Bukan Saja-Saja, Ada Sebab Orang Tua Melarang Ibu Berkongsi Gambar Bayi Di Media Sosial

undefined

Kebanyakan ibu ayah berasa teruja sehingga setiap hari berkongsi gambar bayi comel di media sosial. Namun tahukah anda perbuatan ini amat membahayakannya?

Sesiapa sahaja pasti akan berasa teruja dengan kehadiran orang baru dalam keluarga. Lantas masing-masing cenderung untuk berkongsi berita gembira ini di media sosial bersama rakan-rakan yang lain dengan memuat naik beberapa keping gambar bayi comel baru lahir.

Namun kebanyakannya melarang ibu ayah melakukan perbuatan ini kerana ia dikatakan tidak elok untuk bayi baru lahir. Ada juga mencadangkan anda supaya  bersabar dahulu menunggu beberapa minggu selepas kelahiran.

Baca juga: Begini Rutin Penjagan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Barulah Si Manja Tidak Kerap Merengek!

Benarkah tidak elok berkongsi gambar bayi comel baru lahir di media sosial?

gambar bayi baru lahir

credit to sources

Bagi ibu ayah zaman moden, mungkin anda mendakwa nasihat ini tidak begitu logik atau ketinggalan zaman kerana tiada bukti saintifik. Sebab itulah masih ramai mengendahkan larangan ini dan ada pula terus memuat naik gambar bayi comel sebaik sahaja keluar dari rahim ibu dengan kapsyen ”fresh from oven”.

Hakikatnya, bayi yang berusia bawah 40 hari berdepan dengan dua jenis gangguan iaitu fizikal dan rohani. Gangguan rohani inilah yang perlu ibu ayah waspada setiap masa kerana ia terdiri daripada Ain (sihir tanpa jin) dan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).

Apabila ibu ayah memuat naik dan berkongsi gambar bayi baru lahir (0 hingga 40 hari) di laman sosial, dikhuatiri mereka akan terkena dengan al-Ain itu iaitu sihir tanpa jin atau mata jahat.

”Penyakit ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang bisa mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR Muslim).

Bukan itu sahaja, penyakit ini juga salah satu bentuk penyakit ghaib yang berlaku kerana dorongan hasad dan dengki. Ia boleh disebabkan manusia atau jin atau kedua-duanya sekali.

Bermakna apabila seorang yang bersih hatinya memuji bayi baru lahir, lalu jin menjadi dengki, ia akan menganggu bayi berkenaan dengan sesuatu penyakit. Justeru, sekiranya ada yang ingin memuji gambar bayi comel, hendaklah dia mengiringi dengan lafaz iringan seperti MasyaAllah atau SubhanAllah.

Boleh berlaku hanya dengan perasaan

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, penyakit Ain adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata. Orang dengki dan jahat, dengan sebab pandangan mata sahaja sudah untuk untuk mengenakan orang yang dipandangnya dengan sesuatu penyakit.

Bukan itu sahaja, pandangan yang disebabkan kagum, teruja dan disertai dengan sedikit sifat cemburu juga boleh menyebabkan penyakit ini. 

kongsi gambar bayi

credit to sources

Menurut Ibn al-Qayyim, ”Jiwa orang yang menjadi penyebab ‘ain boleh menimbulkan ‘ain, tanpa melalui penglihatan. Bahkan kadang kala ada orang buta, kemudian diceritakan tentang sesuatu kepadanya lalu jiwanya menimbulkan ‘ain walaupun dia tidak melihat sesuatu itu.

Ada banyak penyebab ‘ain yang boleh menyebabkan terjadinya ‘ain, hanya dengan cerita tanpa melihat.” (Lihat Zad al-Ma’ad, 4/149).

Ini bermakna, penyakit ain boleh berlaku hanya dengan perasaan tanpa melihat seperti melalui televisyen dan gambar.

Bayi yang baru lahir masih suci

Kadang bukan kerana adanya sifat iri hati. Tapi dengan terlampau takjub juga boleh jadi penyakit ain ini. Sebab itulah apabila bayi baru lahir, mereka ini masih suci. Bila tenung, nampak tenang dan sungguh comel.

Dalam masa yang sama kita tidak tahu mungkin ada yang melihat dengan penuh takjub atau dengan perasaan iri hati. Maka lebih afdal ibu ayah tidak terburu-buru berkongsi gambar si manja dengan kenalan di media sosial.

Sebab itu juga jangan terlalu rasa takjub atau iri apabila melihat anak-anak atau harta yang dimiliki oleh saudara, takut kita yang menjadi puncanya.

Bukan itu sahaja, gangguan ain ini boleh berupa gangguan penyakit fizikal, mempengaruhi perasaan, fikiran negatif bagi kesihatan dan boleh mengancam nyawa.

”Sebab paling banyak yang menyebabkan kematian pada umatku setelah takdir Allah adalah ‘ain.” (HR. Al Bazaar)

Tanda anak kecil anda mengalami gangguan ain

bahaya gambar bayi baru lahir

credit to sources

#1. Tangisan tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali kolik atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut, tidak mahu menyusu dengan ibunya tanpa sebab yang jelas.

#2. Keadaan tubuh sangat kurus kering (seperti kurang zat).

#3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh seperti ekzema dan seangkatan dengannya.

Sumber: Muftiwp, Orami

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!