Bagaimana Cuti Bersalin Untuk Ibu Yang Kehilangan Bayi Dalam Kandungan?

undefined

Ramai ibu yang keguguran dan kehilangan anak dalam kandungan tidak diberi cuti bersalin atau cuti bersalin yang berbayar. Wajarkan tindakan itu? Kongsi pandangan anda!

Keguguran dan kehilangan bayi dalam kandungan adalah pengalaman yang paling trauma dan menyedihkan untuk ibu bapa.

Dan kalau kita rujuk laporan yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan, kadar kematian bayi setiap tahun semakin tinggi!

Walaupun kejadian yang tidak diingini ini kerap berlaku, namun masih ramai kurang pasti dengan syarat-syarat kelayakan bagaimana mendapatkan cuti untuk ibu yang kehilangan bayi dalam kandungan.

Lebih-lebih lagi kalau majikan kurang jelas apabila menerangkan sokongan yang diberi.

Syarat kelayakan cuti bersalin di Malaysia

Ibu yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau meninggal dunia, layak diberi cuti bersalin memandangkan tubuh badan ibu itu telah mengalami perubahan fizikal dan memerlukan cuti bersalin bagi tujuan pemulihan.

Yang sedihnya, kalau janin yang kurang daripada 22 minggu telah meninggal, ibu tersebut mungkin tidak akan diberi cuti bersalin yang berbayar.

Bagaimana Cuti Bersalin Untuk Ibu Yang Kehilangan Bayi Dalam Kandungan?

Cuti isteri bersalin bagi suami. Sumber: Slideshare

Pentingnya sokongan majikan untuk ibu yang keguguran

Sebenarnya, sokongan daripada majikan (dalam pelbagai bentuk sekalipun) untuk mana-mana ibu yang kehilangan anak dalam kandungan adalah amat penting.

Ini kerana:

  • Ia dapat meringankan beban kewangan keluarga terbabit. Lagipun sesetengah daripada mereka mungkin sudah menjangkakan cuti berbayar untuk bayi mereka.
  • Apabila majikan mempertimbangkan kelayakan cuti berbayar untuk situasi trauma ini, mereka menerima pekerja sebagai ibu bapa serta kelahiran bayi mereka.
  • Ia boleh memberi masa kepada pekerja wanita untuk pulih secara fizikal dan emosi dari pengalaman itu.
  • Sebuah syarikat sepatutnya sudah mengambil kira kos cuti berbayar ini, jadi ini bukan penambahan kos kepada syarikat.
  • Produktiviti pekerja wanita itu mungkin belum pulih sepenuhnya sekiranya dia terpaksa kembali bekerja kerana alasan kewangan.
  • Ia adalah perkara yang wajar dilakukan.

Apabila berlakunya keguguran…

Bagaimana Cuti Bersalin Untuk Ibu Yang Kehilangan Bayi Dalam Kandungan?

Biarpun hamil kurang daripada 22 minggu, setiap kehamilan yang gagal pasti akan memberi kesan kepada ibu hamil.

Mereka perlu menerima hakikat bahawa anak dalam kandungan mereka sudah tidak bernyawa.

Ibu itu akan perlu melahirkan bayi yang telah meninggal dalam kandungan secara semulajadi atau melalui induksi.   

Selepas itu, ibu bapa masih perlu mendaftarkan kelahiran dan kematian anak mereka serta mengatur pengembumian anak sendiri. 

Walaupun tindak balas setiap ibu adalah berlainan jika berdepan dengan situasi yang menyayat hati ini, ia masih pengalaman yang amat memberi trauma. Sokongan dari suami adalah sangat penting untuk meredakan kesedihan si isteri.  

Meskipun tidak diwajibkan oleh undang-undang, alangkah baiknya kalau majikan boleh memberi cuti berbayar yang sepenuhnya jika mereka mendapat tahu pekerja wanita mereka keguguran? 

Biarpun ibu itu tidak layak kerana bayi mereka berusia kurang daripada 22 minggu, dia masih seorang ibu yang kehilangan anaknya.

Kita tak boleh nak kata cuti kematian ahli keluarga terdekat 3 hari itu sudah memadai!

Masa adalah penawar yang paling baik bagi mereka yang berdukacita.

Tanpa disedari, majikan yang bersimpati dan sudi memberi sedikit masa agar seorang ibu boleh meratapi kematian anaknya, boleh membantu mengurangkan risiko wanita itu kemurungan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Kematian Bayi Dalam Kandungan – Pengalaman Yang Paling Sedih Untuk Ibu Bapa

Baca juga: Antara Mitos & Fakta Mengenai Kelahiran Mati & Keguguran Kandungan, Ini Penjelasan Pakar

Baca juga: Lahir Mati: Bagaimana Satu Persekitaran Yang Baik Serta Sistem Sokongan Yang Kuat Dapat Membantu Pasangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!