X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi 14 Bulan Dijangkit Penyakit Herpes Kerana Tetamu Ciumnya Di Bibir, Ibu Ini Beri Peringatan Keras!

4 min bacaan
Bayi 14 Bulan Dijangkit Penyakit Herpes Kerana Tetamu Ciumnya Di Bibir, Ibu Ini Beri Peringatan Keras!

Ibu ini menyiarkan tentang anaknya yang terjangkit herpes akibat dicium di bahagian mulut, kini si kecil harus menanggung penyakit herpes seumur hidupnya.

Setelah melahirkan, tentunya kita ingin membagi kebahagiaan dengan siapapun yang datang berkunjung. Bila anda membiarkan bayi dipegang dan dicium-cium oleh mereka, sebaiknya anda harus berwaspada. Bayi boleh terjangkit beberapa penyakit kelamin seperti penyakit herpes melalui ciuman.

Amy Stinton dari Portsmouth, telah naikmuatkan foto putranya Oliver yang berumur 14 bulan di Facebook.

Oliver mengalami ruam yang parah di seluruh tubuhnya dan harus menjalani perawatan intensif untuk menangani kerosakkan organ dalam tubuhnya. Amy tak pernah membayangkan bahawa puteranya akan mengalami penyakit herpes, doktor menyatakan bahawa Oliver terjangkit melalui air ludah dari penderita herpes yang menyentuhnya.

Penyakit Herpes Pada Bayi

penyakit herpes

Herpes termasuk penyakit yang harus menjalani pengubatan rutin sepanjang hidup, tentunya ibu manapun takkan ingin melihat bayinya berjuang menghadapi penyakit ini.

Amy memberi peringatan pada semua ibu agar tidak meremehkan sentuhan terhadap bayi, penyakit menular seksual pun boleh ditularkan pada bayi melalui ciuman di mulut. Kaki dan tangan Oliver dipenuhi ruam yang parah.

Amy menyatakan di Facebook, ” Inilah yang terjadi pada bayi saat dia mendapat contact dari orang yang menderita cold sore. Sekarang Oliver menderita penyakit herpes seumur hidupnya.”

penyakit herpes

Penyakit cold sore mengirimkan virus herpes jenis 1 yang menular melalui air ludah, ini berbeza dengan virus herpes jenis 2 yang mempengaruhi alat kelamin.

“Orang-orang seharusnya sedar akan bahayanya mencium bayi di mulut, kerana ia dapat menyebarkan penyakit. Walaupun secara umum mencium bayi itu perkara ‘normal’, seharusnya anda tak sepatut membiarkannya,” kata Amy.

Pada mulanya, Amy menyangka Oliver hanya menderita ekzema, kemudian beliau membandingkan gejalanya dengan penyakit cacar. Tapi apa yang dialami Oliver jauh lebih parah, sehingga Amy menyedari bahawa keadaan Oliver benar-benar tidak baik.

Amy dan suaminya membawa Oliver ke doktor, yang kemudian memberikan krim pada ruamnya.

Namun keesokan harinya kondisi Oliver semakin parah, dia pun langsung dibawa ke rumah sakit. Di sanalah Amy mendapatkan diagnosis yang mengejutkan.

penyakit herpes

“Kau takkan pernah menyangka, ya Tuhan, dia menderita Herpes,” kata Amy.

Doktor mengatakan virus herpes sudah ada dalam tubuh Oliver selama berbulan-bulan, tapi gejalanya baru nampak kerana virusnya baru mula menyerang sistem di dalam tubuh Oliver.

“Penyakit ini lebih berbahaya pada anak-anak yang lebih kecil, yang paling menakutkan, jika kami terlambat sehari saja membawa Oliver ke rumah sakit, penyakit herpes akan menyerang organ kelaminnya,”Amy bercerita dengan sedih.

Untungnya, sekarang keadaan Oliver jauh lebih baik. Gejala yang dialaminya dapat ditangani untuk sementara waktu dengan antibiotik, obat antiviral dan krim steroid.

Bayi 14 Bulan Dijangkit Penyakit Herpes Kerana Tetamu Ciumnya Di Bibir, Ibu Ini Beri Peringatan Keras!

Tapi Amy harus tetap berwaspada pada potensi terjadinya cold sore pada Oliver. Amy berharap apa yang terjadi pada anaknya boleh dijadikan pelajaran, beliau tak ingin ada orang lain yang mengalaminya.

Tubuh bayi sangatlah sensitif, sistem imun tubuhnya masih belum mencapai tingkat maksimum, sehingga ia rentan tertular virus penyakit.

Kerana itu ibu harus ekstra waspada, jangan biarkan orang yang sedang sakit berada di dekat bayi atau melakukan kontak dengan bayi.

3 Perkara Wajib Buat Jika Melawat Bayi Atau Anak Kecil

1# Basuh tangan atau guna hand sanitizer

Sekarang ini adalah perkara asas yang semua orang wajib lakukan. Untuk keselamatan anda serta anak-anak kecil, lagi-lagi jika bayi baru sahaja dilahirkan, sebelum menyentuh mereka basuhlah tangan. Jika anda ada hand sanitizer, gunakan sebaik mungkin.

Sekiranya anda seorang perokok, anda digalakkan untuk menukar baju sebelum berjumpa mereka atau memakai wangian untuk menutup bau asap rokok itu.

2# Jangan gomol atau cium

Stories Rakan Kongsi
Mahu Minda Anak Lebih Tajam & Cekap? Ada Cara Mudah Untuk Kembangkan Otak Anak Hari Ini!
Mahu Minda Anak Lebih Tajam & Cekap? Ada Cara Mudah Untuk Kembangkan Otak Anak Hari Ini!
An open letter to the mummy of the little girl who hurt herself at the playground...
An open letter to the mummy of the little girl who hurt herself at the playground...
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen

Bayi 14 Bulan Dijangkit Penyakit Herpes Kerana Tetamu Ciumnya Di Bibir, Ibu Ini Beri Peringatan Keras!

Kami faham, siapa sahaja tidak geram dengan anak-anak kecil terutamanya bayi comel baru lahir. Tetapi seperti kisah benar di atas, ada risiko besar apabila ada orang luar mencium bayi terutamanya pada mulut.

Kita sendiri tidak tahu jika kita berpenyakit, apatah lagi orang luar yang mungkin tidak memberitahu sesiapa pun akan masalahnya. Jadi tahan ya niat anda. Lihat sahaja bayi sudah cukup kan?

3# Jika sakit, jangan dekat dengan bayi

Sekali lagi kami ingatkan, jika anda tidak sihat, simpan sahaja niat anda untuk melawat bayi baru lahir atau anak-anak kecil. Sistem daya tubuh mereka tidak sekuat anda. Lagi-lagi sekarang jangkitan demam atau selsema biasa boleh menjadi simptom kepada COVID-19.

Sekiranya anda tidak sihat, elak daripada dekat dengan anak kecil. Jika masih perlu berjumpa dengan mereka, pastikan anda memakai topeng muka, elak bersentuhan dan jaga jarak anda.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua ibu bapa di luar sana.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Herpes membunuh bayi ini! Jangan biar bayi baru lahir dicium sembarangan

Baca juga: Oral Seks Saat Hamil Tak Selalunya Selamat, Bayi Boleh Berisiko Terkena Herpes!

Baca juga: 10 Jenis Gelembung Air Pada Kulit Bayi Yang TIDAK PATUT Dibiarkan, Ia BAHAYA!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Hamizah Salikimen

  • halaman rumah
  • /
  • Alahan & Sindrom
  • /
  • Bayi 14 Bulan Dijangkit Penyakit Herpes Kerana Tetamu Ciumnya Di Bibir, Ibu Ini Beri Peringatan Keras!
Kongsikan:
  • Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

    Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

  • Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

    Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

  • Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

    Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

  • Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

    Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

  • Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

    Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

  • Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

    Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham