X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sabar Isteri Ada Batasnya, Boleh Jadi Hilang Hormat Kalau Suami Sendiri Tak Mahu Berubah

4 min bacaan
Sabar Isteri Ada Batasnya, Boleh Jadi Hilang Hormat Kalau Suami Sendiri Tak Mahu Berubah

Melalui perjalanan hidup sebagai suami isteri memerlukan sikap hormat-menghormati. Namun jika kesilapan sama sering berlaku, pasangan boleh jadi tawar hati

Sebagai seorang isteri, anda sememangnya perlu ada sikap hormat pada suami. Dalam hal ini, sebagai lelaki dan ketua keluarga perlulah menjadi teladan yang baik dalam menjamin keharmonian sesebuah rumah tangga.

Antara rahsia keluarga kekal bahagia sehingga ke syurga adalah adanya nilai saling menghormati antara satu sama lain. Jika seorang jenis panas, seorang lagi perlulah menjadi penyejuk keadaan.

Hilang sikap hormat pada suami, siapa yang perlu dipersalahkan?

hilang sikap hormat

Jika mengutamakan sikap hormat suami, ia mampu membuatkan anda menjaga mulut dari mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Bukan itu sahaja, dengan menghormati ini juga anda dapat meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada pasangan.

Namun sekiranya suami mula mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, isteri mungkin akan rasa terbeban, stres dan mungkin akan mencari kekuatan sendiri dalam meneruskan kehidupan berumah tangga.

Hal ini adalah kerana isteri mula tidak berasa bahagia dan sengsara dalam melayan pelbagai sikap negatif pasangan. Lebih membebankan lagi, segalanya berada di atas bahunya sahaja!

Antara punca isteri hilang rasa hormat pada suami ialah:

#1. Tidak matang dalam semua perkara

Macam mana nak ada rasa hormat kalau dah lama kahwin pun, suami masih tidak matang macam budak kecil. Masih lagi cakap ikut suka mulut, tidak boleh mendengar nasihat dan gagal memahami perasaan isteri sendiri.

Malah langsung tidak menunjukkan penghargaan walaupun isteri banyak memberikan pertolongan dalam menguruskan hal rumah tangga, menjaga anak-anak seorang diri dan memastikan keperluan keluarga mencukupi.

Mentang-mentanglah isteri tidak bekerja, habis segala perkara suami lepas tangan tanpa rasa bersalah!

#2. Tidak peduli tentang anak

Tiada isteri yang boleh tetap hormat suami kalau anak sendiri pun tidak ambil peduli. Baju anak, makan anak dan menghantarnya ke taska semuanya kerah kudrat isteri.

Waktu anak sakit, kebanyakan suami tidak bertanggungjawab hanya menyuruh isteri merujuk terus ke hospital. Bukannya segera balik selepas habis kerja dan sama-sama berdepan situasi getir ini.

Sebab itulah zaman sekarang, wanita bergelar ibu dan isteri ini lebih gemar berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya pada suami.

#3. Sibuk 24 jam menghadap telefon

isteri hilang hormat suami

Waktu di rumah sepatutnya untuk isteri dan anak-anak. Bukannya sibuk melayan kumpulan dalam aplikasi Whatsapp, lepas tu leka bermain permainan online. Sehingga tertidur berkepit dengan telefon!

Dalam hal ini, isteri mungkin akan sabar terlebih dahulu dan menegur cara baik. Tapi kalau keadaan masih tetap sama setiap kali pulang dari kerja, lama-lama anda jadi fed up juga.

Mana tidaknya, anak menangis mahukan susu dibiarkan sahaja. Lampin pakai buang anak tidak ditukar dan isteri mula rasa kurang selesa kerana tiada langsung waktu berkualiti dengan suami.

#4. Bersikap boros dan gagal mengurus kewangan keluarga

Isteri mana yang sanggup tahan jika setiap bulan anda perlu tanggung kos membeli keperluan dapur dan anak seperti beras, sayur, daging, ayam, ikan dan susu.

Duit gaji habis kerana bayar hutang bulanan bukan alasan yang munasabah, ya! Hal ini kerana isteri berhak menerima nafkah bulannya kerana ia merupakan tanggungjawab sebagai seorang suami.

#5. Tak pandai mengurus emosi

rasa hormat pada suami

Isteri bukanlah tempat untuk para suami melepaskan api kemarahan kerana mereka layak diberi rasa gembira dan bahagia apabila bersama dengan lelaki yang dicintai sepenuh hatinya.

Suami yang gagal hormat perasaan isteri dan sering mengabaikan keinginannya, menyebabkan mereka berasa diperlakukan seperti orang asing.

Stories Rakan Kongsi
What You Need to Know about Heavy Metal in Baby Food: Here Are the Facts
What You Need to Know about Heavy Metal in Baby Food: Here Are the Facts
Mengapa Ibu Bapa Perlu Vaksin Anak Sejak Kecil Lagi?
Mengapa Ibu Bapa Perlu Vaksin Anak Sejak Kecil Lagi?
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items
Start your day strong with protein from milk
Start your day strong with protein from milk

Suami tidak kaya masih boleh diterima lagi berbanding dengan suami yang tidak boleh mengurus emosi sehingga sanggup bersikap panas baran jika isteri tidak mengikut kemahuannya.

Menempuhi alam perkahwinan bukan cuma duduk di dalam rumah dan sibuk melepaskan nafsu batin sahaja. Ia memerlukan penerapan nilai kasih sayang, bertolak ansur dan saling menghormati.

Keluarga bahagia datangnya dari pasangan suami isteri yang selalu berusaha memberikan terbaik buat ahli keluarga. Perkongsian hidup ni menjadi mudah apabila anda lakukan bersama-sama dalam setiap perkara dan tidak mengharapkan pada kudrat isteri sahaja.

Sumber: Baituljannah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comlayan-suami

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Sabar Isteri Ada Batasnya, Boleh Jadi Hilang Hormat Kalau Suami Sendiri Tak Mahu Berubah
Kongsikan:
  • Jangan Tinggi Suara Terhadap Suami, Mereka Juga Ada Perasaan Ingin Sentiasa Dihormati

    Jangan Tinggi Suara Terhadap Suami, Mereka Juga Ada Perasaan Ingin Sentiasa Dihormati

  • Anak lelaki belajar tak hormat wanita dari perangai bapanya di rumah - kajian

    Anak lelaki belajar tak hormat wanita dari perangai bapanya di rumah - kajian

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Jangan Tinggi Suara Terhadap Suami, Mereka Juga Ada Perasaan Ingin Sentiasa Dihormati

    Jangan Tinggi Suara Terhadap Suami, Mereka Juga Ada Perasaan Ingin Sentiasa Dihormati

  • Anak lelaki belajar tak hormat wanita dari perangai bapanya di rumah - kajian

    Anak lelaki belajar tak hormat wanita dari perangai bapanya di rumah - kajian

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.