X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ayah, Mari Bantu Anak Sulung Mengalu-Ngalukan Anak Kedua Anda Agar Tahu Nilai Sayang Keluarga.

5 min bacaan
Ibu Ayah, Mari Bantu Anak Sulung Mengalu-Ngalukan Anak Kedua Anda Agar Tahu Nilai Sayang Keluarga.

Berikut adalah cara untuk memperkenalkan adik-beradik baru kepada kanak-kanak yang lebih tua.

Persengketaan antara adik-beradik tidak dapat dielakkan, itu sudah pasti. Oleh kerana inilah apabila anda sedang mempersiapkan kehadiran anak kedua, pastikan anak sulung juga dipersiapkan sepenuhnya bagi mengelakkan ketegangan apabila lahir kelak!

Dia akan lebih mudah menerima kedatangan insan baru, yang mungkin akan “mencuri” sedikit kasih sayang ibu ayahnya.

Kenalkan Anak Pertama Dengan Anak Kedua Sedari Awal

Jadi, mulai hari ini, jom belajar cara untuk memperkenalkan bayi anda kepada anak-anak yang lebih sulung.

Ibu Ayah, Mari Bantu Anak Sulung Mengalu-Ngalukan Anak Kedua Anda Agar Tahu Nilai Sayang Keluarga.

1. Jadi Seorang Rakan Sebelum Lahir

Sedari awal, banyakkan bercerita kepada anak-anak yang anda sedang hamil baby baru. Beritahu anak yang si adik adalah keluarganya dan dia perlu sayang keluarga sepanjang masa.

Tunjukkan gambar scan bayi anda kepadanya. Untuk kanak-kanak kecil jika dia tidak dapat melihat adiknya, maka bagi dia, adiknya tidak wujud.

Jika anda menunjukkan gambar adiknya dalam rahim, dia pasti akan perlahan-lahan tahu yang akan hadir insan baru dalam rumahnya nanti.

Biarkan si sulung mengusap perut anda, seolah-olah dia sedang membelai adiknya. Biarkan juga dia bercakap dengan adiknya dan merasa tendangan bayi.

2. Ingatkan Kembali Semasa Dia Masih Bayi

Dengan mengingatkan anak anda tentang masa kecilnya, dia akan mula sedar tentang kehadiran si kecil yang lain.

Duduk dengan anak anda dan tunjuk album gambar bayinya. Tunjukkan gambarnya selepas kelahiran, ketika di bawa pulang ke rumah buat pertama kali dari hospital, gambar jururawat yang menjaganya, dan sebagainya.

Dengan memainkan semula masa bayi kanak-kanak, dia akan bersedia untuk adik-beradik yang baru.

anak kedua

3. Bercerita Tentang Kelahiran Anak Kedua

Bercerita juga kepada anak anda yang nanti, anda perlu berikan perhatian kepada bayi anda.

Contohnya, anda boleh berkata: “Bila baby dalam perut Mama ini keluar, Mama akan mendukungnya sepanjang masa.”

Ini supaya dia akan faham dan tidak terlalu terkejut apabila tiba-tiba ibunya tidak lagi memberi perhatian penuh seperti sebelum ini.

Terangkan juga: “Baby Mama ini nanti akan selalu tidur dan menyusu sepanjang hari. Dia mahu duduk di lengan Mama setiap masa. Nanti abang tolong Mama jaga adik ye?”

4. Bawa Anak Bersama Ketika Kelahiran Adik Baru

Apabila anda selamat bersalin, bawa anak anda dan biarkan dia melihat adiknya. Rasa sayang keluarga pasti bersemi!

Selain itu, minta juga bantuannya untuk merancang “parti hari jadi” buat adik barunya.

Biar dia pilih kek dan hiasan parti supaya dia dapat merasakan keistimewaan bayi baru yang bakal menyertai kumpulan keluarga anda!

5. Beri Hadiah Kepada Anak Yang Terdahulu

Selalunya, bayi baru yang dapat hadiah kan?

Untuk menghilangkan rasa cemburu anak-anak yang lain, anda sebagai ibu ayah boleh menyediakan hadiah istimewa buat mereka juga.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Simpan beberapa hadiah kecil untuk anak anda yang lebih tua dan berikan kepadanya apabila rakan-rakan anda memberi hadiah kepada bayi yang baru.

Biarkan dia menjadi orang yang membuka hadiah bayi dan menguji mainan atau baju baby yang baru itu.

sayang keluarga

6. Luangkan Masa Bersama Adik Baru

Anda boleh berkongsi masa dengan anak-anak yang sulung sambil menjaga bayi anda dengan memakai babysling.

Sambil mengendong bayi, anda masih boleh kedua-dua belah tangan anda untuk bermain permainan dengan anak-anak anda yang lebih tua.

Pada masa yang sama, galakkan juga si abang atau kakaknya untuk menghiburkan bayi anda.

Buat wajah dan bunyi-bunyi yang melucukan ketika bermain dengan anak anda. Ia adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun.

7. Buatkan Kakak dan Abang Berasa Penting

menerima anak kedua

Beri anak anda tugas sebagai ahli dalam organisasi keluarga anda!

Beritahunya yang anda memerlukan bantuannya. Beri dia jawatan. Jadikan ia sesuatu yang menyeronokkan. Contohnya, anda boleh berkata:

“Abang jadi pembantu Mama ya? Tolong ambilkan lampin adik, boleh?” “Kakak tolong bawa baju untuk Mama ya.” “Tolong ambilkan minuman untuk ibu.”

Biar dia menukar lampin, pakaian bayi dan memandikan bayi (semua di bawah pengawasan anda). Jangan lupa untuk memuji mereka atas setiap bantuan yang mereka berikan.

Ibu Ayah, Mari Bantu Anak Sulung Mengalu-Ngalukan Anak Kedua Anda Agar Tahu Nilai Sayang Keluarga.

8. Terbuka Dengan Perasaan Adik-Beradik

Selain itu, anda juga boleh menggalakkan anak anda untuk meluahkan perasaan negatif serta perasaan positif yang dirasainya.

Galakkannya untuk meluahkan perasaannya terhadap adiknya yang baru supaya dia faham kepentingan sayang keluarga. Kanak-kanak sering berasa lebih selamat dan tenang selepas dapat meluahkan perasaan mereka.

Selepas mendengar luahan hati mereka, akui perasaan mereka. Contohnya anda boleh berkata:

Abang nak Mama peluk abang ya? Abang sedih Mama tak peluk abang lagi hari ini. Abang sayang adik, kan?

9. Beri Perhatian Istimewa Sekali-Sekala

Apabila si kecil lahir, ia adalah normal untuk anak sulung anda merasa kehilangan perhatian anda.

Untuk membuatnya tahu yang anda masih mengambil berat tentang dirinya, luangkan masa yang istimewa dengannya. Dalam hal ini, si ayah boleh memainkan peranan.

Contohnya, si ayah boleh membawa si sulung pergi bermain di taman, membeli aiskrim istimewa di kedai ais krim, atau membeli mainan kegemarannya di kedai runcit.

Jadi, walaupun si sulung berasa yang dia kehilangan sedikit perhatian dari ibunya, tapi dia masih mendapat kasih sayang dan perhatian dari si ayah.

anak kedua

10. Lindungi Keperluan Anak-Anak

Apabila baby baru hadir dalam keluarga anda, cuba elakkan daripada memarahi dan memukul si sulung.

Ia hanya akan membuatkan si kecil itu bertambah sedih, dan mungkin berubah menjadi marah dan mudah menunjukkan tantrum.

Berikannya pelukan sentiasa. Ucapkan kata kasih sayang selalu. Ia supaya anak anda yang lebih tua akan terus berasa selamat dan disayangi.

Semoga dengan segala tip di atas, anda dapat menikmati saat indah hidup bersama anak-anak – bersama si sulung serta bayi yang baru lahir!

Mereka juga dapat berbaik-baik sesama sendiri tanpa perlu ada rasa cemburu atau sedih.

Recana diterjemah daripada Dr. Sears.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Ibu Ayah, Mari Bantu Anak Sulung Mengalu-Ngalukan Anak Kedua Anda Agar Tahu Nilai Sayang Keluarga.
Kongsikan:
  • 5 tanda anak anda mahu adik satu lagi, hmm... macam mana ayah ibu?

    5 tanda anak anda mahu adik satu lagi, hmm... macam mana ayah ibu?

  • Budak 4 tahun bunuh adik sendiri sebab kata-kata gurauan yang selalu kita sebut pada kanak-kanak!

    Budak 4 tahun bunuh adik sendiri sebab kata-kata gurauan yang selalu kita sebut pada kanak-kanak!

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 5 tanda anak anda mahu adik satu lagi, hmm... macam mana ayah ibu?

    5 tanda anak anda mahu adik satu lagi, hmm... macam mana ayah ibu?

  • Budak 4 tahun bunuh adik sendiri sebab kata-kata gurauan yang selalu kita sebut pada kanak-kanak!

    Budak 4 tahun bunuh adik sendiri sebab kata-kata gurauan yang selalu kita sebut pada kanak-kanak!

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.