Begini Rutin Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Barulah Si Manja Tidak Kerap Merengek!
Buat ibu bapa baru pertama kali, pastinya anda berasa sedikit kekok dalam menjaga bayi baru lahir. Justeru ini cara mengurus anak dengan betul!
Sekiranya anda baru menimang cahaya mata yang pertama, tingkah laku dan ragam si manja untuk 4 minggu pertama menjadi sebuah misteri untuk ibu dan pasangan. Dalam hal ini, sebolehnya anda tidak perlu gelabah dan kuasai sahaja cara mengurus anak dengan betul.
Sebenarnya ia memerlukan sedikit masa untuk ibu ayah memahami sikap dan tingkah laku si manja. Anda hendaklah sentiasa bersikap tenang kerana naluri dan sifat kasih sayang dapat menjadi panduan untuk mengharungi proses perkembangan bayi.
Baca juga: Bayi Tidur Awal & Mudah Setiap Malam, Ibu Ini Kongsi 7 Petua BERKESAN Yang Diamalkannya
Cara mengurus anak baru lahir dengan baik
Ia tidak mendatangkan masalah yang besar sekiranya anda dan suami telah menguasai asas-asas kemahiran dalam penjagaan bayi. Antaranya ialah:
#1. Memegang bayi baru lahir
Pertama kali bergelar seorang ayah, anda mungkin kekok untuk memegang bayi baru lahir. Justeru, pastikan tangan sentiasa menyokong bahagian kepala dan leher setiap kali anda ingin mengangkatnya.
Anda juga perlu berhati-hati memandangkan kebanyakan bayi baru lahir tidak mempunyai otot leher yang kuat. Pastikan kepala si manja diletakkan pada dada, kemudian alihkan sebelah lagi tangan yang menyokong punggung bayi ke arah lehernya.
#2. Memandikan bayi
Ketika ingin memandikan si manja, ibu hendaklah memastikan peralatan mandian seperti tuala, sabun dan bekas mandian sudah siap diisi dengan air suam dengan lebih awal.
Teruskan mandi dan pastikan air diratakan menggunakan sabun dengan pH neutral. Sebenarnya ia adalah aktiviti harian menyeronokkan dan relaks bagi si manja. Jika ibu tidak mahu memandikannya setiap hari, 1 atau 2 kali seminggu adalah sesuai ketika bulan pertama.
#3. Penjagaan tali pusat
Setelah siap mandi, bayi hendaklah diselimut menggunakan tuala agar tidak berasa sejuk. Ibu hendaklah lap kepala dan ubun-ubun bayi sehingga kering bagi mengelakkan masalah selesema dan ‘tangkap sejuk’.
Anda juga hendaklah menyapu bahagian tali pusat menggunakan sedikit cecair pembersih alkohol setiap kali selepas mandi atau menukar lampin bagi memudahkan ia kering dan gugur dengan cepat.
#4. Urutan bayi
Mengurut bayi memerlukan sentuhan, mengurut dan refleksologi bagi meningkatkan perkembangan fizikal dan mental si manja. Menurut portal Myhealth, terdapat bukti bahawa sentuhan kasih sayang ini dapat membantu bayi membesar dengan baik.
Bayi yang diurut secara kerap biasanya kurang menangis berbanding bayi tidak diurut. Ini mungkin berkaitan dengan fakta di mana si manja akan tidur lebih lama, kurang menghasilkan hormon tekanan dan meningkatkan sistem pencernaan.
#5. Pakaian bayi
Ibu hendaklah memilih baju yang sesuai mengikut peringkat umur bayi. Ia seharusnya membolehkan bayi bergerak dengan selesa bagi merangsang deria sentuh dengan baik.
Cara mengurus anak baru lahir juga digalakkan untuk memakai antara 2 hingga 3 bulan bagi mengelakkan masalah perut kembung. Si manja juga gemar pakai bedung, ibu tidak perlu mengikatnya terlalu ketat sehingga memberikan kesan sampingan terhadap fizikalnya.
#6. Menyusu si manja
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk menyokong tumbesaran si manja. Amat digalakkan penyusuan susu ibu sehingga 6 bulan pertama kelahiran. Kebiasaannya bayi baru lahir akan menyusu susu ibu setiap 2 atau 3 jam sekali dalam tempoh 10-20 minit setiap kali penyusuan.
Ibu juga perlu mengetahui bila bayi anda sudah kenyang seperti berhenti menghisap, menutup mulut dan berehat sebentar. Jangan lupa untuk sendawakannya!
#7. Menidurkan bayi
Bayi yang baru lahir akan banyak menghabiskan masa mereka dengan tidur. Biasanya 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tibanya waktu makan.
Tiada tidur yang tetap buat si manja, mereka akan mula mengenali waktu malam apabila usianya mencecah 3 bulan. Lebih kurang 90 peratus bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam.
Menurut American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi ialah secara terlentang, bukan meniarap atau mengiring. Ia juga boleh mengelakkan terjadinya kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS).
Justeru ini tips bagi bayi mudah tidur:
- Seilmutkan bayi menggunakan selimut nipis ketika tidur
- Jangan tidurkan si manja di atas sofa, tilam lembut atau bantal
- Pastikan bayi memakai pakaian nipis ketika tidur dengan suhu bilik yang sesuai
- Gelapkan bilik supaya lebih selesa
- Hindarkan rangsangan berlebihan ketika menyusu bayi waktu malam atau menukar lampin
- Mainkan muzik atau alunan al-quran secara perlahan bagi membentuk jadual tidur berkala
Sumber: Myhealth
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia