9 Cara Menghukum Anak Secara Efektif, Jangan Rosakkan Emosi Anak Anda!

undefined

Tahukah anda, setiap tindakan kita terhadap anak akan mempengaruhi sikap dan emosinya apabila dewasa kelak?

Kadang kala, kita sebagai ibu bapa terdorong dengan emosi sendiri semasa ingin memberi pengajaran kepada anak-anak, akibat terlalu tertekan atau mood yang tidak baik. Akibat rasa bersalah, kita pasti mula berfikir, apakah cara menghukum anak yang boleh dilakukan tanpa mengganggu emosi mereka?

Hukum Anak: Salah Cara Hukuman Boleh Mendera Emosi Anak!

Jika tersilap langkah, perbuatan anda mungkin mempunyai akibat negatif untuk kanak-kanak. Mereka mula menjadi takut, dan menganggap semua orang akan bertindak sedemikian kepada mereka.

Ini merupakan tindak balas yang tidak baik untuk perkembangan emosi kanak-kanak. Mari lihat perkongsian tentang cara mendidik anak dengan lebih efektif ini.

Cara Menghukum Anak #1 Jika Mereka Tidak Berniat Melakukan Kesalahan, Mereka Tidak Sepatutnya Dihukum

cara menghukum anak, hukum anak, pukul anak, mendidik anak, cara mendidik anak, tips mendidik anak, didik anak cara nabi, cara didik anak 3 tahun, cara mendidik anak lelaki, disiplin anak, cara mendidik anak nakal, cara mendidik anak perempuan,

Sumber: brightsideme

Selalunya, kanak-kanak tidak berniat untuk mencederakan sesiapa. Mereka hanya mahu belajar sesuatu yang baru.

Ibu bapa harus tahu yang semasa kanak-kanak sedang belajar, mereka memerlukan tunjuk ajar, walaupun tindakannya bukan sesuatu yang positif.

Jika kita menghukum anak kerana kecuaian mereka, ibu bapa sebenarnya mendidik anak menjadi seseorang yang tidak tahu membuat keputusan. Mereka boleh bertindak mengikut arahan, tetapi tidak boleh membuat keputusan sendiri, malah tidak bertanggungjawab.

Cara Menghukum Anak #2 Hukuman dan Arahan Adalah Sesuatu Yang Berbeza

Terdapat perbezaan besar antara “Mungkin awak tak perlu main mainan” dengan “Jangan main mainan.”.

Ayat yang pertama merupakan cadangan, dan yang seterusnya adalah arahan. Maksudnya, anda hanya perlu hukum anak hanya setelah diberi arahan untuk melakukan/tidak melakukan sesuatu.

Perkara ini akan mempengaruhi kanak-kanak yang bersifat sensitif. Apabila dewasa nanti, mereka cenderung mengikut araham hanya kerana takutkan apa yang mungkin berlaku seterusnya.

Cara Menghukum Anak #3 Jangan Menghukum dengan Emosi!

cara menghukum anak, hukum anak, pukul anak, mendidik anak, cara mendidik anak, tips mendidik anak, didik anak cara nabi, cara didik anak 3 tahun, cara mendidik anak lelaki, disiplin anak, cara mendidik anak nakal, cara mendidik anak perempuan,

Sumber: brightside.me

Ini selalunya berlaku apabila ibu bapa terlalu mengharapkan sesuatu dari anak-anak, dan anak-anak tidak dapat memberi apa yang diminta.

Jika kanak-kanak mudah terpengaruh, mereka mungkin menghadapi masalah pada masa depan kerana gangguan akibat terlalu banyak menerima jeritan.

Pakar psikologi mengatakan mereka mungkin bergantung pada orang yang mempunyai status sosial yang tinggi.

Cara Menghukum Anak #4 Jangan Hukum Anak di Khalayak Ramai

cara menghukum anak, hukum anak, pukul anak, mendidik anak, cara mendidik anak, tips mendidik anak, didik anak cara nabi, cara didik anak 3 tahun, cara mendidik anak lelaki, disiplin anak, cara mendidik anak nakal, cara mendidik anak perempuan,

Sumber: brightside.me

Hukum anak di tempat awam membuatkan anak-anak berasa malu dan marah. Malah perkara yang sama berlaku apabila kanak-kanak dipuji di khalayak ramai, mereka mungkin terlalu sombong.

Kanak-kanak yang sering dihukum di khalayak ramai sentiasa berasa malu dan menjangkakan keadaan itu akan diulangi.

Dalam kehidupan dewasa kelak, mereka boleh berubah menjadi orang yang benar-benar bergantung kepada pendapat majoriti dan mereka tidak akan dapat membuat keputusan sendiri.

Cara Menghukum Anak #5 Jika Anda Kata Anda Mahu Hukum, Anda Perlu Hukum!

cara menghukum anak, hukum anak, pukul anak, mendidik anak, cara mendidik anak, tips mendidik anak, didik anak cara nabi, cara didik anak 3 tahun, cara mendidik anak lelaki, disiplin anak, cara mendidik anak nakal, cara mendidik anak perempuan,

Sumber: brightside.me

Sekiranya orang dewasa berjanji untuk menghukum anak, mereka harus melakukannya. Ancaman yang anda janjikan, menurut psikologi kanak-kanak, adalah lebih teruk daripada tiada hukuman.

Anak-anak akan sedar ibu bapa hanya berkata, tetapi tidak melakukannya.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengabaikan hukuman jika ancaman sudah berkesan. Tetapi dalam kes ini, anda harus menjelaskan kepada anak bahawa tindakan anda bukanlah selalu, ibu hanya memberi pengecualian sekali sekala.

Cara Menghukum Anak #6 Jika Anda Tidak Tahu Siapa Yang Bersalah, Hukum Kesemuanya Sekali.

cara menghukum anak, hukum anak, pukul anak, mendidik anak, cara mendidik anak, tips mendidik anak, didik anak cara nabi, cara didik anak 3 tahun, cara mendidik anak lelaki, disiplin anak, cara mendidik anak nakal, cara mendidik anak perempuan,

Sumber: brightside.me

Sekiranya ibu bapa tidak yakin anak mana yang bersalah, mereka tidak sepatutnya menghukum salah seorang sahaja. Ketika anak bersama teman, janganlah mengkritik temannya sama sekali.

Cara  Menghukum Anak #7 Hukum Anak Kerana Kesilapan Semasa, Bukan Untuk Kesalahan Masa Lalu.

Salah satu peraturan yang paling penting untuk menjaga anak ialah: “hukuman – pengampunan – dilupakan.”

Seorang kanak-kanak yang sentiasa dihukum kerana kesalahan masa lalu tidak boleh menjadi orang yang kuat. Mereka akan takut melakukan sesuatu yang baru dan akan lebih suka rutin.

Ia juga boleh menjadi sangat sukar untuk mereka belajar dari kesilapan mereka sendiri. Daripada menganalisis kesilapan mereka, mereka hanya akan membetulkannya.

Cara Menghukum Anak #8 Hukuman Harus Bersesuaian Dengan Umur dan Hobi

cara menghukum anak, hukum anak, pukul anak, mendidik anak, cara mendidik anak, tips mendidik anak, didik anak cara nabi, cara didik anak 3 tahun, cara mendidik anak lelaki, disiplin anak, cara mendidik anak nakal, cara mendidik anak perempuan,

Sumber: brightside.me

Anda perlu mengambil kira usia kanak-kanak. Sekiranya seorang kanak-kanak suka media sosial, anda harus membataskan masa penggunaannya yang akan menjadi hukuman yang baik.

Dan jika seorang kanak-kanak tidak menggunakannya sama sekali, anda harus memikirkan cara yang berbeza untuk menghukum mereka.

Seorang kanak-kanak yang selalu mendapat hukuman yang sama untuk perkara-perkara yang berbeza tidak boleh membina sistem nilai moral yang baik kerana mereka tidak dapat memberitahu perbezaan antara pentingnya sesuatu. 

Cara Menghukum Anak #9 Jangan Gunakan Perkataan Yang Negatif 

cara menghukum anak, hukum anak, pukul anak, mendidik anak, cara mendidik anak, tips mendidik anak, didik anak cara nabi, cara didik anak 3 tahun, cara mendidik anak lelaki, disiplin anak, cara mendidik anak nakal, cara mendidik anak perempuan,

Sumber: brightside.me

Ramai ibu bapa tidak sedar mereka melakukannya perkara ini akibat terlalu beremosi. Kanak-kanak yang sensitif mungkin mempunyai masalah dengan harga diri yang rendah.

Mereka mungkin hafal perkataan tersebut apabila ibu atau bapa mereka menggunakan perkataan yang tidak baik. Ini lebih serius untuk kanak-kanak perempuan, jadi berhati-hati dengan mereka.

Bagaimana anda menghukum anak anda?

Sumber: Brightside.me

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!