Cara Ukur Saiz Bra Dengan Betul Agar Selesa Sepanjang Hari & Tip Pilih Pakaian Dalam

Ini cara ukur saiz bra bagi mencari pakaian dalam yang sesuai dengan anda untuk memberikan keselesaan dan keyakinan sepanjang hari.

Masih ramai wanita di luar sana yang tidak tahu cara ukur saiz bra sehingga menjadikan pengalaman membeli pakaian dalam ini menjadi sukar dan mengecewakan.

Cara Ukur Saiz Bra: Perlukah Anda Mengukur?

Sebenarnya, sebagai seorang wanita ia penting untuk anda ketahui cara mengukur saiz bra, bukan sahaja untuk keselesaan namun juga untuk kesihatan anda.

Untuk pengetahuan anda, pemakaian baju dalam dengan saiz yang salah boleh menyebabkan anda berasa sakit leher dan belakang tanpa membuat sebarang aktiviti berat.

Pemakaian baju dalam yang ketat atau longgar juga membuatkan kita rasa tak selesa disamping boleh menyebabkan postur badan anda nampak tidak akan menarik.

Kekemasan Bra Adalah Seni, Bukan Sains

Dalam pada itu, disebabkan tubuh wanita berbeza-beza, sistem pengukur tidak akan memberikan hasil yang terbaik untuk semua orang tapi ia membantu mengukur saiz lilitan badan.

Cara Mengukur Saiz Bra

Secara asasnya, terdapat beberapa langkah asas untuk membuat ukuran bra anda. Anda boleh mengukur saiz bra di rumah menggunakan pita ukur.

Cara Mengukur Saiz Lilitan

Terdapat dua langkah mengukur lilitan. Dengan menggunakan pita pengukur, bawa ia dari bahagian belakang ke depan melalui bawah lengan anda. Pastikan pita itu bertemu di tengah dada bagi memudahkan anda melihat ukurannya. 

Jika anda mendapat nombor ganjil, bundarkan ke nombor seterusnya untuk mendapatkan saiz lilitan.

Selepas itu, ukur bahagian bawah lilitan anda yang mana ia terletak di bawah payudara dan seluruh tulang belakang anda. Pastikan pita pengukur itu berada di tengah dan sekali lagi, bundarkan nombor ke nombor seterusnya sekiranya anda mendapat nombo ganjil.

Cara Mengukur Saiz Cawan

Letakkan pita pengukur di bahagian payudara yang paling tinggi atau penuh dan pastikan pita pengukur selaras di seluruh badan anda.

Selain itu, pastikan juga pita tidak terlalu ketat dengan menarik nafas dalam dan keluar sebelum mencatat ukurannya. Untuk mengetahui saiz cawan anda, ambil ukuran saiz lilitan anda dan tolak dengan saiz cawan anda.

Sebagai contoh, jika saiz lilitan anda adalah 34 inci dan saiz cawan anda adalah 36 inci jadi perbezaannya adalah 2. Ini menunjukkan anda mempunyai saiz cawan B.

Anda boleh merujuk carta saiz bra ini untuk mengetahui saiz bra anda.

cara ukur bra, cara ukur saiz bra, cara mengukur saiz bra, cara ukur saiz baju dalam

Macam Mana Anda Tahu Bra Yang Dibeli Sesuai Dengan Badan

Anda akan tahu dengan serta-merta sekiranya bra yang anda pilih sesuai dengan badan anda. Bra yang tidak sesuai dengan anda tidak akan menyebabkan ketidakselesaan.

Ia juga dapat memberikan sokongan dengan baik dan boleh membuatkan anda berasa yakin sepanjang hari. Sebab itu, kita kena buat pemeriksaan saiz bra setiap enam bulan.

Tip Pilih Bra Yang Selesa

  • Tidak Terlalu Longgar: Bra yang terbaik untuk anda sepatutnya muat-muat sahaja. Hanya satu jari sahaja yang boleh muat di bawah getah bra anda
  • Pastikan Tali Bra Tidak Mudah Jatuh: Ikat dan ketatkan tali bra untuk pastikan tali terletak dengan elok dan tidak menyebabkan bra anda bergerak
  • Lihat Sisi Badan Pada Cermin: Buah dada anda sepatutnya terletak di tengah bahu dan siku. Jika buah dada anda lebih rendah daripada itu, anda memerlukan bra yang mempunyai lebih banyak sokongan
  • Beli Bra Yang Muat Jika Disangkut Pada Penyangkut paling Hujung: Bra akan meregang. Apabila bra semakin longgar, anda boleh menggunakan penyangkut atau hook yang paling hujung supaya bra anda lebih ketat.

Tip Pilih Bra Bagi Wanita Payudara Saiz Besar

Tali Pengikat Bra Yang Besar

  • Tali pengikat yang besar mampu menampung payudara dengan baik sekaligus membuatkan anda berasa lebih selesa tanpa risau payudara anda turun

Elak Pakai Push Up Bra Dan Half Cup

  • Push up bra mempunyai bentuk dan fungsi yang berbeza daripada bra biasa. Push up bra mengangkat payudara supaya kelihatan besar dan padat. Jika anda mempunyai payudara yang besar, push up bra akan membuatkan payudara anda seperti terkeluar daripada bra.
  • Manakala, half cup bra pula hanya menutup separuh daripada payudara anda dan ia boleh membuatkan payudara kelihatan besar dan terkeluar.

Tidak Pilih Bra Dengan Pelapik Buih Tebal

  • Jangan pakai bra yang mempunyai pelapik buah tebal kerana ia akan membuatkan payudara kelihatan lebih besar sehingga membuatkan ia kelihatan tidak proporsional.

Dah tahu cara mengukur saiz bra dan tips memilih bra kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca lagi: Pengambilan Minuman Probiotik Untuk Kesihatan Usus Dan Mental, Kajian Buktikan Kebaikannya

Baca lagi: Elok Untuk Amalkan Pengambilan Fish Oil Setiap Hari! Ini Minyak Ikan Omega-3 Terbaik Di Farmasi Yang Berbaloi Beli

Baca lagi: Cara Turunkan Berat Badan Dengan Cepat, Dalam Masa Seminggu Dah Boleh Nampak Kesan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!