Posisi Tidur Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan, Mencegah Kelahiran Bayi Mati
Tidur menjadi bahagian penting dalam proses pemulihan badan ibu hamil, Apa kata kita periksa pelbagai posisi tidur yang selamat untuk anda sepanjang tiga trimester kehamilan ini.
Cara tidur ibu hamil yang berkualiti adalah salah satu tonggak utama pada kesihatan secara keseluruhannya dan ia sangat penting sepanjang kehamilan.
Hal ini kerana wanita hamil yang hanya mendapat tidur kurang dari lima jam setiap malam berisiko meningkatkan penyakit tertentu seperti diabetes semasa hamil dan preeklampsia.
Dalam masa yang sama, cara tidur ibu hamil ini juga menyumbang kepada kesihatan janin yang semakin meningkat. Malah ibu hamil boleh meluangkan masa untuk menikmati kandungan mereka sehingga bayi membesarkan dengan sihat.
Namun begitu, semua wanita hamil perlu tahu posisi dan cara tidur yang selamat dan apa yang tidak kerana beberapa posisi tidur boleh dikaitkan dengan berat lahir rendah dan kelahiran mati (stillbirth).
Atas sebab itu, mari kita perhatikan pelbagai sebab yang memungkinkan ibu rasa ketidakselesaan dan lihat kedudukan tidur yang selamat semasa mengandung sepanjang tiga trimester ini.
Kedudukan dan cara tidur ibu hamil yang selamat
Mengapa sukar untuk rasa selesa?
Kehamilan sememangnya membawa banyak perubahan hingga cenderung menganggu tidur malam anda.
Terdapat pelbagai sebab yang menyukarkan anda tidur semasa hamil dan berikut adalah beberapa sebabnya:
– Perut dan kandungan yang semakin membesar
– Sakit belakang bermula dari ringgan sehingga menjadi makin teruk.
– Pedih ulu hati
– Sakit pagi yang berlanjutan hampir sepanjang hari
– Insomnia yang berkaitan dengan kehamilan
– Sesak nafas
– Kerap kencing di waktu malam
– Penyakit kelamin
Walau apa yang di alami namun anda mungkin agak sedikit berusaha untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan selesa.
Menurut Dr Grace Pien, Penolong Profesor Perubatan di Johns Hopkins University Schoold of Medine, penyelidikan menunjukkan bahawa wanita hamil yang tidak mendapat cukup tidur kurang dari 5 hingga 6 jam
setiap malam mungkin berisiko mendapat penyakit berbahaya.
Ini kerana, tidur menjadi bahagian penting dalam proses pemulihan badan. Jom kita lihat pula posisi tidur yang selamat untuk sepanjang tiga trimester kehamilan anda.
Kedudukan tidur yang selamat semasa hamil – Trimester pertama
– Menurut Dr Sara Twogood, seorang pakar perubatan di University of Southern California, anda tidak perlu mengubah posisi tidur sehingga memasuki trimester kedua.
– Sebelum 12 minggu kehamilan, anda boleh pilih cara tidur yang anda mahu dan selesa.
– Namun begitu, semua bukti yang ada meningkatkan risiko kelahiran mati yang ada kaitan dengan posisi tidur terlentang pada trimester ketiga, jadi adalah lebih baik jika anda berlatih kedudukan tidur yang betul sejak dari awal.
– Ini kerana, dengan cara sebegini ia membolehkan anda ‘terbiasa’ dengan posisi tersebut dan tidak rasa canggung untuk melakukannya semasa tidur di waktu malam.
Kedudukan tidur yang selamat semasa hamil – Trimester kedua dan ketiga
– Semasa masuk ke trimester kedua dan ketiga, pakar perpendapat posisi tidur yang selamat adalah secara mengiring.
– Khususnya, tidur di sebelah kiri yang dapat meningkatkan jumlah darah dan nutrien yang mencapai plasenta dan bayi dalam kandungan. Malah ia juga dapat membantu fungsi organ secara optimum untuk pembuangan toksin dan membantu mengurangkan edema atau bengkak.
– Jika anda selalu tidur terlentang sebelum hamil, anda harus elak tidur cara ini kerana perut dan rahim semakin berat dan demikian boleh menyebabakan tekanan pada bahagian usus dan saluran darah utama semasa berada di kedudukan ini.
Tidur dalam keadaan terlentang semasa dua trimester kehamilan yang terakhir boleh menyebabkan:
– Saki belakang dan memburukkan lagi buasir
– Membawa masalah pada sistem pernafasan kerana mengangu peredaran darah. Ini mungkin menyebabkan tekanan darah rendah.
– Menganggu sistem pencernaan dan menjadikan ia kurang berkesan.
– Penurunan peredaran yang juga dapat mengurangkan aliran darah ke janin sekaligus menyebabkan bayi kekurangan oksigen dan nutrien.
– Dalam beberapa kes, posisi tidur terlentang dikaitkan dengan kelahiran mati dan berakhirnya tragis kehamilan.
Malah, tidur mengiring ke sisi adalah posisi tidur yang paling baik bagi wanita hamil pada trimester kedua dan ketiga.
Untuk menjadikan kedudukan ini lebih mudah, anda boleh mencuba petua berikut:
– Letakkan bantal di bawah perut, punggung dan pinggul supaya dapat menyokong sepenuhnya. Anda mungkin akan menggunakan semua bantal tambahan yang anda miliki untuk membantu posisi tidur yang selesa ini.
– Pastikan kaki dan lutut dibengkokkan dan letakkan bantal di antara kaki anda. Ini membantu menyokong posisi tidur sisi yang selesa dengan menjaga kaki anda. Bagi meratakannya, anda boleh menggunakan bantal bagi mengatasi masalah ini dan memudahkan pengalaman tidur yang lebih lancar.
Jika tidur mengiring ke sisi menyukarkan anda hingga rasa tak selsa, cubalah menopang badan di bahagian atas dengan bantal pada sudut 45 darjah supaya anda tidak baring sepenuhnya atau elak tidur secara terlentang.
Dengan cara ini dapat menghilangkan tekanan dari saluran darah utama dan membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati atau sesak nafas di waktu malam.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Penulis asal Shabnam Muzammil. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga