Kerana mahu selamatkan bayi orang lain, ibu ini sanggup menderma susu badannya
Ikuti kisah sedih yang menemukan 2 orang ibu ini. Gara-gara perbuatan derma susu badan, seorang bayi baru lahir berjaya diselamatkan. Mulianya...
Kematian anak merupakan tragedi yang sangat teruk untuk mana-mana ibu bapa. Itulah yang dilalui ibu ini yang kehilangan anak perempuannya. Namun dia telah menyelamatkan bayi orang lain setelah memberi derma susu badan.
Ini cerita yang sedih namun menakjubkan tentang bagaimana 2 orang ibu dipertemukan, semata-mata kerana ingin menyelamatkan nyawa bayi yang baru lahir.
Derma susu badan: seorang ibu menyelamatkan bayi ibu lain
Jenny Rogers telah melahirkan bayi perempuannya, Everly Jade lebih awal dari jangkaan, iaiti pada 31 minggu kehamilan. Doktor mendapati pertumbuhan bayi itu terjejas akibat ‘intrauterin growth restriction‘ atau saiz bayi lebih kecil dari biasa dan mempunyai pelbagai risiko kesihatan.
Jenny telah mengepam susu badannya sebanyak mungkin untuk anak perempuan beliau yang berada dalam NICU. Ini supaya bekalan untuk anaknya tidak putus.
Malangnya, bayi Jenny meninggal dunia di usia 6 hari.
Jenny telah membuat keputusan untuk tidak membazirkan susu yang telah dipamnya itu. Jadi Jenny mendermakan kepada keluarga yang memerlukan.
Derma susu badan, bayi tersebut sedang berjuang melawan virus
Seorang sahabat telah menghubungkan Jenny dengan Dianne Burnett. Bayi Dianne, Merrytt sedang melawan virus sistem pernafasan.
Merrytt tidak dapat menyusu atau minum suus formula. Dianne pula mengalami PCOS yang membuatkan dia sukar untuk mengepam susu.
Menurut Dianne, mereka telah mencuba susu formula namun bayinya itu tidak dapat menyesuaikan diri. Badannya menjadi kemerahan dan muntah-muntah.
Dan ketika itulah Dianne menerima panggilan yang Jenny Rogers ingin mendermakan susu badannya kepada bayi beliau.
Kini Jenny mengepam susu badannya dan akan menghantar ia untuk Dianne berikan kepada Merrytt. Dianne hilang kata-kata kerana sangat bersyukur dengan apa yang dilakukan Jenny.
Jenny sanggup mengepam susu (dan mengepam susu bukanlah satu perkara yang mudah) lebih-lebih lagi bayi orang lain, bukan untuk bayi sendiri.
Namun pada Jenny, ini membantunya menangani kesedihan yang dilalui. Dia gembira dapat membantu bayi lain. Dan apa yang lebih membahagiakan, dia gembira dapat melihat Merrytt membesar dengan susu badannya.
Sungguh menakjubkan melihat bagaimana kehilangan seseorang menjadi harapan seorang ibu yang lain.
Derma susu badan, bagaimana hukum di Malaysia?
Tidak semua ibu beruntung dengan bekalan susu yang banyak untuk bayi mereka. Sebab itulah di sesetengah negara, wujudnya bank susu badan.
Ibu-ibu yang ingin derma susu badan boleh salurkan susu badan tersebut di tempat begini.
Susu badan mempunyai nutrisi yang sangat penting terutamanya untuk bayi pra matang. Sebab itulah pentingnya untuk mendermakan susu badan.
Bagi yang beragama Islam, untuk mempunyai anak susuan, anda haruslah menyimpan rekod bayi tersebut. Ini kerana, mengikut agama, bayi tersebut adalah seperti anak kandung juga. Jadi beliau tidak boleh berkahwin dengan adik beradik susuannya.
Anda boleh juga menyertai kumpulan-kumpulan di facebook seperti Komuniti Ibu Menyusu untuk lebih mengumpul maklumat dan info tentang penyusuan susu badan.
Sumber: theAsianparent Singapore, foxnews.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: