Pakar Tidak Galakkan Anda Basuh Sayur & Buah Guna Sabun, Ini Sebabnya!

undefined

Sebenarnya tidak ramai yang tahu cara mencuci sayur dan buah-buahan dengan betul sehingga ada yang sanggup guna sabun tertentu untuk memastikan ia bersih

Ekoran pandemik Covid-19, seluruh ahli keluarga diminta untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah penularan. Baru-baru ini telah tular sebuah perkongsian di laman Facebook tentang tindakan seorang individu berkongsikan cara mencuci sayur-sayuran sebelum dimasak menggunakan sabun.

Oleh kerana terlalu risau akan keselamatan diri barangan yang dibeli dari pasar kerana terdedah jangkitan Covid-19 serta penggunaan racun serangga, ramai telah tampil menimbulkan pelbagai persoalan.

Cara mencuci sayur dan buah sebelum makan

cara mencuci sayur dan buah

credit to sources

Kebanyakannya pelik dan ada yang mengatakan bahawa tindakan membersihkan sayur dengan cara demikian adalah berbahaya.

Justeru, adakah perlu setiap pengguna membersihkan barangan basah yang dibeli menggunakan sabun bagi menghilangkan kotoran?

Menurut ahli kimia bertauliah, Dr Fatimah Salim berkata, merujuk Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), amalan cara mencuci buah-buahan dan sayur menggunakan sabun atau sebarang produk pencuci komersial adalah TIDAK DIGALAKKAN.

Hal ini kerana saki-baki sabun atau pencuci khas yang digunakan itu sukar untuk dibersihkan sepenuhnya dan mungkin tertinggal pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibasuh.

”Lebih membahayakan bila bahan kimia (yang tertinggal) pada permukaan atau mungkin telah diserap oleh sayur dan buah-buahan mampu mengakibatkan seseorang yang memakannya mengalami gejala muntah, loya serta cirit-birit jika perut mereka sensitif,” jelas Dr Fatimah.

Jadi, ibu ayah hanya perlu merendamkan sahaja buah-buahan atau sayuran tersebut. Kemudian cuci dan gosoknya sehingga bersih di bawah air yang mengalir sahaja.

Pakar Tidak Galakkan Anda Basuh Sayur & Buah Guna Sabun, Ini Sebabnya!

Selain itu, anda juga dibolehkan untuk menggunakan berus penggosok khas yang bersih sekiranya ingin menanggalkan lapisan perlindungan pada buah-buahan seperti labu, timun atau epal.

Manakala jika anda khuatir pendedahan buah atau sayur terhadap bahan kimia racun seranggan, mungkin boleh rendam seketika menggunakan air garam sebelum dicuci dengan air mengalir.

”Bagi buah-buahan dan sayur yang tidak dimasak terus, anda hendaklah mengeringkan permukaannya dengan kain atau tisu bersesuaian. Hal ini adalah untuk menghalang lembapan berlebihan yang menyebabkan kemandirian kuman sebelum anda menyimpannya,” jelasnya.

Di samping itu Dr Fatimah turut berkongsikan panduan apabila sayur atau buah dibiarkan dalam keadaan kering, ia mampu bertahan lebih lama. 

”Biasanya saur berdaun seperti bayam, saya akan kacau dan rendamkannya seketika lebih kurang tiga minit dengan air yang cukup sehingga ia terapung di dalam bekas,”

”Teknik ini penting bagi memastikan pasir atau tanah betul-betul tertanggal daripada sayuran tersebut. Saya juga mengulangi proses yang sama sebanyak 3 kali sehinggalah ia bersih,” kongsinya.

Tips lain bagi membersihkan buah dan sayur dari kotoran atau racun

cuci sayur dan buah guna sabun

Penggunaan baja dan racun kimia dalam aktiviti penanaman buah serta sayur bukanlah perkara yang asing lagi. Namun tahukah anda bahawa ia dapat mendatangkan keburukan terhadap masalah kesihatan dalam jangka masa panjang?

Selain tips di atas, beberapa cara yang dikongsikan oleh Dr Hafiz Sulaiman juga boleh dijadikan panduan bagi menghilangkan kesan racun pada makanan:

#1. Cuci menggunakan air garam

Berdasarkan Centre for Science and Environment, seseorang yang membasuhkan makanan dengan garam sebanyak 2 peratus, ia berupaya membuang kebanyakan pestisid di permukaan tumbuhan.

#2. Cuka putih

bersih sayur guna sabun

credit to sources

Cuka putih adalah pilihan yang sesuai dan murah. Ia dikatakan mampu untuk membunuh kuman dan menanggalkan pestisid. Caranya adalah dengan merendam buah atau sayur ke dalam satu bahagian cuka dan 10 bahagian air selama 30 hingga 60 minit.

#3. Lemon dan sodium bikarbonat (serbuk penaik)

Perahan buah lemon dan serbuk penaik dapat membunuh kuman dan menyahtoksikan pestisid. Berdasarkan data Cochrane yang menilai 8 kajian termasuklah RCT menunjukkan serbuk penaik ini dapat meneutralkan toksik daripada pestisid.

Caranya adalah dengan memasukkan satu cawan jus lemon dan dua camca besar baking soda dalam botol semburan. Kemudian anda boleh spraykan sahaja dan lap atau basuhkan dengan air bersih.

Kesimpulannya, memilih makanan daripada sumber organik adalah pilihan terbaik. Namun tidak ramai yang mampu mendapatkannya dan kuantitinya juga terhad.

Semoga kaedah kami kongsikan ini dapat membantu mengurangkan jumlah toksik yang perlu diproses oleh organ hati akibat pengambilan makanan yang tinggi dengan racun pestisid ini. 

Kredit foto: shutterstock & areza vmie

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sayur Kailan Pahit Sedikit Tapi Sebenarnya Bagus Untuk Pengeluaran Susu Ibu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!