7 Doa Buat Suami Isteri Yang Sering Tertekan & Dilanda Ujian, Elok Diamalkan Setiap Hari

undefined

Doa suami isteri yang ringkas ini perlulah diamalkan ketika rumah tangga dihujani pelbagai ujian. Mohonlah pertolongan Allah S.W.T supaya dipermudahkan

Tiada perkahwinan yang sempurna dan tidak ada hubungan kekal bahagia tanpa sebarang ujian. Namun sepahit mana pun perjalanan kehidupan bersama pasangan, usahlah berjuang hanya di pertengahan jalan. Bagi anda yang sedang diuji, amalkan beberapa doa suami isteri ini bagi mengurangkan tekanan dan hati gelisah.

Mungkin pada awalnya hidup bersama dilanda derita, namun itulah takdir yang sudah ditetapkan. Setiap impian memiliki kebahagian sememangnya memerlukan pengorbanan dan usaha dari kedua-dua pihak tanpa bertindak demi kepentingan diri sendiri.

Doa suami isteri bebas tekanan dan hati gelisah

doa suami isteri bahagia

credit to sources

Tidak dinafikan, ramai pasangan berkahwin mengakui bahawa 5 tahun pertama adalah fasa yang paling mencabar dan penuh dengan ujian. Sekiranya anda titipkan nilai kesabaran, dengan izin Allah akan menemui jalan penyelesaiannya.

Setiap orang sememangnya akan dilanda dugaan berbeza mengikut keupayaan diri. Apa yang penting adalah utamakan Allah dahulu dalam setiap perkara. Sekiranya diuji dengan sikap pasangan, luahkan padaNya. Diuji dengan kesempitan duit, carilah Allah dan jika dilanda pelbagai musibah sepanjang bergelar suami isteri, mintalah pertolongan daripadaNya.

Hanya Allah sahaja yang mampu mengubah setiap perjalanan hidup manusia. Daripada anda hanya mengeluh dan menyerah pada nasib, lebih baik berusaha untuk keluar dari sebarang masalah dengan cara mengamalkan doa suami isteri ini:

#Doa 1

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths)

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.- Hadis riwayat Tirmidzi

#2. Doa 2

doa ringkas suami isteri

credit to sources

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

(Alahumma inni a’uuzubika minal hammi wa hazan. Wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’audzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. -Sahih Bukhari

#3. Doa 3

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.- Surah Taha Ayat 25-28.

#4. Doa 4

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin)

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri. -Surah Al-Anbiya’ Ayat 87.

#5. Doa 5

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

(Allahumma ini a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk dan dari keberhasilan musuh.

#6. Doa 6

doa rumah tangga

credit to sources

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Hasbunallah wanikmal wakil)

Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami. -Surah Al-Imran Ayat 173

#7. Doa 7

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)

Maksudnya: ”Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau mudahkan apabila Engkau mengkehendakinya.”- Sahih Ibnu Hibban

Justeru, adalah lumrah untuk setiap manusia berasa kecewa dan sedih terhadap apa jua yang ditakdirkan kepada diri mereka. Namun percayalah ia merupakan ujian Allah bagi menguji hambaNya agar kembali mengadu dan pasrah kepadaNya.

“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sumber: Mymedia maya

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Rumah Tangga Tidak Bahagia, Usahlah Menyalahkan Diri, Belajar Untuk Redha

Baca juga: Terasa Rezeki Sempit Dan Tertekan? Cuba Amalkan Doa Dhuha Ini Setiap Hari, Mudahan Pintu Rezeki Terluas Tak Disangka, Jiwa Tenang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!