3 Doa Yang Ibu Bapa Boleh Amalkan Untuk Pujuk Bayi Menangis & Sukar Tidur Malam
Sekiranya hadapi masalah bayi menangis setiap hari, ibu dan ayah boleh amalkan doa bayi menangis malam ini, sedikit sebanyak cuba ikhtiar dengan cara ini
Ada ramai ibu bapa di luar sana yang dilema apabila anak menangis tanpa sebab atau merengek. Lebih-lebih lagi pada waktu malam. Mesti anda tercari-cari doa bayi menangis malam yang boleh diamalkan, betul tak?
Menurut mereka yang berpengalaman dalam bidang perubatan Islam, tiada doa bayi menangis malam yang khusus untuk menghentikan mereka dari terus merengek dan menangis.
Namun, ibu bapa boleh berdoa kepada Allah SWT dengan lafaz dan bahasa apa sekalipun.
Doa-doa ibu bapa boleh amalkan untuk tenangkan anak menangis
Adalah terbaik bila membacakan doa yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Sekaligus, ia mampu mendoakan kesejahteraan anak itu.
#1 Doa bayi menangis malam
Ada banyak sebab yang membuatkan bayi menangis di waktu malam. Berkemungkinan si kecil itu sedang lapar, sakit atau gangguan dari makhluk halus seperti jin dan syaitan.
Mulanya, anda mestilah tahu sebab utama bayi menangis. Jika disebabkan gangguan benda halus boleh baca surah Al-Quran seperti:
- Surah Al-Fatihah (baca berulang kali)
- Ayat Al-Kursi
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah Al-Nas
Kemudian baca doa bayi menangis malam berikut sebanyak tiga kali:
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
Doa bayi menangis malam dan ayat Al-Quran di atas boleh dibacakan pada air dan sapu di wajah anak. Ia sama seperti apa yang dilakukan Rasulullah ketika merawat Thabit bin Qais.
Ia dapat menghilangkan rasa sakit atau gangguan tertentu pada anak.
#2 Doa tenangkan bayi tantrum
Cara untuk tenangkan anak tantrum yang selalu menangis, anda boleh baca doa bayi menangis malam ini.
Sebaiknya, ia dibacakan ketika anak sedang dalam keadaan tantrum dan seusai baca, tiupkan pada ubun-ubun anak.
Doa bayi menangis ini diambil dari karya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya.
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
#3 Doa supaya mudah tidur
Ada juga bayi menangis kerana susah untuk tidur terutama bila si kecil yang masih dalam tempoh berpantang. Walau bagaimanapun ibu jangan stres dan tertekan ya, anda boleh amalkan baca doa ini iaitu:
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ
يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي
Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.
Demikian, semoga bermanfaat.
Sumber: Muftiwp, Islami, Detik perjuangan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Susah Tidur? Di Sini Ada Penyelesaian Semudah ABC Untuk Semua Ibu Bapa!