Ramai Ibu Dilema Bila Kena Cerai Susu Dengan Anak, 7 Cara Ini Terbukti BERKESAN!

undefined

Cerai susu dengan anak antara perkara yang menjadi cabaran untuk ibu yang menyusu badan hingga ada yang guna cara traumatik.

Cerai susu dengan anak atau wean off antara cabaran untuk ibu yang menyusu badan. Ia kerana menyusu badan ini bukan hanya berkait rapat dengan susu dan bayi kenyang saja, tetapi ia sebenarnya ada pertautan emosi antara anak dan ibu.

Apa maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cerai susu dengan anak ada caranya, jangan guna cara traumatik
  • Ia perjalanan yang indah, elak guna cara buat anak trauma
  • 7 cara cerai susu dengan anak tanpa meninggalkan perasaan trauma

Menurut kaunselor laktasi, Dr Nurhaya Yaacob, apa yang perlu difahami mengenai penyusuan susu badan adalah berjaya dalam penyusuan dan wean off semua ini adalah satu proses.

Ia bukan sesuatu yang boleh dibuat sekelip mata. Sebagai contoh, jika anda buat keputusan wean off hari ini, esok anda dan anak dah boleh terima. Ia bukan begitu kerana ia adalah satu proses. 

Cerai susu dengan anak ada caranya, jangan guna cara traumatik

cara cerai susu

Disebabkan ia satu proses, Dr Nurhaya berkata beliau agak kurang setuju dengan pilihan meletakkan bahan-bahan di puting ibu agar anak menolak untuk menyusu.

Seperti yang ramai orang buat, letak kopi, letak kunyit, letak warna merah, letak garam dan sebagainya untuk membuatkan anak tidak lagi mahu menyusu.

Ia perjalanan yang indah, elak guna cara buat anak trauma

Katanya, penyusuan susu ibu adalah satu perjalanan yang indah antara ibu dan anak, sayang sekali ia diakhiri dengan cara yang traumatik begitu.

Menurutnya, sebagai orang yang lebih dewasa, kita juga pasti tidak suka jika direntap atau dirampas sesuatu yang kita suka. 

Saya pasti kita juga tidak suka direntap sesuatu yang kita suka kan..dan pasti kita akan meminta waktu untuk menerima secara perlahan-perlahan. Begitu juga dengan si kecil. Hormatilah perasaan dan jiwa manja mereka. Jangan akhiri sesuatu yang indah dengan cara traumatik begitu. Bagi saya ia sangat “selfish”

Di saat anak tidak mahu menyusu..menangis-nangis kita mahu anak menyusu. Di saat nak cerai susu..di rentap saja dengan mendadak…

7 cara cerai susu dengan anak tanpa meninggalkan perasaan trauma

tips cerai susu dengan anak

Berikut adalah perkongsian Dr Nurhaya mengenai 7 cara cerai susu dengan anak:

#1. Jangan offer

Apabila ibu memutuskan utk cerai susu atau wean off, jgn offer si kecil..adik nak nenen.kalau nak..cepat..lepas ni tak boleh dah..

tidak..no…no..no..

jgn offer….

si kecil tak igt..kita pun leka kan dia lagi..ini adalah langkah pertama yg penting!

#2. Alihkan perhatian si kecil

ok bila tak offer, tp.lepas tu si kecil minta…

alihkan perhatiannya dengan..jom kita main slide dulu…

waahhh..adikk..cantiknya adik susun blok ni..jom susun lagi…atau boleh main kejar2 je..

distraction!alihkan perhatiannya….sehingga mereka lupa seketika

ingat sesuatu..ia adalah satu proses.jadi…dari 10 kali direct feeding..maybe dah boleh berkurang ke 8 kali.kemudian ke 6.dan seterusnya.

mummies pon kalau anak tak menyusu. bengkak juga payudara nanti..betul tak..

#3. Lengahkan

Apabila anak meminta..dan kita dah alihkan perhatiannya. kemudian jeng jeng jeng…

mereka meminta susu ibu yg nikmat itu…

jgn panik dulu!

boleh je..tapi lengahkan sekejap dgn memberi arahan mudah seperti…adik naik dulu..kita mandi.lepas mandi kita nenen.ok?

#4. Time out

wean off dengan anak

Bila malam muncul…

dan si kecil pun mula nak mengepeng utk menyusu…

mummies boleh buat time out

contohnya “adik boleh nenen tapi 5 minit je..lepas 5 minit mama tarik nenen mama.”

adik ok baru mama bagi..

dan bila nak dekat dgn 5 minit tu..habaq kat dia.ok mama kira smpi 20 lepas tu mama tarik pelan2 dari adik ya..adik jgn marah mama tau. adik kan dah janji…

mungkin pertama kali tak berjaya.. tapi cuba lagi dan lagi dan lagi..

anak2 nak jalan pun cuba byk kali baru berjaya kannnn….

#5. Pujuk

Masa nak tido atau masa makan ke..masa anak memeluk ibu ka..bercakap dgn anak.

jgn anggap mereka tidak paham..

beritahu mereka..

“adik dah besar. jadi org besar dah tak nenen..tgk mummy..mummy tak nenen pun.. tgk tok..tok tak nenen pun..”

ulang dan ulang..kalau masa tgk tv mereka tiba2 minta…buat time out atau distract..tp kalau dah nampak mcm anak gelisah sgt..bagi la..jgn tourture emosi mereka..kita nak wean off pelan2…

igt ibu..dari 10 kurangkan 8..dari lagi kurangkan 7…

#6. Bicara saat tidur

haaa bg saya..ini yg paling win..saya gunakan teknik ni utk semua benda..dari nak berhenti menyusu sampai la nak pujuk anak solat

bila mereka tidur…di alam separa sedar…urut dan usap dahi mereka…sambil berkata.

“adik dah besar…adik tak mau nenen mama lagi ya…adik minum pakai cawan ja..ya?”

ulang beberapa kali dan lakukan terturut2 selama 21hari.

jgn maknye tido sekali sudah ler..

buat jgn tak buat! 

#7. Berdoa

Bila kita dah buat semua..berdoa pada tuhan..

hati kita dan anak adalah milikNya..

mintalah perjalanan anda di mudahkan.

tapi sekiranya anda sedang hamil dan ada kontraindikasi utk menyusu dan harus berhenti serta merta…

maka ketalkan hati .dan time out kan anak sedikit…

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hukum Tak Puasa Kerana Menyusu Anak, Perlukah Ibu Menyusu Membayar Fidyah?

Baca juga: Anak Menyusu Badan Di Tempat Awam, Suami Setuju Atau Tidak?

Baca juga: 5 Tips Diet Untuk Menyusu Agar Boleh Kurangkan Berat Badan Semasa Menyusu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!