Jika taknak nampak tua dari umur dan sakit pinggang, JANGAN tidur gaya ini!

undefined

Salah satu cara menghilangkan kedutan di pipi yang paling mudah ialah dengan mengubah gaya tidur anda. Adakah anda tidur dalam gaya ini?

Tahukah anda, industri kecantikan dan anti-penuaan bernilai hampir nbsp;$191.7 billion di seluruh dunia? Hal ini membuktikan wanita amat takut dengan penuaan dan paling mahu tahu cara menghilangkan kedutan di pipi.

Tapi, hakikatnya, ada beberapa “benda kecil” kita selalu buat yang menyebabkan kedutan di muka anda makin kelihatan! Apakah benda kecil itu?

Menurut laporan pihak Mirror, salah satu faktor penuaan ialah posisi tidur anda. Posisi yang paling tidak bagus ialah tidur meniarap.

Cara menghilangkan kedutan di pipi: Elak tidur meniarap

cara menghilangkan kedutan di pipi, kedutan pipi kiri dekat mata, kedutan bibir kiri atas, kedutan bawah mata kiri,

Malah bukan itu saja, tidur meniarap juga akan mengganggu kesihatan tulang belakang anda!

Menurut Dr. Hooman Melamed, seorang pakar tulang belakang ortopedik di DISC Sport & Spine Center, Los Angeles, 

“80% manusia akan mengalami masalah sakit belakang dan sakit pinggang dalam hidup mereka. Ia berpunca dan diterukkan oleh cara kita tidur.”

Jadi, cara tidur meniarap ini mampu menjadi penyebab sakit belakang, sakit leher, masalah perut dan nampak tua dari usia.

Cara menghilangkan kedutan di pipi: Apa posisi tidur yang terbaik?

Kalau tidur meniarap itu tidak bagus, apa pula gaya tidur yang bagus untuk jadi cara menghilangkan kedutan di pipi dan menjaga kesihatan tulang belakang?

Dr. Melamed mengesyorkan kita tidur terlentang

cara menghilangkan kedutan di pipi, kedutan pipi kiri dekat mata, kedutan bibir kiri atas, kedutan bawah mata kiri,

“Dalam posisi ini, anda meletakkan tulang belakang anda dalam keadaan semula jadi yang paling sihat dan natural.”

Posisi tidur terlentang juga akan menghilangkan tekanan tambahan atau mana-mana lekuk yang ada pada tulang belakang. Malah, ia juga boleh melawan dari terjadinya asid reflux!

Dalam posisi ini, kepala anda akan sedikit tinggi, maka, perut dapat duduk di bawah esofagus – mengelakkan kemungkinan bahan yang ingin dicerna terkeluar balik.

Bagaimana tidur terlentang mampu jadi cara menghilangkan kedutan di pipi?

Posisi tidur terlentang juga mampu menghilangkan kedutan di pipi anda. Bagaimana ia terjadi?

Ketika dalam posisi tidur ini, anda membenarkan kulit untuk bekerja satu arah dengan graviti. Anda tidak melawan graviti. Jadi, ketika anda tidur, kulit akan ditarik, bukannya menurun.

cara menghilangkan kedutan di pipi, kedutan pipi kiri dekat mata, kedutan bibir kiri atas, kedutan bawah mata kiri,

Menurut Jaime Davis, seorang pakar dermatologis – 

“Jika anda melipat kertas banyak-banyak kali, akan ada garisan yang melekat di sana selama-lamanya. Begitu juga dengan kedutan di muka.”

Jadi, tidur terlentang antara cara menghilangkan kedutan di pipi yang boleh membantu kulit anda kekal sihat dan anjal. 

Antara cara lain untuk menghilangkan kedutan di pipi ialah:

Tidur meniarap pula tidak digalakkan kerana ia boleh memberi risiko kesihatan dalam jangka masa panjang. 

Posisi tidur ini tidak sihat kerana ia tak beri sokongan semula jadi pada tulang belakang, malah ia merenggangkan lagi. 

Ia juga memberi tekanan tambahan pada sendiri dan otot yang mampu menyebabkan rasa sakit, dan kebas. 

Jadi kalau anda tercari-cari cara menghilangkan kedutan di pipi dan melawan penuaan, jangan sesekali tidur dalam gaya yang tidak digalakkan pakar itu ya!

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh James Martinez, dan mendapat kebenaran theAsianparent untuk diterjemah

Baca juga:

Ibu 49 Tahun Ini Sungguh "Bergetah" Sampai Dianggap Kekasih Anak Sendiri!

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!