X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 Cara Menghukum Anak Yang DILARANG Dalam Islam, Jangan Sampai Jadi Begini!

3 min bacaan
5 Cara Menghukum Anak Yang DILARANG Dalam Islam, Jangan Sampai Jadi Begini!

Jika anda terlalu marahkan anak, jangan lakukan beberapa perkara ini!

Mendidik anak dengan cara yang betul boleh mempengaruhi emosi dan sikap anak pada masa akan datang. Tapi, apakah cara menghukum anak menurut Islam, dan tahukah anda perkara-perkara yang perlu dielak semasa menghukum anak ini?

Kadang kala, ibu bapa yang terlalu marah akan cenderung mengikut emosi dan bertindak memukul anak, atas dasar ingin memberi pengajaran.

Hakikatnya, perbuatan sedemikian mempunyai had yang harus dipatuhi khususnya dalam keluarga yang mengamalkan ajaran Islam.

Cara Mengukum Anak Menurut Islam: Ketahui Had Anda Sebagai Ibu Bapa

5 Cara Menghukum Anak Yang DILARANG Dalam Islam, Jangan Sampai Jadi Begini!

Ibu bapa, sekiranya anak melakukan kesalahan, pastikan anda tidak bertindak mengikut emosi dan amarah. Berikut merupakan beberapa larangan dalam mendidik anak mengikut Islam:

Cara Menghukum Anak Menurut Islam #1 Dilarang Memukul Wajah Anak

Anda mungkin tidak dapat menahan geram, terutama apabila anak tidak mengikut arahan tertentu. Tetapi satu perkara penting yang harus anda tahu adalah jangan sekali-kali memukul wajah anak anda.

Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

Cara Menghukum Anak Menurut Islam #2 Jangan Terlalu Menunjukkan Kemarahan AndaCara Menghukum Anak Menurut Islam, didik anak cara islam, cara mendidik anak perempuan, cara mendidik anak nakal, cara mendidik anak dengan betul, cara menegur anak dalam islam

Kadangkala ibu bapa yang marah mahu menujukkan kuasa dan ingin menakutkan anak, dengan harapan anak akan mengikut arahan dengan lebih baik di masa akan datang.

Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah SAW.

“Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah.”

Cara Menghukum Anak Menurut Islam #3 Jangan Memukul Dalam Keadaan Teramat Marah

Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata,

“(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku. ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘ Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini.”

Cara Menghukum Anak Menurut Islam #4 Elakkan Bersikap Terlalu Keras dan Kasar

Cara Hukum Anak Menurut Islam, didik anak cara islam, cara mendidik anak perempuan, cara mendidik anak nakal, cara mendidik anak dengan betul, cara menegur anak dalam islam

Bersikap keras seperti menumbuk dinding atau membaling barang mungkin akan menakutkan anak-anak, namun emosi anak akan tercalar dengan sikap ibu bapa yang sedemikian.

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

“Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

Cara Menghukum Anak Menurut Islam #5 Jangan Memukul dengan Benda Keras Sehingga Menampakkan Bekas

Semasa anda sedang marah, sebaiknya jangan mencapai barang untuk menakut-nakutkan anak, kemungkinan anda akan bertindak di luar kawalan.

Paling membahayakan, memukul anak sehingga mendatangkan bekas! Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W.

Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Saya selalu pukul anak bila marah. Apakah saya bermasalah?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: tudungsicomel.com

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-mendidik-anak-dengan-betul

 
Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 5 Cara Menghukum Anak Yang DILARANG Dalam Islam, Jangan Sampai Jadi Begini!
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham