Folic Acid Untuk Apa? Ini Sebab Mengapa Wanita WAJIB Ambil Asid Folik Lebih Awal

undefined

Folic acid untuk apa? Ia adalah vitamin bagi wanita hamil atau perempuan yang sedang cuba hamil supaya kandungan dapat dijaga dengan baik

Anda tahu tak kebaikan dan fungsi folic acid untuk apa terutama bagi wanita hamil dan anda yang cuba untuk mengandung? Sebabnya, kami menerima banyak maklum balas dan soalan tentang asid folik menerusi aplikasi theAsianparent.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Folic acid untuk apa & bila patut makan?
  • Mengenali apa itu folic acid
  • Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil asid folik
  • Tak makan folik asid, tapi minum susu sahaja. Boleh atau tidak?
  • Asid folic jenis apa yang bagus di farmasi
  • Wanita belum mengandung perlukah ambil asid folik
  • Folic acid untuk apa- ia boleh didapati dalam beberapa jenis makanan ini

Soalan dan maklumat dari pengguna aplikasi theAsianparent itu kami gabungkan menjadi panduan supaya segala persoalan dan keraguan anda tentang kegunaan folic asid untuk apa itu terjawab sekaligus mengurangkan kegusaran di hati anda. 

Folic acid untuk apa & bila patut makan? 

folic asid untuk apa

Ramai yang masih ragu-ragu tentang bilakah sepatutnya wanita hamil makan asid folic. Soalan ini diajukan oleh Nurul Ain, salah satu pengguna aplikasi theAsianparent di mana dia sedang mengandung tujuh minggu namun doktor tidak memberinya asid folic.

Lalu dia bertanya sama ada patut atau tidak meneruskan baki vitamin tersebut yang dia pernah konsumsi sebelum ini atau menunggu asid folic dari Klinik Kesihatan setelah membuka buku merah.

Rata-rata pengguna aplikasi theAsianparent yang lain memberi maklum balas dengan mengatakan asid folic boleh dimulakan sejak 4 ke 5 minggu kehamilan bagi menguatkan tulang bayi dan pembentukan janin yang sempurna.

Tak kurang juga yang mengatakan asid folic boleh dimulakan sebelum kehamilan lagi, kerana ia sangat baik untuk hormon wanita, malah doktor juga menyarankan agar anda mengambilnya tiga bulan sebelum merancang untuk miliki zuriat.

Mengenali apa itu folic acid

acid folic untuk apa

Asid folik ini dikenali sebagai folat iaitu vitamin B. Sumber makanan yang terbaik bagi mendapatkan asid folik ialah dari sumber makanan yang diperkaya dengan bijirin.

Ia memainkan peranan penting dalam membantu penghasilan sel darah merah dan juga membantu dalam pembentukan tiub saraf bayi (baby neural tube) agar berkembang hingga ke otak dan saraf tunjang bayi dengan baik.

Antara fungsi folic acid ialah:

  • Menguatkan tulang bayi
  • Pembentukan janin yang sempurna
  • Menguatkan rahim wanita
  • Mengelak kecacatan pada bayi
  • Perkembangan bayi yang sihat

Bilakah masa yang sesuai untuk mula mengambil asid folik

Kecacatan kelahiran biasanya berlaku dalam jangka masa antara 3 hingga 4 minggu di awal kehamilan.

Justeru pengambilan vitamin ini sangat penting pada awal kehamilan kerana pada masa itulah asid folik berperanan dalam membantu perkembangan otak dan saraf tunjang bayi dan sekaligus mengelakkan berlakunya kecacatan.

Ramai wanita tidak mengetahui bahawa pengambilan vitamin ini hendaklah diambil sebelum mengandung bagi membantu pembinaan sel-sel darah merah dan perkembangan bayi di dalam kandungan.

Dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang. Justeru, 12 minggu pertama kehamilan sangat penting untuk paraa ibu mengambil asid folik setiap hari secara konsisten.

Jumlah asid folik yang dicadangkan untuk semua wanita dalam merancang untuk hamil atau berada pada awal kehamilan ialah 400 mcg setiap hari.

Manakala, jumlah asid folik yang dicadangkan mengikut usia kehamilan ialah:

  • 400mcg: Perancangan untuk hamil
  • 400mcg: Tiga bulan pertama kehamilan
  • 600mcg: Enam bulan hingga sembilan bulan kehamilan
  • 500mcg: Semasa menyusu badan

Tak makan asid folic tapi minum susu saja, boleh atau tidak?

asid folic

Salah seorang pengguna apliksi theAsianparent bernama Mahduri Vivian turut bertanya sama ada boleh atau tidak jika dia tidak makan vitamin asid folic tapi hanya minum susu ibu mengandung sahaja. Adakah ia mencukupi bagi tubuhnya?

Ramai yang memberi maklum balas terhadap soalan yang diajukan Mahduri itu dan rata-ratanya memberitahu kedua-duanya adalah sama penting dan tidak boleh skip salah satu darinya.

Ada juga yang memberi peringatan agar dia mengambilnya dengan jarak beberapa jam selepas minum susu atau asid folic.

Asid folic untuk apa yang bagus di farmasi? 

kebaikan asid folic

Salah seorang pengguna turut bertanyakan tentang asid folic yang bagus di farmasi dan pengguna lain memberitahu bahawa setiap asid folic tak kira brand apa semua adalah sama. Berikut adalah brand asid folic yang boleh didapati di farmasi

  • Hovid
  • Appeton
  • Obimin pluz
  • Iberet folic

Wanita belum mengandung perlukah ambil asid folik?

Setiap wanita disarankan mengambil asid folik meskipun anda dan pasangan tidak bercadang untuk mengandung dalam masa terdekat. 

Tahukah anda bahawa masih rendah kesedaran dalam kalangan wanita muda akan kepentingan pengambilan asid folik? Berdasarkan kajian yang dilakukan di Korea terhadap wanita berumur 19 hingga 45 tahun, 7 daripada 10 wanita tahu dan pernah dengar mengenai asid folik.

Walau bagaimanapun hanya dua orang sahaja memahami akan fungsi sebenar asid folik bagi mengelakkan berlakunya kecacatan pada janin ketika dalam kandungan.

Meskipun faham akan kebaikan asid folik, hanya 1 daripada 10 wanita sahaja benar-benar mengambil supplemen ini secara konsisten setiap hari.

Folic acid untuk apa- ia boleh didapati dalam beberapa jenis makanan ini

  • Sayuran berdaun hijau gelap
  • Pisang
  • Kacang bendi
  • Bayam
  • Asparagus
  • Brokoli
  • Tembikai
  • Cendawan 
  • Daging
  • Selada
  • Bijirin
  • Roti yang diperkaya
  • Tepung
  • Pasta
  • Nasi

Antara gejala berlakunya kekurangan asid folik dalam tubuh seseorang wanita ialah:

  1. Hilang selera makan
  2. Kurang berat badan
  3. Keletihan
  4. Ulser mulut dan perut
  5. Cirit-birit
  6. Lemah daya ingatan dan kognitif
  7. Lidah menjadi bengkak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Khasiat Buah Laici Untuk Ibu Hamil, Ia Mencegah Risiko Bayi Lahir Cacat & Kaya Asid Folik

Baca juga: Janin Alami Cystic Hygroma & Meninggal Dalam Kandungan, Ibu Jangan Abaikan Asid Folik!

Baca juga: JANGAN Skip Makan Asid Folik Ketika Mengandung, Ini Antara 7 Jenama Yang Bagus!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!