Contohilah 21 Sikap Rasulullah SAW Dalam Mendidik Anak Ini, Ia Sangat Relevan Sehingga Kini!

undefined

Ini 21 cara mendidik anak dalam Islam yang disarankan oleh Rasulullah. Kemudian, didiklah dia menghayati Al-Quran dan mendirikan solat.

Anda tahu tak cara mendidik anak dalam Islam mengikut sabda Rasulullah SAW? Ini keterangannya:  

“Bukalah lidah anak-anak kalian untuk pertama kali dengan kalimat “Lailaha-illaallah”. Saat mereka hendak meninggal dunia, maka bacakanlah “Lailaha-illallah”.  Sesungguhnya barangsiapa awal dan akhir pembicaraannya “Lailaha-illallah” kemudian ia hidup selama seribu tahun, maka dosa apa pun tidak akan ditanyakan kepadanya.” – Syabul Iman, Juzuk 6 398, Ibn Abbas

Berdasarkan Hadis Nabi di atas, maka dalam kitab Al Amali muka surat 475, Imam Al Baqir dan Imam Ash Shadiq berkata, ibu bapa perlu tahu cara mendidik anak dalam Islam dan mengenalkan Allah SWT kepada anak. 

Dalam artikel ini akan menceritakan tentang: 

  • Cara mendidik anak dalam Islam 
  • Hak anak dalam pendidikan mengikut garis Islam
  • Ibadah dan amalan lain 
  • Tips mendidik anak cara Islam 
  • Pentingnya ajaran Al-Quran 

Cara mendidik anak dalam Islam 

cara mendidik anak dalam islam, didik anak

  • Pada usia 3 tahun, ajarkan anak kalimah Tauhid, Lailaha illallah sebanyak tujuh kali
  • Pada usia 3 tahun 7 bulan, ajarkan anak kalimah Muhammad Rasulullah
  • Setelah umur anak 5 tahun dan telah memahami arah, maka cuba tanyakan mana bahagian kanan dan kirinya. Kemudian beritahu arah kiblat dan mula mengajaknya bersolat.
  • Pada usia 7 tahun, ajak anak bersama-sama membasuh muka dengan kedua telapak tangan dan minta padanya untuk melakukan solat.
  • Namun begitu, cara berwuduk secara penuh boleh diajari ketika usianya menjangkau 9 tahun. 
  • Pada umur 9 tahun juga, kewajipan baginya untuk melakukan solat serta memberikan hukuman jika meninggalkan solat pada usia tersebut kerana pada umur ini dia lebih memahami peraturan dan tata tertib.

Hak anak dalam pendidikan mengikut garis Islam 

  • Memberikan nama yang baik 
  • Membuat aqiqah dan dipotong rambutnya (sebaiknya dilakukan pada hari ketujuh).
  • Hak anak daripada ayahnya iaitu pembelajaran tentang budi pekerti, menulis dan latihan fizikal serta mewarisi harta yang halal baginya. 

Ibadah dan amalan lain 

cara mendidik anak dalam islam, cara mendidik anak, cara mengajar anak, cara mengajar anak dalam islam, cara ajar anak dalami islam, cara mendalami ilmu agama pada anak, cara dalami ilmu agama, cara mendalami keilmuaan agama islam, kaedah pelajari agama islam

Kredit: Prof Hariz

  • Apabila anak sudah masuk ke usia aqil baligh, maka wajib ibu bapanya mengajarnya tentang puasa dan mewajibkan bersolat. 
  • Memerintahkan anak untuk mencari ilmu dan menghafal Al-Quran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 

Tips mendidik anak cara Islam 

  1. Elak pukul anak dari lutut ke atas tapi kalau marah pukul tapak kaki sahaja. 
  2. Jangan sesekali tampar anak menggunakan tangan kita atau anggota badan yang lain. 
  3. Ajar anak bersolat sejak umur tujuh tahun. 
  4. Memberi nama panggilan anak dengan masud yang baik.
  5. Memeluk anak setiap hari.
  6. Pandang anak dengan sepenuh kasih sayang.
  7. Sentiasa memberikan pujian kepada anak sekiranya dia berjaya terhadap sesuatu perkara atau sebaliknya dalam kata-kata yang berbentuk positif
  8. Mengakui kesilapan anak kerana dari situ mereka dapat belajar sesuatu
  9. Utamakan keluarga, isteri dan anak-anak berbanding urusan duniawi.
  10. Elakkan mengeluh dengan karenah dan sikap anak tapi ucaplah Atagfirullahalazim.
  11. Sentiasa menjadi pendengar setia anak.
  12. Ajar anak tentang cara untuk menenangkan diri terutama bila si kecil menangis apabila kemahuannya tidak dituruti.
  13. Sambutlah  birthday anak, kalau tak mampu besar-besaran cukup sekadar membeli kek dan sebagainya.
  14. Jangan biarkan anak tidur tanpa ciuman anda setiap malam.
  15. Terima anak seadanya sama ada baik mahupun buruk. 

Betapa indahnya kalimah Subhanallah yang telah diturunkan oleh Nabi untuk mendidik anak-anak kita. 

Menurut penjelasan Imam Ali Zainal Abidin dalam Kitab Risatul Huquq:

“Meskipun anak ada hak namun ketahuilah bahawa ia berasal darimu. Segala kebaikan dan keburukannya di dunia dinisbatkan kepadamu. Engkau bertanggungjawab untuk mendidiknya, membimbingnya menuju ke jalan Allah dan membantu anak mentaati perintah Nya. Maka perlakukanlah anakmu sebagaimana perlakuan seseorang yang mengetahui bahawa andaikan ia berbuat baik pada anaknya, nescaya ia mendapat pahala dan andai ia berbuat buruk nescaya memperoleh hukuman. 

Pentingnya mendidik anak dengan ajaran al-Quran

cara mendidik anak dalam islam, didik anak

Selain pendidikan dan ibadat solat, penting untuk ibu bapa mengajar anak mengenai bacaan al-Quran.

Seandainya ibu ayah kurang ilmu dan kemahiran dalam membaca al-Quran, maka wajiblah untuk menghantar anak untuk belajar agar mereka fasih membaca al-Quran. 

Seorang tabiin, al-Alim al-Muslim al-Qobisi pernah memberitahu dengan berkata: “Sesiapa yang inginkan anak-anak menjadi penyejuk matanya, maka hendaklah dia mengeluarkan wang untuk mengajar anaknya.

Mudah-mudahan usaha mengeluarkan belanja menghantar anak mempelajari al-Quran itu kita digolongkan sebagai salah satu golongan daripada orang yang berlumba-lumba mengerjakan amalan kebajikan.”

Tokoh ilmuwan Islam tidak asing lagi, Ibn Khaldun juga mengingatkan berkenaan pendidikan al-Quran.

Beliau berkata: “Al-Quran adalah ilmu pertama yang dipelajari oleh anak-anak kerana mempelajari al-Quran adalah satu syiar agama yang dipelopori oleh orang-orang Islam dan diteruskan oleh semua orang Islam di negeri-negeri mereka kerana al-Quran yang menguatkan iman dan cara untuk mengasah kebolehan-kebolehan lain.”

Menurut penulisan Pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang Jika kita mahu anak sentiasa mendirikan solat menepati waktunya, maka kita mesti terlebih dahulu menunjukkan sikap demikian.

Ketaatan dan kepatuhan mereka dalam mendirikan syariat agama menjadi penanda aras kejayaan seseorang ibu bapa memikul amanah Allah.

Seandainya anak-anak liat dan kurang cakna terhadap amalan syariat agamanya, bermakna ada sesuatu kurang baik kepada masa depan kita di hadapan Allah SWT kelak.

Semoga anak-anak kita membesar dengan cara Islam yang betul.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis asal Rahayu Pawitri. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: 7 Cara Didik Anak Supaya Mereka Jadi Anak Yang Baik Dan Berakhlak 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!