Larangan cium anak orang sesuka hati menjadi satu peraturan (rule of thumb) yang ditetapkan oleh hampir kesemua ibu ayah.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Cium anak: Ibu ini kongsi pengalaman anak tiba-tiba muntah keluar darah dan sesak nafas
- Orang kerumun anak ketika majlis akikah
- Kesan orang pegang dan cium anak, ditahan 2 minggu dalam wad
Hal ini adalah untuk menjaga keselamatan anak daripada diserang pelbagai virus penyakit berbahaya memadangkan ketahanan tubuh si manja masih belum kuat.
Cium anak: Ibu ini kongsi pengalaman anak tiba-tiba muntah keluar darah dan sesak nafas
Seorang wanita yang bergelar ibu, Nia Bridal House menerusi hantaran Facebook telah berkongsi kisah ngeri menimpa anaknya yang tidak dapat dilupakan olehnya.
Akan tetapi, dia menyatakan bahawa perkongsian ini bukanlah untuk menakutkan parents di luar sana, ia lebih kepada pengajaran kepada dirinya dan supaya parents lebih berhati-hati.
Baca perkongsian penuh di bawah:
“Ingat ye semua para ibu dan bapa. Memandangkan hari raya bakal menjelang tiba, biarlah Nia berkongsi sebuah cerita yg menjadi pengajaran buat kalian.
Nia dah dapat pengajaran daripada kekhilafan Nia sendiri. Bukan nak menakutkan korang semua but I get my lesson. Ok straight to point. Benda ini dah setahun berlalu, ianya berlaku a year past ago.
“Nia jenis obses nak buat kenduri, nak share kegembiraan dengan ramai kenalan sampai Nia langsung tak ambil kisah kisah yang pernah org lain share di FB.
Pernah tak korang dengar pasal ‘Jgn Bagi Anak Dicium Oleh Orang Lain Sebab Tak Pasti Tahap Kebersihan Orang Berkenaan? Dan merbahaya Untuk Anak?’
“Sebenarnya bunyi macam mngarut tapi memang benar.
Sebab tahun lepas Nia buat majlis Aqiqah Lawa dan Hari Jadi Qhansa dlm bulan 5 tahun 2018 tiba-tiba lawa batuk tak berhenti dan mcm sesak nafas. Suhu badan naik mendadak, Nia ingat tak ada pape yang serius hingga la malam tu Lawa batuk hingga muntah keluar darah. Darah!!!! Darah!!!! Darah!!! Bukan sikit!
Kami suami isteri masa tu panik sangat bawa Lawa ke Muar, klinik dimana Lawa dilahirkan (swasta). Doktor nak tahan ward tapi Nia tolak sebab bayaran agak tinggi dan kami tak ambil insurans untuk anak pun masa tu.
Doktor bekalkan ubat dan dibenarkan pulang. Pastu sampai je di rumah, Lawa sesak nafas lagi. Kali ni mukanya berubah kebiruan akibat sesak nafas, batuk tak berhenti.
Suami Nia memang jenis pants, dia terus bawa kami ke Kecemasan Hospital Besar Melaka.
Masa sampai Doktor memeriksa anak kami dan membenarkan kami pulang kerana katanya tiada apa-apa yang serius, sebab masa checkup Lawa dah tak batuk dan nyenyak tidur. Sejurus kami keluar daripada pintu kecemasan, Lawa terjaga dan sekali lagi diserang sesak nafas.
Kali ini dia batuk dan darah keluar banyak sangat, sambil berlari masuk semula ke ruang kecemasan, terus ke Zon Merah sebab memang dah teruk sangat masa ini hingga penuh darah atas katil cadar hospital.
Nia memang panik sangat, sehingga terkeluar bahasa yang agak kasar buat doktor-doktor di Zon merah. Mmg Nia dah tak tentu arah. Darah keluar mcm air, anak sesak nafas. Mujur doktor-doktor itu faham yang Nia panik masa itu, dengan pantas mereka ambil Lawa dan beri bantuan pernafasan. Nia dah hampir pitam masa ini,” jelasnya.
Orang kerumun anak ketika majlis akikah
Mengulas lanjut, si ibu berkata, “Ada beberapa doktor muda mendekati Nia masa itu dan bertanyakan, “Puan jangan panik, kami sedaya upaya bantu. Puan tenang dan ceritakan jika anak puan ada jatuh ke? Ada apa-apa puan nak kongsi ke dengan kami?”
“Nia cuma beritahu tiada apa-apa terjadi hinggalah mereka bertanya ada ke anak ini didekati oleh orang-orang merokok? Atau demam? Atau kurang bersih? Terus automatic Nia teringat, Nia buat majlis Aqiqah.
Lawa dikerumuni oleh ramai orang so memang tak pasti ada yang demam, selsema, perokok atau apa-apa. Memang Khilaf Nia. Memang Nia akui. Salah Nia.
Biarkan ramai orang dukung Lawa, cium Lawa. Nia taknak orang kata Nia kedekut anak. Taknak orang cop Nia ni acah ibu yang bagus sampai tak nak lansung bagi orang sentuh anak.
“Dan selepas semua prosedur kecemasan dilakukan Alhamdulillah tiada apa yang kritikal dan Lawa alami trauma di bahagian tekak dia sebab mungkin daripada sakit tekak yang teruk (mungkin sebab dia selsema, batuk yang teruk dan bau asap rokok atau bau rokok yang melekat di baju si perokok yang menyentuh atau mencium dia) dan kemungkinan juga makanan yang disuap ke dalam mulut Lawa yang dia tak boleh makan,” jelas ibu ini.
Kesan orang pegang dan cium anak, ditahan 2 minggu dalam wad
“Lawa ditahan wad lebih kurang 2 minggu, bukan jangka masa yang pendek ya. Sepanjang 2 minggu inilah para doktor brainwash Nia.
Jangan fikir apa orang nak cakap pasal kita, anak tu anak kita. Amanah Allah buat kita, jadi keutamaan kita untuk memastikan anak kita selamat. Biarlah orang nak kata kedekut ke apa, jangan sesuka hati benarkan org sentuh anak kita. Lantak la orang nak judge aa. ANAK KITA, HAK KITA!
“Setiap anak berbeza. Even Qhansa pun dia tak sama macam adik dia. Lawa sangat-sangat sensitif.
Sampai hari ni Nia tak boleh lupa peristiwa ini dan apa yang berlaku pada anak-anak Nia, memang Nia tak akan ambil ringan. Saya seorang Ibu yang paranoid. Ingat ya semua, Raya ini tak payah cium anak Nia kalau diorang demam, selsema atau baru lepas merokok. Tak payah suap makanan dalam mulut anak saya.
“Sebab saya ibunya. Anak saya sakit bukan korang yang tanggung risiko. Nia Harap benda ini jelas, ya?”
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!