Penting Untuk Bapa Baru, Panduan Bersihkan Uri & Cara Tanam Uri Yang Betul

undefined

Uri perlu diuruskan dengan sebaiknya supaya tidak membusuk. Oleh itu, ayah harus tahu cara tanam uri dan menguruskannya kerana uri sebahagian organ manusia.

Selepas bersalin, pihak hospital akan memberi sebungkus plastik berisi uri di dalamnya. Kemudian, menjadi kewajipan ayah untuk menguruskan uri tersebut dengan sehabis baik kerana ia sebahagian daripada organ manusia. Berikut merupakan cara tanam uri sebagai panduan si ayah. 

Cara yang ditunjukkan ini sangat mudah dan ringkas. Pasti para suami dapat melakukannya sendiri tanpa rasa ragu-ragu. 

Jom kongsikan dengan suami anda, ya!

Sebelum itu, apakah fungsi uri ini? 

cara tanam uri, cara uri ditanam, cara basuh uri, cara bersihkan uri, uri, uri plasenta, plasenta, cara membersihkan uri, cara menanam uri, cara membasuh uri, langkah langkah tanam uri, langkah tanam uri

Benarkah cara tanam uri beri efek kepada kelakuan anak?

Sejujurnya ia tiada kena mengena. Perangai anak-anak tidak ada hubung kait dengan di mana atau bagaimana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yang diberikan ibu bapanya. 

Malah ada kepercayaan yang mempercayai bahawa uri perlu ditanam dengan pensel, buku dan sebagainya jika mahu anak pandai, yang mana menurut Islam ia adalah khurafat dan mendekati syirik kerana mempercayai perkara tahyul.

Laporan pensildakwah, yang memetik penceramah bebas, Datuk Daud Che Ngah, katanya beliau menolak perkaitan antara penanaman uri dengan masa depan atau nasib seseorang.

Tiada kaitan antara kehidupan seseorang dengan uri wanita selepas bersalin. Namun, seelok-eloknya uri itu diuruskan dengan penghormatan yang tinggi.

Menurutnya, uri bayi memang perlu dibersihkan dengan air asam dan garam bagi menghilangkan bau dan kekotoran yang terlekat padanya agar tidak diselongkar oleh haiwan buas.

Katanya, uri adalah sebahagian daripada jasad manusia dan sepatutnya perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah.
Uri dan manusia datang daripada tanah dan perlu kembali kepada tanah katanya yang merujuk kitab Tanbihul Ghafilin.

Cara tanam uri selepas membasuhnya 

Ketika mencuci uri, anda perlu menyediakan lima bahan utama iaitu uri, garam, asam jawa, limau (jika perlu) dan kain putih. 

Caram tanam uri #1: Bawa balik uri ke rumah 

cara tanam uri, cara uri ditanam, cara basuh uri, cara bersihkan uri, uri, uri plasenta, plasenta, cara membersihkan uri, cara menanam uri, cara membasuh uri, langkah langkah tanam uri, langkah tanam uri

Bawa balik uri yang diberikan pihak hospital ke rumah. Jika terpaksa menunggu 24 jam sebelum balik, masukkan dahulu uri tersebut ke dalam peti sejuk supaya ia tak busuk

Cara tanam uri #2: Guna garam kasar 

Tengok di dapur ada tak garam kasar, kalau habis beli dulu di kedai. Kemudian guna limau purut jika uri sudah berbau busuk.

Limau itu hanya bertujuan untuk hilangkan bau sahaja. Kalau tak ada sebarang bau, tak payah guna pun tak apa. 

Cara tanam uri #3: Buka plastik depan air paip 

Basuh uri dan buangkan darah yang terdapat pada uri dengan garam, asam jawa dan limau sehingga darah yang mengalir itu hilang secara menyeluruh. 

Cara tanam uri #4: Bungkus uri elok-elok

Setelah selesai membasuh uri, bungkus uri itu elok-elok dengan kain putih dan ikatnya dengan ketat. Kemudian, bawa ke tempat yang nak ditanam. 

Pastikan tanah yang hendak ditanam uri itu lembut supaya mudah untuk dicangkul. 

Cara tanam uri #5: Cangkul tanah dalam-dalam 

cara tanam uri, cara uri ditanam, cara basuh uri, cara bersihkan uri, uri, uri plasenta, plasenta, cara membersihkan uri, cara menanam uri, cara membasuh uri, langkah langkah tanam uri, langkah tanam uri

Diingatkan para suami untuk cangkul tanah lebih dalam supaya dapat mengelakkan binantang liar daripada terbau uri tersebut.

Paling tidak, tindih tanah itu dengan batu besar supaya binatang liar tak boleh gali semula. 

Cara tanam uri #6: Baca bismillah dan selawat 

Ketika tanam uri tak perlu menghadap kiblat atau bacaan mantera yang mengarut. Cukup sekadar bismillah dan selawat ke atas Nabi. 

Kemudian panjatkan rasa syukur kepada Tuhan yang memberi uri tersebut sebagai peneman bayi ketika dalam kandungan. 

Alhamdulillah, selamat sudah si ayah menanam uri tersebut. Kemudian, anda harus menemani isteri sepanjang tempohnya berpantang.

Waktu ini suami harus hargai dan rasai kepenatan isteri menjaga anak dan menguruskan segala keperluan rumahtangga sebagai tanda cinta isteri kepada suaminya. 

Semoga cara tanam uri ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa share pada pasangan anda! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menguruskan Uri Bayi Mengikut Islam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!