Belum Bersedia Tambah Anak Lagi? Ini Cara Kira Waktu Subur Bagi Elak Kehamilan

undefined

Apabila suami ajak bersama, anda mungkin serba salah untuk menolaknya kan? Sekiranya belum bersedia untuk hamil lagi, ketahui cara mengira waktu subur ini!

Sesetengah pasangan yang mendirikan rumah tangga sering dimurahkan rezeki dan segera dikurniakan cahaya mata. Namun jika anda belum bersedia untuk hamil lagi, merancang sendiri dengan cara kira waktu subur untuk elak hamil adalah paling selamat berbanding pengambilan sebarang jenis ubat.

Kaedah perancang keluarga tanpa menggunakan apa-apa alat dikenali sebagai kaedah kalendar. Melalui cara ini, anda dan suami perlulah mengelakkan dari bersetubuh pada hari-hari subur selepas haid.

Cara Kira Waktu Subur Untuk Elak Hamil

Menurut Dr Zubaidi, kaedah ini dapat dilakukan untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap. Sekiranya anda memiliki kitaran tidak tetap, maka kiraan hari subur adalah sukar dilakukan.

Caranya adalah:

1. Isteri Catat Bilangan Hari Kitaran Haid

Isteri perlu mencatatkan bilangan hari kitaran haid, iaitu dari hari pertama mengalami darah haid sehingga hari pertama mengalami semula haid pada bulan yang seterusnya.

2. Hitung Bilangan Purata

3. Tolak 18 Hari Daripada Bilangan Hari Haid Yang Terpendek

Angka ini adalah hari pertama waktu subur. Sebagai contohnya, jika putaran haid isteri terpendek 24 hari, anda tolak 18 dari 24 dan akan mendapat baki 6 hari

Maka pada hari ke-6 dalam kitaran haid itu, ia adalah hari pertama waktu subur anda pada bulan tersebut.

4. Dapatkan Jarak Kitaran Haid Yang Terpanjang

Kemudian dapatkan jarak kitaran haid yang terpanjang. Tolak 11 hari daripada hari yang terpanjang. Angka ini adalah hari terakhir subur dalam kitaran pada bulan itu.

Misalnya jika kitaran haid yang terpanjang ialah 34 hari, ditolak dengan angka 11 daripada 34 akan mengeluarkan angka 23. Maka hari ke-23 dalam kitaran haid itu ialah hari terakhir waktu subur pada kitaran haid anda pada bulan berkenaan. 

5. Elak Lakukan Hubungan Seks Dengan Pancut Dalam

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan melakukan hubungan seks dengan pancut dalam ketika anda berada dalam waktu subur bagi mengelakkan proses persenyawaan berlaku.

Katakan pada hari pertama haid iaitu jatuh pada 1 Julai 2020, maka waktu subur ialah pada hari 6 Julai sehinggalah 23 Julai. Maknanya mana-mana hari pada 6 Julai-23 Julai tersebut adalah waktu subur.

Sebenarnya golongan wanita yang memiliki kitaran haid yang tetap lebih mudah dan tepat kiraannya. Contohnya, jika anda mempunyai kitaran haid tetap setiap bulan iaitu 28 hari.

Jadi hari pertama subur ialah 28-18=10, iaitu pada hari ke-17 dalam kitaran haidnya. Manakala bagi hari terakhir subur ialah 28-11=17, iaitu pada hari ke-17 dalam kitaran haid.

Bagaimana Kalau Kitaran Haid Tidak Teratur?

cara kira waktu subur untuk elak hamil

credit to sources

Sekiranya kitaran haid anda tak teratur, ada beberapa tanda fizikal yang boleh bantu anda kenal pasti waktu subur. Antaranya ialah:

  • Suhu badan meningkat (selepas bangun tidur)
  •  Lendir di kawasan serviks
  • Sakit di bahagian perut atau belakang
  • Peningkatan rasa ghairah (libido)
  • Deria bau lebih tajam (selera makan bertambah atau berkurang)

Anda juga boleh gunakan kit ramalan ovulasi yang mengesan hormon LH, atau kit progesteron untuk yang ada masalah seperti PCOS. Kalkulator ovulasi online pun boleh membantu, asalkan anda tahu tarikh haid terakhir dan purata kitaran haid.

Mengesan Ovulasi Melalui Perubahan Tubuh Badan

Menurut penjelasan pegawai perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat, ovulasi adalah proses pelepasan ovum atau benih wanita daripada kilang telur ovari.

Kitaran haid normal bagi wanita adalah antara 24 hingga 38 hari. Ini bermakna hari ke-14 masih tidak tepat, lebih-lebih lagi sekiranya kitaran haid seseorang tidak teratur.

”Setiap bulan, tempoh ovulasi masih boleh berubah. Ini kerana setiap wanita memiliki waktu ovulasinya yang tersendiri dan tidak akan sama dengan orang lain,” jelasnya.

Tambah Dr Izzat, ovulasi kebiasaannya dikaitkan dengan peningkatan suhu badan sebanyak 0.5 darjah Celsius. Ini bermakna anda boleh mengukur perubahan suhu tubuh ini menggunakan termometer bagi mengesan waktu subur. 

”Bagaimanapun kebanyakan wanita tidak mengalami tanda ovulasi yang menonjol, mungkin berdepan masalah kejang pada bahagian bawah perut, keluar lendir berlebihan dari vagina yang kurang likat, perubahan mood, selera makan dan payudara rasa sakit.” katanya.

Ujian Murkus Serviks Di Rumah

cara kira waktu subur untuk elak hamil

credit to sources

Selain itu, Dr Izzat mengatakan bahawa para isteri boleh buat sendiri ujian ringkas di rumah. Caranya adalah dengan memasukkan jari bersih ke dalam faraj, keluarkan sedikit lendir yang anda. Kemudian, kembangkan lendir tersebut di antara dua jari.

Sekiranya ia banyak, melekit, boleh dikembangkan dengan mudah seperti putih telur atau kurang likat, ia adalah petanda mudah bahawa tubuh anda dalam keadaan subur pada waktu tersebut.

”Perlu anda ingat bahawa kaedah merancang dan menjarakkan kehamilan secara semula jadi adalah tidak disyorkan oleh para doktor kerana ia memberikan keberkesanan yang berbeza antara setiap individu.” jelasnya.

Sebab-Sebab Haid Tidak Teratur

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan haid tidak teratur, antaranya:

  • Perubahan hormon
  • Masalah kesihatan seperti PCOS dan tiroid
  • Stres
  • Penurunan atau peningkatan berat badan yang drastik
  • Latihan fizikal berlebihan
  • Penggunaan pil perancang
  • Perubahan rutin harian

Tips Mengatasi Masalah Kitaran Haid Tidak Tetap

  • Jaga Pemakanan: Pemakanan seimbang kaya zat besi, protein, dan kalsium membantu mengatur haid.
  • Senaman Secukupnya: Senaman berkala penting, tetapi elakkan keterlaluan.
  • Cukup Rehat: Tidur yang cukup dan kawal stres untuk mengekalkan pola haid yang sihat.
  • Berhenti Merokok: Merokok boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pemeriksaan Kesihatan: Lakukan pemeriksaan untuk kesan masalah seperti PCOS atau tiroid.
  • Kekalkan berat badan yang sihat untuk elak gangguan haid.
  • Gaya Hidup Sihat: Perhatikan pola haid anda. Jika ada perubahan, rujuk doktor.

Jenis-Jenis Kaedah Kontraseptif

Selain cara kira waktu subur untuk elak hamil, anda juga boleh mengambil inisiatif lain dengan menggunakan kaedah kontraseptif bagi mengelakkan kehamilan berlaku.

1. Pil Perancang (Pills)

 Pil perancang mengandungi hormon estrogen dan progestin yang berfungsi menghalang ovulasi. Tanpa ovulasi, tiada telur yang boleh disenyawakan. Ia sangat berkesan jika diambil secara konsisten pada waktu yang sama setiap hari, dengan kadar kejayaan sehingga 99%. Mudah digunakan dan dapat membantu mengawal kitaran haid.

Namun, harus diambil setiap hari tanpa culas. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti loya atau perubahan emosi.

2. Peranti Intrauterin (IUD)

IUD ialah alat kecil yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Terdapat dua jenis utama: IUD hormon dan IUD tembaga. Kadar keberkesanan yang sangat tinggi, lebih dari 99%. Tahan lama, antara 3 hingga 10 tahun bergantung kepada jenis. Sesuai untuk perlindungan jangka panjang tanpa perlu bimbang setiap hari.

Ia memerlukan prosedur pemasangan dan mungkin menyebabkan kekejangan atau pendarahan lebih banyak pada peringkat awal.

3. Kondom

Kondom diperbuat daripada lateks atau bahan lain yang membentuk penghalang fizikal untuk mengelakkan sperma masuk ke dalam rahim. Berkesan sehingga 98% jika digunakan dengan betul setiap kali. Yang bagusnya, ia tidak melibatkan hormon dan melindungi daripada jangkitan seksual (STI).

Risiko kebocoran atau koyak jika tidak dipakai dengan betul dan harus digunakan setiap kali melakukan hubungan seksual.

4. Implan Kontraseptif (Implanon)

 Implan ialah rod kecil yang dimasukkan di bawah kulit (biasanya di lengan). Ia melepaskan hormon progestin secara beransur-ansur untuk mencegah ovulasi. Hampir 99% berkesan. Ia boleh bertahan sehingga 3 tahun dan tidak perlu diingati setiap hari.

Tetapi ia memerlukan prosedur pemasangan dan penyingkiran. Boleh menyebabkan perubahan kitaran haid atau kesan sampingan seperti pening atau perubahan mood.

5. Suntikan Kontraseptif (Depo-Provera)

Suntikan ini mengandungi hormon progestin yang disuntik ke dalam badan setiap tiga bulan untuk menghalang ovulasi. Kadar keberkesanan sekitar 94% dengan penggunaan yang betul.

Perlindungan jangka sederhana tanpa perlu ingat setiap hari. Sesuai untuk wanita yang ingin mengelakkan pil harian. Untuk info, kaedah ini memerlukan suntikan secara berkala setiap tiga bulan.

Ia boleh menyebabkan perubahan pada kitaran haid, seperti haid yang tidak teratur atau tiada haid langsung.

Kesimpulannya jika anda tidak bersedia untuk menambahkan lagi cahaya mata, ajak pasangan untuk duduk berbincang dan buat pilihan yang dipersetujui secara bersama.

Sumber: Dr Zubaidi, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Terlalu Subur & Ingin Merancang Kehamilan? 5 Pil Perancang Keluarga Ini Dapat Membantu Secara Berkesan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!