluan hadir bentuk krim atau seperti bullet.
Kalau terdapat apa-apa kegatalan, kesakitan, keluar lendiran yang bertukar warna serta berbau hanyir, anda patut berjumpa doktor.
Pelepasan berwarna kelabu bersama dengan bau hanyir yang kuat adalah tanda bakteria vaginosis, yang biasanya perlu dirawat dengan ubat antibiotik.
#3 Promosi produk feminin
Anda mungkin akan tertarik dengan produk feminin seperti tisu basah, deodoran dan gel mandi yang dirumus khas untuk Ms V. Tapi pakar tidak mengesyorkan produk-produk ini.
“Anda cuma perlu cuci dengan air dan keringkan dengan tuala bersih, untuk menghilangkan kesan peluh,” kata Dr Agnihotri.
Jika anda ingin menggunakan sabun, elakkan jenis yang ada minyak wangi, pewarna, pengawet dan bahan kimia yang kuat. Jika kulit anda terangsang, jangan gunakan sabun, gunakan emolien.
Hadkan kekerapan mandi buih, penggunaan gel mandian wangi dan sabun yang beraroma kuat serta pelembut yang boleh menyebabkan kerengsaan.
“Jangan amalkan douching. Ia boleh memudaratkan dan mengganggu mikrobiome faraj biasa serta menjadikan ia lebih terdedah kepada jangkitan, ” petik Dr Agnihotri.
Tips Untuk Faraj Yang Sihat
- Pilih pakaian dalam yang diperbuat dari kain kapas dan elakkan dari memakai thongs.
- Guna tisu tandas yang tak diluntur, tak berwangi dan jangan basahkan tisu sebelum mengelap faraj kerana bahan kimia mungkin meresap ke dalam kulit dan menyebabkan kerengsaan.
- Potong bulu rambut faraj dengan gunting kecil atau anda juga boleh melakukan pembuangan rambut secara laser. Jangan cukur kerana ia akan merosakkan kulit.
- Jaga pemakanan, amalkan memakan buah-buahan sitrus. Selain memberi sumber Vitamin C kepada badan, ia juga dapat mengharumkan miss v anda secara semula jadi.
- Jika vagina rasa tak selesa jika tak dicuci dengan sabun, anda boleh rendamkan vagina anda di dalam air garam. Macam orang selepas bersalin, elok untuk sembuhkan luka jahitan dengan cepat.
Semoga perkongsian ini membantu anda untuk menjaga kebersihan faraj! Jom sama-sama kita jaga permata indah ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Keputihan Berketul Keluar Dari Faraj? Ini Punca & Cara Penjagaan Mudah Perlu Wanita Tahu
Baca juga: Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau
Baca juga: Berhenti Guna Sabun Vagina, Ia Penyebab Keputihan Gatal Terjadi Di Kawasan Alat Sulit Wanita!