5 Petua BERKESAN Hilangkan Masalah Cirit-Birit Tanpa Perlu Ke Klinik Atau Makan Ubat

undefined

Petua hilangkan cirit-birit yang berkesan dapat mengelakkan anda berulang ke tandas. Cuba beberapa cara mudah ini agar cepat sembuh

Apabila kita terkena cirit-birit, mulalah hidup rasa tidak tenang kerana bukan sahaja perut rasa sakit, malah kita tidak senang duduk kerana perlu ke tandas berulang kali. Seksanya bukan? Mulalah kita akan mencari pelbagai petua untuk hilangkan cirit birit kerana sudah tidak tahan dengan kesakitan ini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini? 

  • 5 petua untuk hilangkan cirit-birit di rumah

Kami faham sangat perasaan anda! Sabar ya, sebelum itu anda perlu tahu mengapa cirit birit ini terjadi.

Kebiasaannya cirit birit terjadi akibat perut kita cuba melawan gangguan seperti jangkitan bakteria, vorus atau makanan dan minuman yang tercemar.

5 petua untuk hilangkan cirit-birit di rumah

Situasi ini akan menyebabkan perut rasa kembung, badan tidak selesa, sakit perut dan berak cair. Ini adalah perkara biasa.

Jika anda berasakan situasi menjadi teruk, dicadangkan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya di klinik berdekatan. Ini kerana badan akan kehilangan air sewaktu proses cirit birit ini jadi jika tidak berhati-hati anda akan dehidrasi pula.

petua hilangkan cirit birit

Sekiranya rasa sakit masih dapat dikawal namun cirit birit masih ada, anda boleh menggunakan beberapa petua untuk hilangkan cirit birit seperti berikut:

1# Tips sakit perut cirit-birit: Halia

petua hilangkan cirit birit

Halia selalu digunakan sebagai rawatan untuk keracunan makanan dan ia juga dapat menghilangkan sakit perut.

Hiris sedikit halia dan tambah satu sudu teh madu dan makan campuran ini untuk mengeluarkan angin lalu memulihkan pencernaan. Elak minum air selepas makan campuran ini.

Anda juga boleh minum teh halia dua ke tiga kali sehari untuk memulihkan cirit-birit. Potong sedikit halia dan letakkan dalam satu cawan air. Didihkan air tersebut untuk beberapa minit, toskan dan tambah madu sebelum minum.

Baca juga: Cirit Birit Semasa Hamil – Bahaya Ke Pada Janin & Apa Cara Merawatnya?

2# Ubat cirit-birit: Pisang

Apabila anda mengalami cirit birit, anda disarankan untuk makan pisang. Pisang mengandungi kandungan pektin yang tinggi. 

Pektin adalah fiber larut air yang boleh membantu anda mengurangkan cirit birit. Makan beberapa pisang sehari sehingga sakit berkurang.

3# Teh chamomile (teh bunga)

Chamomile mengandungi bahan antispamodic yang memberi kelegaan pada sakit perut dan masalah gangguan perut. Ia juga dapat mengurangkan keradangan usus.

Bancuh teh chamomile anda dengan meletakkan satu sudu teh bunga chamomile dan satu sudu teh daun peppermint dan didihkan selama 10 minit. Toskan dan minum beberapa kali sehari.

Anda juga boleh minum green tea untuk membantu sistem pencernaan anda untuk berfungsi dengan baik.

4# Nasi putih

5 Petua BERKESAN Hilangkan Masalah Cirit-Birit Tanpa Perlu Ke Klinik Atau Makan Ubat

Nasi putih ialah antara makanan yang patut anda makan semasa cirit birit kerana ia mudah untuk dimakan.

Makan sedikit nasi putih tanpa lauk atau kuah dan perlahan-lahan tambahkan jumlah nasi yang anda makan apabila sakit semakin pulih.

5# Minum air

Cirit birit boleh menyebabkan badan anda menjadi dehidrasi. Tingkatkan hidrasi anda dengan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Anda juga boleh minum air kelapa dan minuman tanpa kafein serta makan makanan yang bersup (sup jernih).

petua hilangkan cirit birit

Kredit: Unsplash

Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Cirit Birit

1# Perlu banyak berehat

Badan anda telah melalui jangkitan pada proses pencernaan dan ini akan menyebabkan anda akan lebih kerap ke tandas berbanding hari biasa.

Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk berehat dan menenangkan diri dengan lebih kerap. Elak untuk bekerja atau meletakkan diri dalam situasi tekanan tinggi kerana ini boleh memburukkan lagi keadaan anda.

2# Elak makanan berminyak

Sudah pasti anda akan rasa lemah dan enggan bergerak dengan kerap, namun jika anda tidak mempunyai sesiapa untuk menyediakan makanan buat anda, elak membeli makanan berminyak.

Ini kerana makanan tersebut dikatakan menjadi penyebab cirit birit bertambah lebih teruk kerana perut anda lebih sensitif pada ketika ini.

5 Petua BERKESAN Hilangkan Masalah Cirit-Birit Tanpa Perlu Ke Klinik Atau Makan Ubat

Kredit: greenqueen.com.hk

3# Sakit perut dan cirit-birit: Elak makanan tenusu

Individu yang tak tolerans laktosa (lactose intolerance) pasti akan mengalami cirit birit jika mereka makanan produk tenusu.

Namun jika anda tidak mempunyai masalah ini, anda masih dinasihatkan untuk elak makanan tenusu buat sementara waktu kerana cirit birit menyebabkan enzim laktase berkurangan.

Laktase diperlukan oleh badan untuk menghadam laktosa iaitu gula yang ditemui dalam produk tenusu. Jika ia tidak diproses atau hadam dengan betul, ini boleh menyebabkan perut kembung, buang angin lebih kerap, rasa mual serta cirit-birit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Kalau Anak Cirit-Birit, Elak Beri Makan Sayur Berdaun Hijau, Boleh Jadi Lagi Teruk Nanti!

Baca juga: Bayi Kerap Berak Cair, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bayi Mengalami Cirit-Birit?

Baca juga: Bayi 4 Bulan Lembik Cirit-Birit Lebih 30 Kali, Ibu Terkilan Anak Disuap Kurma & Buah Pir

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!