Anda Sedang Hamil, Tapi Anak Sulung Minta Dukung? Hati-Hati, Boleh Sebabkan Keguguran Tau!

undefined

Tahukah anda, sebenarnya ada risiko jika anda mendukung anak sulung, ketika anda hamil? Jangan ambil mudah isu ini!

Anda hamil tapi perlu menggendong dan mendukung anak? Anak yang masih kecil sememangnya memerlukan belaian ibu. Salah satu belaian ibu yang digemari anak sudah tentu didukung ibunya. Namun selamatkah diri jika anda menggendong anak saat hamil?

Apabila mendapat tahu anda mengandung lagi, sudah tentu anda akan mengalami beberapa perubahan rutin terutamanya terhadap anak pertama.

Hakikatnya, anda HARUS berhenti menggendong anak saat hamil! 

Risiko Menggendong Anak Saat Hamil

menggendong anak saat hamil

Semasa hamil, ibu masih boleh mendukung anak yang berusia 1-3kg yang beratnya 15kg ke bawah. Tapi apabila masuk trimester ke-3, sebaiknya ibu kurangkan mendukung si sulung untuk menjaga kandungan.

Ini kerana kehamilan menghasilkan hormon rileks yang boleh melonggarkan sendi. Ia bertujuan untuk menyediakan ibu untuk proses bersalin. Jika anda terus dukung anak, anda mungkin akan mengalami sakit-sakit badan pada akibat tekanan ke atas badan.

Apabila perut semakin membesar, titik graviti lebih tertumpu pada bahagian punggung. Hal ini boleh menyebabkan anda mudah jatuh apabila mengangkat berat yang melebihi had kemampuan. Bahkan, anda boleh mengalami pendarahan malah keguguran!

Tips Menggendong Anak Saat Hamil

menggendong anak saat hamil

 

Wanita sebenarnya masih boleh aktif walaupun sedang mengandung. Malah, terdapat kajian yang menyatakan wanita boleh melakukan olahraga ketika hamil asalkan ia bersesuaian dan mendapat pengesahan doktor.

Sekiranya ibu masih perlu dukung anak, ada beberapa tips yang boleh dilakukan supaya kandungan tetap dalam keadaan baik. Antaranya:

  • Jangan dukung anak terlalu lama.
  • Jangan angkat anak secara tergesa-gesa kerana anda berisiko jatuh.
  • Angkat anak dengan berlutut dulu, pastikan kaki anda stabil. Pastikan kaki yang menahan beban, bukannya punggung. 
  • Setelah anak berapa dalam dakapan, tegakkan badan perlahan-lahan. 
  • Jangan berdiri tiba-tiba kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah anda naik!
  • Dengan meletakkan anak di pangkuan, beban anda akan menjadi lebih ringan.
  • Jika anda rasa tidak cukup kuat, jangan memaksa dan berhenti mendukung anak. Penggunaan tenaga yang banyak sekaligus boleh menyebabkan pendarahan yang tidak berbahaya.
  • Jika doktor anda melarang anda mengangkat sebarang beban, sebaiknya anda patuh arahan doktor anda.

Bagaimana Nak Rapat Dengan Anak Walaupun Tanpa Mendukung Mereka?

Anda Sedang Hamil, Tapi Anak Sulung Minta Dukung? Hati-Hati, Boleh Sebabkan Keguguran Tau!

Tidak semua wanita hamil mendapatkan rehat yang cukup semasa tempoh kehamilannya

Ibu bapa harus sentiasa ingat, di kala anda sedang mempersiapkan diri untuk menyambut bayi, anak kecil anda masih memerlukan belaian. Jangan sampai mereka rasa terabai dan tidak dipedulikan.

Pastinya ibu merasa bersalah apabila tidak dapat melakukan aktiviti kebiasaan bersama si sulung. Tambahan lagi jika anak merasa sedih dengan keadaan tersebut.

Ibu jangan risau ya.

Bonding bersama anak masih boleh dilakukan walaupun tanpa mendukung anak itu, sebaliknya teruskan berpimpinan tangan, mencium dan memeluk anak. Sentiasa ingat yang dia masih kecil dan perlukan anda.

Jalan terbaik ialah sentiasa mengingatkan anak yang dia bakal mendapat adik, dan kasih sayang anda terhadapnya tidak akan berkurangan.

Semoga bermanfaat.

Artikel ini asalnya ditulis oleh Prima Sulistya dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Ibu Ayah Salah Cara Dukung Anak, Sebab Itu Tangan Cepat Kebas & Lenguh!

Baca juga: Bayi Ibu Ini Bergerak Terlalu Agresif Di Dalam Rahim, Adakah Ia Selamat?

Baca juga: Dalam diam, 7 bahasa tubuh ini tanda bayi nak cakap sesuatu pada ibu bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!