Hati-Hati Ketika Membersihkan Telinga Bayi, Jangan Guna 'Cotton Bud'!

undefined

Awas ya ibu ayah semua, ada bahanya tau menggunakan cotton bud bayi ni. Gara-gara nak membersihkan telinga bayi yang tidaklah kotor itu, nanti lain jadinya. 

Apabila selesai memandikan bayi pasti ibu ayah nak membelek-belek si manja untuk memastikan bayi sentiasa dalam keadaan bersih dan harum kan. Lepas tu mulalah gatal tangan nak mengorek telinga bayi menggunakan cotton bud bayi. 

Awas ya ibu ayah semua, ada bahaya tau menggunakan cotton bud bayi ni. Gara-gara nak membersihkan telinga bayi yang tidaklah kotor itu, nanti lain jadinya. 

Telinga bayi mempunyai keupayaan untuk membersih dengan sendirinya. Malah dengan kehadiran silia atau bulu-bulu halus dalam telinga itu bertujuan untuk memberi laluan kotoran untuk keluar. Jadi membersihkan telinga bayi ketika mandi sudah mencukupi. Dan cuciannya hanya di luaran saja, tidak perlu dikorek-korek. 

Dengan menggunakan cotton bud bayi untuk mengorek telinga, ia akan menyebabkan kotoran itu lagi ditolak ke dalam dan akibatnya ia menjadi tempat bakteria berkumpul! Lebih teruk kalau salah korek, gegendang telinga juga boleh pecah. 

cotton bud bayi

Lantas nanti anda sedari apabila telinga bayi mula menghasilkan bau yang tidak enak, bayi mula tidak memberi respon apabila dipanggil, demam, nanah dan berdarah. 

Kata David L Hill, pakar kanak-kanak dan penulis buku Dad to Dad: Parenting Like A Pro, “Apabila anda menggunakan putik kapas bayi, kotoran akan masuk semula ke dalam telinga lantas boleh mengakibatkan jangkitan kuman.”

Malah saluran telinga juga sangat halus dan sensitif, lebih-lebih lagi gegendang telinga. Dengan menggunakan cotton bud bayi adalah berisiko tinggi untuk terkena jangkitan, terutama pada bayi. Malah orang dewasa juga tidak digalakkan menggunakan cotton bud untuk mengorek telinga. 

Silap langkah pula, dengan mengorek telinga terlalu kuat akan menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga lantas membuatkan di manja mengalami masalah pendengaran kelak. 

Cara membersihkan telinga bayi dengan betul 

cotton bud bayi

Cara yang betul adalah dengan tidak menyentuh saluran telinganya ketika mencuci. Ibu ayah cukup sekadar membersihkan telinga bayi menggunakan tuala basah. 

Namun jika anda rasakan ada sesuatu yang tidak kena seperti telinga bayi berbau atau tampak ada kekotoran yang banyak anda boleh rujuk kepada pakar. 

Perlu diingatkan bayi baru lahir adalah normal jika telinganya sedikit berbau masam. Lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Kadang-kala ia disebabkan oleh kulit-kulit kering yang masih mengelupas ketika kulit bayi terbentuk sempurna sebaik dilahirkan. 

Jika kotoran telinga pada bayi mengakibatkan saluran telinga bayi anda tersumbat doktor akan menitiskan sedikit cairan hangat untuk membuang kotoran. 

Terbukti bahaya putik kapas

cotton bud bayi

Percayalah, putik kapas amat berbahaya dan ia telah mengakibatkan lebih daripada 263,000 orang kanak-kanak di Amerika Syarikat dimasukkan ke dalam wad kecemasan!

Kajian yang diterbit oleh Journal of Pediatrics menjelaskan ramai kanak-kanak dimasukkan ke hospital kerana kecederaan akibat putik kapas. Hingga kini, jumlah pesakit yang menderita akibat kecederaan ini semakin meningkat.

Pada tahun 2010, hampir 13,000 orang pernah tercedera akibat penggunaan putik kapas untuk mengorek telinga.Pengarah Perubatan di Wad Kecemasan Cook Children’s, Dr Corwin Warmink berkata

Putik kapas, q-tips atau cotton swabs telah menyebabkan banyak kecederaan di wad kecemasan. Ia termasuklah kecederaan seperti hentaman dalam telinga, luka, pendarahan dalam telinga, risiko externa otitis dan trauma pada gegendang telinga!

Hampir 3/4 daripada kes kecederaan putik kapas terjadi kerana kegagalan untuk membersihkan telinga. Ia kemudiannya mengakibatkan pendarahan dan rasa tersangkut pada telinga. Dalam kebanyakan kes, putik kapas tersangkut dalam telinga kanak-kanak apabila mereka memasukkan ia sendiri ke dalam telinga untuk mengoreknya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Dalam Diam Korek Telinga Sampai Gegendang Pecah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!