Cara Menyusukan Bayi, Ibu-Ibu WAJIB Tahu, Jangan Biar Bayi Terlebih Atau Terkurang Menyusu

undefined

Cara menyusukan bayi baru lahir bukan sekadar sumbat saja puting ke dalam mulut bayi, anda perlu pastikan posisi serta jadual penyusuan yang betul!

Sekiranya anda baru saja bergelar ibu, tentunya menyusukan bayi antara salah satu rutin baru anda. Namun adakah anda tahu cara menyusukan bayi dengan betul? Pernahkah anda baca tips menyusu bayi baru lahir sebelum memulakan penyusuan anda?

Cara menyusukan bayi perlu diambil tahu dengan teliti, baik melekapkan puting dengan betul dalam mulut bayi, posisi menyusu, bila perlu menyusu dan berapa lama perlu menyusu. 

Dan ibu-ibu perlu ingat, bukan asal bayi menangis saja tandanya nak susu ya. Ada ibu-ibu baru yang bila bayinya menangis saja disumbatnya puting payudara. Salah tu, bayi baru lahir akan menangis selalunya untuk 4 sebab ini, lapar, tidak selesa lampin basah, perut kembung atau mengantuk. 

Dalam banyak-banyak persoalan tentang cara menyusukan bayi, ramai ibu yang tidak tahu berapa lama perlu menyusu bayi ni, adakah selama mana yang mereka mahu? Atau patut ada ‘timing’ ketika mereka menyusu?

Berapa kerap perlu saya menyusu bayi baru lahir?

cara menyusukan bayi, tips menyusu bayi baru lahir

Bayi baru lahir perlu menyusu secara on demand, iaitu mengikut permintaan bayi anda. Itu adalah tips menyusu bayi baru lahir yang pertama setiap ibu perlu tahu dan ingat.

Bayi baru lahir sepatutnya diberi susu secara on demand iaitu mengikut permintaan bayi. Kenali corak penyusuan bayi anda dan cuba menyusukannya sebelum dia terlalu lapar.

Ini kerana anda berdua masih sedang menyesuaikan diri dengan penyusuan susu badan. Adalah lebih senang untuk menyusu bayi baru lahir yang tenang berbanding bayi yang menangis kelaparan.

Corak penyusuan setiap bayi tidak sama, tapi jangan bimbang, anda akan lebih biasa dengan corak ini selepas beberapa minggu.

Panduan kekerapan & cara menyusukan bayi 

Setiap bayi memerlukan kekerapan menyusu berbeza, oleh sebab itu penting untuk ibu memahami jadual penyusuan yang betul. Cara menyusukan dan lekapan juga penting agar anda dapat menyusu badan dengan lebih selesa.

Antara tips menyusu bayi baru lahir yang anda perlu ingat mengikut usia anak adalah seperti berikut:

  1. Minggu pertama

Anda sepatutnya tahu cara menyusukan bayi baru lahir sekurang-kurangnya 10-12 kali setiap hari. Biar bayi anda menyusu sehingga dia puas dan selagi dia masih menghisap secara aktif. Tukar ke payudara lain apabila satu payudara telah dikosongkan.

Bangunkan bayi anda setiap 2 jam pada waktu siang untuk menyusu. Pada waktu malam pula, bangunkan bayi anda setiap 4 jam untuk menyusu atau apabila dia memerlukannya.

  1. Minggu ke-2 – 6

Apabila bayi anda semakin besar, anda bolehlah mengurangkan kekerapan menyusu dalam sehari ke sekitar 8 hingga 12 kali. Sesetengah bayi masih perlu menyusu setiap 2 jam, jadi ikutlah naluri diri dan terus menyusu mengikut permintaan bayi anda. 

Berapa lama saya perlu menyusu bayi baru lahir?

tips menyusu bayi baru lahir

Anda masih perlu menyusu bayi baru lahir secara on demand. Ini juga bermaksud bayi anda akan menentukan berapa lama dia menyusu, selagi masih perlu.

Jika ibu menamatkan sesi penyusuan terlalu awal, bayi anda akan menangis jika dia belum puas minum lagi. Biasanya seorang ibu akan menyusu bayi baru lahir selama 20-30 minit, namun ini masih bergantung kepada tahap kelaparan bayi anda. 

Tanda bayi lapar untuk susu

  • Rooting – apabila anda menyentuh pipi bayi anda, dan dia berpaling untuk mencari puting ibu
  • Membuka dan menutup mulut
  • Memukul dada atau lengan ibu berulang kali
  • Menarik pakaian ibu
  • Menghisap tangan, jari kaki, atau pakaian
  • Bayi akan menangis sebagai langkah terakhir 
  • Jangan tunggu terlalu lama sebelum menyusu bayi baru lahir dan kalau boleh jangan tunggu hingga bayi menangis.
  • Ini hanya akan menyebabkan ibu baru lebih stres ataupun ia akan menjadi lebih susah untuk menyusu.

Tips berguna untuk ibu tentang cara menyusu bayi baru lahir

  • Kosongkan payudara anda sepenuhnya sebelum bertukar kepada payudara yang lain. Menyusu dengan kerap atau untuk masa yang lama adalah normal.
  • Pada mulanya najis bayi baru lahir berwarna hitam. Ia akan bertukar jadi coklat dan akhirnya berwarna kuning macam sos mustard.
  • Menyusu dengan kerap pada waktu malam juga perkara biasa. Bayi anda akan tahan lebih lama tanpa menyusu. Ini biasanya berlaku apabila bayi sedang mengalami peningkatan pertumbuhan.
  • Apabila bayi anda sudah puas menyusu, dia akan melepaskan puting ibu ataupun kurang menghisap. Dia juga boleh tertidur selepas menyusu. Ibu boleh cuba menyusu dari payudara yang lain jika dia terbangun dan masih ingin menyusu.

Jangan percaya petua menyusu dengan masa yang pendek boleh membantu puting yang sakit dan pecah. Jangan lupa kalau sesi penyususan anak terlalu pendek, dia perlu menyusu lebih kerap. Apabila anda tidak mengosongkan payudara semasa menyusu, ini boleh menyebabkan masalah lain seperti payudara kembang.

cara menyusukan bayi, tips menyusu bayi baru lahir

Bagaimana jika kurang susu ibu?

Berat badan yang tidak naik adalah tanda bayi anda tidak mendapat susu yang secukupnya. Malangnya, ada juga ibu yang kekurangan susu. Jika bayi anda selalu menangis kelaparan walaupun selepas menyusu banyak kali, ada kemungkinan dia tidak cukup susu.

Di bawah adalah 2 cara biasa untuk mengetahui jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya atau tidak:

  1. Tidak naik berat badan

Jika berat badan bayi anda tidak bertambah, anda mungkin perlu mendapat nasihat doktor atau pakar laktasi.

  1. Kurang lampin basah/kotor 

Bayi anda sepatutnya menghasilkan lampin basah/kotor mengikut umur dia. Pada hari pertama dia sepatutnya menghasilkan sekurang-kurangnya satu lampin; hari ke-dua dua lampin, dan sebagainya.

Jika ibu bapa mempunyai sebarang pertanyaan, jangan malu untuk bertanya dengan doktor anda. Mereka sedia membantu dan memberi nasihat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dah Nak Mula Bekerja, Bayi Tak Mahu Menyusu Botol, Ikuti Tips Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!