Suami Abaikan Perasaan Isteri Secara Sengaja, Boleh Sempitkan Rezeki & Sukar Untuk Berjaya
Suami abaikan perasaan isteri boleh menyebabkan hidup rumah tangga hilang seri dan bahagia. Bukan itu sahaja, rezeki juga akan susah masuk
Dalam kehidupan berumah tangga, adalah sesuatu yang biasa jika terjadinya permasalahan, salah faham, atau perbezaan pendapat. Walau bagaimanapun ramai suami abaikan perasaan isteri kerana menganggapnya sebagai hal yang kecil.
Tidak dinafikan bahawa suami isteri perlu memainkan tanggungjawab masing-masing dalam mengekalkan keharmonian hubungan. Jika hanya satu pihak sahaja yang bersungguh menjaga rumah tangga, lama-kelamaan boleh membuatkan hubungan dilanda keretakan.
Suami abaikan perasaan isteri dengan sengaja boleh hilangkan seri dalam rumah tangga
Mungkin tanpa sedar, rama isuami abaikan perasaan isteri membuatkannya menangis dalam diam.
Cuma ada suami yang memang betul-betul tak nampak atau “buat-buat” tak nampak. Tapi adakah ia dikira sebagai dosa suami menyakiti istri?
Di dalam al-Quran surah An Nisa ayat 19, terdapat sebuah petikan ayat yang berbunyi
“Dan gaulilah isterimu dengan baik, lalu jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu. Padahal Allah SWT telah menjadikannya kebaikan yang banyak.”
Surah ini menjelaskan bagaimana para suami harus bersabar dengan sikap isteri yang tidak disukainya dan Allah SWT sendiri telah menjadikan isterimu itu dengan pelbagai kebaikan.
Sebuah lagi hadis riwayat Maisarah bin Ali, dari Ar Rafi’, dari Abu Sa’id Al Khudzri ada menyebut
“Barangsiapa yang membiarkan hati isterinya terluka, maka dia menangis seolah-olah menangis takut kepada Allah, dan barangsiapa yang menangis takut kepada Allah SWT, maka Allah akan mengharamkan tubuhnya masuk neraka. Jika suami isteri saling memperhatikan, maka Allah SWT akan memperhatikan mereka berdua dengan penuh rahmat. Saat suami memegang tapak tangan isteri, maka gugurlah dosa suami isteri itu dari jari-jari mereka.”
Hal ini bermaksud dosa suami menyakiti istri dan hukum membuat isteri menangis ialah haram. Jadi sebagai suami apabila berbuat sesuatu, fikirlah panjang. Elakkan buat hati isteri yang terluka secara berpanjangan tanpa langsung dipujuk.
Kerana tangisannya itu akan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan akan menyebabkan hidup suami tidak menjadi tenang.
Suami abaikan perasaan isteri menyebabkan rezeki semakin berkurangan
Hal ini dibuktikan sendiri dengan pelbagai permasalahan yang melibatkan cabaran pasangan suami isteri dalam berumah tangga.
Seorang lelaki bernama Nazim sempat berkongsi bagaimana balasan suami menyakiti hati istri ini mampu mengurangkan rezekinya.
Semuanya kerana suami sengaja membuatkan isterinya menangis.
Ikuti luahan Nazim berikut:
*****
Semalam aku jumpa seorang kontraktor yang jujur dan rajin. Aku terkesima mendengar ceritanya.
Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Kejujuran yang bagaimana? Beliau mengatakan betapa penting kejujuran pada keluarga dan kerja yang menghalalkan rezekinya.
Kejujuran pada keluarga dengan menjaga isteri atau ibu bapa kita dengan jujur. Percayalah Allah itu adalah segala-galanya.
Beliau juga tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih kepada Allah dan isterinya. Kata beliau, semuanya dari Allah, asalkan kita jujur dan melakukan yang terbaik.
Sehingga ke hari ini, beliau tidak pernah lekang bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Kata beliau, semua ini berkat doa isterinya juga.
Balasan suami menyakiti hati istri akan buat hidup tidak berjaya, rezeki jadi susah masuk
Setiap kali selepas solat, isterinya itu tidak pernah berhenti mendoakan ibu bapa, ibu bapa mertua dan suaminya. Oleh sebab Allah sayang pada isterinya, dia mengurniakan rezeki pada mereka, pada anak-anak.
Sebab itu beliau sentiasa menjaga hati pasangan. Elakkan buat isteri kecil hati dengan suami dan beliau sentiasa jujur dengannya. Beliau berkhidmat pada keluarga mertua.
Satu ayat yang paling aku tak boleh lupa ialah
“Siapa yang buat hancur hati isteri memang Allah tak bagi hidup yang berkat. Tak berjaya. Wanita ini amanah dan anugerah Allah. Mereka siang malam berjaga dan berkorban untuk keluarga. Jagalah Bidadari ini.
Hal ini buat aku terfikir, ramai orang ingat duit hanya boleh datang jika kita bekerja siang dan malam. Rezeki mungkin lebih melimpah ruah jika kita pandai, cantik dan glamor.
Tapi kita lupa erti bersyukur. Kita lupa ada orang yang memiliki semuanya pun tidak cukup bahagia.
Kita lupa nak menghargai isteri. Kita lupa nak pandang anak kita. Kita lupa nak menghormati ibu bapa.
Hakikatnya semua dari Allah. Jika kita berbuat baik pada ibu, ayah dan isteri kita, nescaya kita akan dikasihi dan disayangi Allah.
Suara hati istri yang sering tidak diendahkan punca isteri hilang hormat pada suami
Selepas berkahwin, kebanyakan isteri hanya memiliki suami yang menjadi kawan dan teman dalam semua perkara. Bukan itu sahaja mereka juga perlu melalui kehidupan jauh berbeza dengan zaman bujang. Setelah bergelar isteri, fokusnya tertumpu kepada mengurus keluarga di rumah.
Lebih menyedihkan lagi, ada segelintir suami langsung tidak menghargai pengorbanan isteri kerana mereka menganggap pasangan tidak bekerja hanya ‘goyang kaki’ di rumah.
Sebenarnya tugas seorang suri rumah bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini kerana mereka perlu bekerja 24 jam tanpa henti bagi memastikan makan, minum, pakaian suami dan anak-anak terjaga. Apabila dirinya dilanda masalah atau tertekan dalam menjalani kehidupan seharian, maka suamilah yang menjadi tempat meluahkan.
Disebabkan oleh ramai suami pada hari ini terlalu sibuk dengan telefon bimbit dan sesetengahnya melebihkan kawan, ia boleh membuatkan hati isteri yang terguris. Lama-kelamaan, orang yang hancur hati ini lebih memilih untuk memendam perasaan.
Situasi ini boleh menjadi teruk apabila istri kecewa dengan sikap suami. Antaranya:
- Selalu bercakap bohong
- Berlaku curang di belakang isteri
- Memuji perempuan lain
- Tidak ambil kisah langsung pasal anak
- Pemalas dan tidak mahu bekerja
- Tidak pandai mengurus kewangan dan boros
Kata kata untuk suami yang menyakiti istri
Dalam berdepan sebarang permasalahan suami isteri, komunikasi yang berkesan dapat memberikan jawapan penyelesaian terbaik.
Sebagai isteri elak terlalu ikutkan emosi dan meninggikan suara pada pasangan, adalah lebih baik tekankan komunikasi secara berhemah. Antara kata kata untuk suami yang menyakiti istri bagi menyedarkan kesilapannya ialah:
- “Katakanlah jika istrimu ini sudah tak membuat kamu tertarik lagi, jangan kamu diam dan tenggelam dengan asyik di duniamu sendiri seolah aku seperti bukan siapa-siapa kamu.”
- “Diamnya seorang istri bukan berarti membiarkanmu berbuat perkara sesuka hati yang menyakitkan hati, sungguh aku tidak faham dengan cara pemikiranmu wahai suamiku.”
- “Suamiku, apa yang membuatmu berubah? Apakah aku tak lagi menarik perhatianmu? Ataukah kau telah bosan bila bersamaku?”
- “Rasa sungguh menyedihkan saat aku sudah berusaha semaksimum mungkin untukmu. Tapi semuanya ternyata belum cukup.”
- “Mungkin banyak orang yang lupa bahwa hubungan yang bertahan lama adalah yang dilandasi cinta, tanggungjawab, perhatian dan saling melengkapi.”
Sememangnya setiap hubungan rumah tangga tidak akan terlepas daripada ujian. Sebagai lelaki, adalah penting mengetahui tanggungjawab suami dalam islam agar anda menjaga amanah isteri dan anak-anak sebaik mungkin.
Ingatlah dosa dengan manusia adalah lebih berat daripada dosa dengan Allah. Jika berbuat kesilapan, turunkanlah ego untuk mengucapkan kata maaf. Setiap orang pastinya impikan kebahagiaan dalam hidup.
Justeru usahakanlah untuk mengecapinya dengan insan yang anda cintai. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah
Baca juga: Bila Rumah Tangga Tidak Bahagia, Usahlah Menyalahkan Diri & Belajar Untuk Redha
Baca juga: Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia