Sejak Hamil Selalu Sakit Badan? Ini 5 Tips Untuk Ibu Tidur Nyenyak Dan Selesa

Cara tidur ibu hamil yang betul akan membantu anda menjalani kehamilan yang selesa dan indah kerana ia dapat membantu anda untuk tidur nyenyak dan selesa.

Apabila hamil, pelbagai perkara yang menjadi kebiasaan dalam hidup akan berubah, termasuklah tidur. Cara tidur ibu hamil yang betul akan membantu anda menjalani kehamilan yang selesa dan indah kerana ia dapat membantu anda untuk tidur nyenyak dan selesa.

Tidak dinafikan, sepanjang kehamilan, sakit badan dan tidur tidak nyenyak antara isu yang dihadapi ramai wanita berbadan dua, disebabkan itu mereka perlu mencuba sekurang-kurangnya tips yang diberikan oleh mereka yang pernah hamil.

Cara tidur ibu hamil buat nyenyak dan selesa

cara tidur ibu hamil

Bila hamil, ramai juga yang merungut, seperti susahnya nak tidur, nak dapatkan posisi yang selesa itu amat memakan masa kadang kala stress pula jadinya.

Pasti perkara ini selalu terjadi pada ibu hamil kan? Pusing ke kanan salah, ke kiri salah, tidur menelentang salah, meniarap apatah lagi, tidak boleh kan? Semuanya serba tak kena, akhirnya tidur dalam keadaan tidak selesa.

Perkara ini sering terjadi terutama ibu hamil yang masuk trimester ketiga. Perut semakin membesar, kadang kala suami di sebelah pun naik bingung. Seperti yang dilaporkan dalam artikel di siraplimau, pusing ke kiri tak selesa, pusing ke kanan pula perut mengeras tiba-tiba.

 Perkara ini terjadi kerana bayi semakin membesar dan menjejaskan keselesaan anda ketika tidur. Ingat, keadaan ibu yang tenang semasa tidur yang selesa dan keselamatan bayi di dalam kandungan amat berhubungkait.

 Jadi, apakah tips yang selesa dan selamat untuk ibu dan bayi? Apakah cara tidur dan posisi yang terbaik?

#1. Tempat tidur yang selesa

Sebelum anda mencuba tips yang lain, pastikan tempat tidur anda berada di dalam keadaan yang bersih dan kemas. Tak mungkin kita nak tidur di katil yang bersepah dengan longgakan baju, bukan?

Alihkan segala barang elektronik seperti telefon bimbit, televisyen atau jam jauh dari anda.

Selain itu, anda juga boleh menyalakan minyak aroma terapi yang menenangkan fikiran. Antara minyak aroma yang sesuai adalah haruman lavender.

Banyak minyak aromaterapi berada di pasaran dan pastikan ia selamat digunakan oleh ibu hamil sebelum anda menggunakannya.

#2. Mandi atau berendam di dalam air panas sebelum tidur

cara tidur ibu hamil

Seperti  yang kita sedia maklum, sewaktu hamil kebanyakan ibu akan mengalami ‘kepanasan’ badan yang luar biasa dan rata-rata ibu hamil mengalami masalah ini.

Kadang-kadang di dalam bilik yang berhawa dingin pun boleh berpeluh. ini akan menyebabkan ketidakselesaan untuk tidur.

Apa kata anda cuba tips ini. Berendam di dalam air panas atau jika tiada tab mandi, boleh juga mandi di bawah pancuran air panas.

Mandi air panas dapat membuka liang roma sekaligus mengurangkan sengal dan sakit di bahagian kaki dan badan. Ia pasti memudahkan anda tidur dengan nyenyak kelak. Mandi atau berendam air panas akan membuatkan ibu hamil selesa dan rasa ‘warm’ saja.

#3. Tidur dengan posisi mengiring

Posisi mengiring adalah posisi terbaik untuk para ibu hamil lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai terlalu banyak air ketuban atau hamil anak kembar.

Ibu hamil digalakkan untuk tidur mengiring ke kiri kerana darah akan mengalir ke fetus, uterus dan ginjal anda.

 Elakkan posisi tidur terlentang kerana ini akan menyebabkan tekanan kepada usus dan vena besar (vena cavar inferior) dan mengganggu peraliran darah kembali ke jantung anda.

Sekiranya anda terjaga pada tengah malam dan mendapati anda sedang tidur di dalam posisi terlentang, usah bimbang. Ia tidak membahayakan bayi anda. Anda cuma perlu alih ke posisi mengiring mengikut keselesaan anda.

#4. Gunakan bantal ibu hamil ketika tidur

cara tidur ibu hamil

Cuba gunakan bantal ibu hamil ketika tidur, ada yang jenis berbentu C dan yang berbentuk U. Bantal ini sangat membantu ibu hamil untuk tidur dengan lebih selesa atau dalam gaya mengiring.

Biasanya bantal yang dijual ini akan diperbuat daripada kekabu dan ia akan rasa sejuk saja bila anda tidur memeluk bantal berkenaan.

Malah selepas anda bersalin anda akan merinduinya pula!

#5. Elakkan makanan pedas dan berasid

Selalunya makan makanan pedas akan menyebabkan pedih ulu hati disebabkan kerana perubahan hormon dan fizikal dalam badan.

Bayi yang semakin membesar memenuhi ruang abdomen dan menekan asid perut kembali ke esophagus menyebabkan rasa pedih di dada. Bagi mengelakkan rasa pedih ulu hati ini, elakkan makanan yang pedas dan berasid. Selain itu, kurangkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Sebaliknya makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: siraplimau

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtidur-awal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!