Amalkan Baca Doa Pelindung Diri Ini Untuk Jauh Dari Wabak Penyakit, Malapetaka dan Bencana, Tiap Kali Sebelum Keluar Rumah

Elok untuk diamalkan bacaan doa pelindung diri ini daripada sebarang wabak penyakit, malapetaka dan bencana. Semoga kita sentiasa dilindungi.

Doa adalah salah satu amalan di dalam agama Islam yang sangat digalakkan. Dengan membaca doa, ia adalah satu bentuk komunkasi antara manusia dengan Tuhan, yang mana sebagai ungkapan kesyukuran dan memohon sesuatu seperti membaca doa pelindung diri dalam meminta untuk sentiasa di bawah pelindunganNya.

Selain itu doa juga dapat berfungsi sebagai benteng pelindung diri dari berbagai ancaman dan bahaya. Doa perlindungan diri menjadi salah satu cara untuk memohon perlindungan dan kekuatan dari Tuhan dalam menghadapi tentangan dalam kehidupan.

Berikut ini adalah perkongsian daripada Dr Kamilin Jamilin tentang doa dan zikir yang boleh diamalkan setiap hari.

Doa pelindung diri 

1. Kalau nak tahu, Doa Nabi SAW ini antara yang paling ringkas tapi padat dengan maksud yang baik. Keempat perkara yang disebutkan itu adalah virus paling berbahaya yang harus dihindari oleh golongan yang beriman.

اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلاَقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ وَالْأَدْوَاء

Maksudnya: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang mungkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat - Riwayat Al - Tirmidzi.

2. Dalam sebuah hadis, datang seorang lelaki menghadap Nabi SAW lalu menceritakan yang beliau disengat dengan kala jengking semasa tengah tidur. Kemudian Rasulullah SAW memberitahu sekiranya lelaki berkenaan berzikir pada waktu petang itu, nescaya dia akan dilindungi dari sebarang musibah atau kemudaratan.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT ciptakan - riwayat Muslim.

3. Sunnah membaca zikir pagi dan petang sebagai benteng melindungi diri dari sebarang musibah.

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tiada ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - riwayat Abu Dawud.

4. Pada waktu pagi dan petang, bacalah zikir ini sebanyak 7 kali untuk memohon keselamatan daripada Allah S.W.T.

doa pelindung diri

Maksudnya:Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan ‘Arasy yang agung. – Riwayat lbnu as-Sunni dan Abu Daud

5. Sebaik sahaja mahu melangkah keluar dari rumah, amalkanlah ayat pelindung diri ini untuk memohon Allah menjaga keselamatan diri dan rumah kita.

doa pelindung diri

Maksudnya: Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah. – Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi

6. Bukan sahaja untuk diri sendiri, adalah elok jika ibu berdoa memohon perlindungan untuk mereka yang tersayang juga dengan doa pelindung diri ini:

Amalkan Baca Doa Pelindung Diri Ini Untuk Jauh Dari Wabak Penyakit, Malapetaka dan Bencana, Tiap Kali Sebelum Keluar Rumah

Maksudnya: Aku mohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ‘ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit). – Riwayat al-Bukhari

Amalkan semua doa ini tiga kali sehari di waktu pagi dan petang, nescaya Allah akan sentiasa melindungi hamba-hambanya daripada sebarang bala dan musibah terutama di kala wabak pandemik ini sekarang.

Kelebihan membaca zikir dan doa pelindung diri

Amalkan Baca Doa Pelindung Diri Ini Untuk Jauh Dari Wabak Penyakit, Malapetaka dan Bencana, Tiap Kali Sebelum Keluar Rumah

1. Menghalau syaitan

Syaitan benci dengan manusia yang tunduk kepada Allah SWT kerana itu dia sehabis keras cuba memporak perandakan kehidupan manusia agar mereka sesat. Sampai pelbagai hasutan di bisik ke telinga agar kita murka dengan Allah SWT.

Tapi dengan membaca zikir, serta merta ia menjadi pendiding dan pelindung diri yang paling mujarab seterusnya syaitan takut nak menghasut lagi.

2. Allah sentiasa ingat kepadanya

Sebagai Pencipta dan pemilik alam semesta ini tentunya Allah SWT suka kepada hambaNya yang sentiasa mengingatinya melalui zikir.

Melalui Surah Al-Baqarah - Maka ingatlah keapadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu ingkar kepadaKu.

3. Tanam rasa bersyukur

Dengan berzikir juga dapat menanam diri untuk sentiasa rasa bersyukur kepada Allah SWT. Malah, semakin banyak kita berzikir maka semakin banyak kesyukuran kita kepada Allah SWT.

Hal ini kerana, lidah yang sentiasa basah dengan zikir sering terlepas dari mengatakan perkara yang kotor dan tidak baik.

4. Dapat membersihkan hati

Zikir juga adalah ubat kepada penyakit hati di mana hati yang kotor akan kembali suci bila sentiasa menuturkan bacaan zikir ini.

Malah hati yang mati juga boleh hidup kembali jika sentiasa mengingati Allah SWT.

5. Membuang rasa takut

Pujian dan kesyukuran ini dapat melegakan hati dan minda yang dilanda dengan keresahan serta kebimbangan. Apa yang berlaku hanya di atas keizinan Allah SWT sahaja maka pergantungan kita hanya kepada Yang Maha Esa.

Jadi dengan membaca zikir, maka hati kita yang resah ini akan kembali tenang dan gembira. Malah ketakutan juga akan hilan secara serta merta kerana kita yakin dengan Allah. Ini kerana mereka yang memiliki hati yang tenang akan terpancar cahaya kebahagiaan di wajah mereka.

6. Menguatkan mental dan kerohanian

Doa adalah satu cara untuk menguatkan jiwa dan hati. Dengan berkomunikasi kepada Allah, seseorang dapat merasa lebih tenang, tabah, dan percaya diri dalam menghadapi berbagai situasi kehidupan yang sulit.

7. Perlindungan dari sebarang ancaman

Doa pelindung diri dapat membawa rasa aman dan perlindungan dari berbagai bahaya, seperti kemalangan, bencana alam, atau situasi berbahaya lainnya.

8. Melawan kejahatan dan fitnah

 Dengan berdoa, seseorang juga memohon perlindungan dari segala bentuk kejahatan, termasuk fitnah dan tipu daya dari orang lain.

9. Membentuk jati diri yang baik

Doa membantu seseorang untuk selalu mengingati nilai-nilai kebaikan dan kebajikan, sehingga dapat membentuk personaliti yang lebih baik dan menjauhkan dari perbuatan yang merugikan diri sendiri dan orang lain.

Ingatlah bahawa doa adalah satu bentuk ibadah yang penuh keikhlasan, bukan sekadar bacaan kosong semata. Selain berdoa, usahakan juga untuk mengamalkan nilai-nilai kebaikan dan menjaga tingkah laku yang baik dalam kehidupan.

Doa pelindung diri menjadi lebih bermakna ketika diiringi dengan usaha dan ketekunan dalam menjalankan kebaikan dan menghindari segala bentuk perbuatan yang merugikan diri sendiri dan orang lain. Semoga doa ini menjadi perlindungan bagi kita semua dalam menghadapi perjalanan hidup yang penuh dengan ujian dan cubaan.

Siraplimau tzkrh.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Surah & Doa Untuk Ibu Mengandung Yang Elok Diamalkan Ikhtiar Mudah Bersalin

Baca juga: 5 Doa Untuk Orang Sakit, Ringkas & Senang Hafal Yang Diajarkan Oleh Rasulullah SAW

Baca juga: Amalan Membaca Doa Itu Baik Untuk Rohani Dan Mental. Ini Doa Harian Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!