6 Cara Berkesan Atasi GASTRIK Semasa Mengandung, Ibu Hamil Boleh Cuba

Anda pernah alami perut sebu? Begitulah rasa gastrik semasa mengandung. Nak buat apa pun rasa tidak selesa kerana perut sentiasa sebu dan berangin!

Badan sentiasa berangin atau gastrik semasa mengandung adalah perkara biasa yang sering disebut oleh ibu yang sedang mengandung.

Perkara ini mendatangkan ketidakselesaan kepada mereka terutama apabila morning sickness sedang galak menyerang. 

Gastrik semasa mengandung membuatkan perut ibu sentiasa rasa tidak selesa dan bloated hingga menyebabkan pergerakan terbatas dan sebagainya kerana rasa sakit yang tidak tertahan.

Gastrik semasa mengandung boleh diatasi dengan cara ini

Gastrik semasa mengandung

Kredit: newsbomb.gr

Gastrik ini boleh juga jadi masalah besar yang dihadapi oleh ibu mengandung kerana ia membuatkan ketidakselesaan sepanjang hari. Perut rasa bagai ada ‘tornado’ di dalamnya dengan angin yang tidak henti berbunyi.

Pantang tersalah makan sikit, maka menjadi-jadilah gastrik dan anginnya sampaikan kadang-kadang terpaksa ke klinik minta suntikan daripada doktor kerana tidak dapat menahan sakit.

Ada kebanyakan kes, alahan ibu mengandung tidaklah teruk sangat tetapi apabila ia bercampur dengan gastrik dan angin, itu yang membuatkan alahan si ibu jadi terlampau teruk sehingga terpaksa berumah di hospital berhari-hari lamanya.

Tips ini dikongsikan seorang ibu, Ezzaty Suffian untuk mengurangkan gastrik semasa mengandung. Ia termasuklah:

#1. Jaga waktu makan 

Mesti makan tepat pada waktunya. Kalau terasa lapar, terus cari apa-apa makanan untuk diisi ke dalam perut. Jangan biarkan perut kosong terlalu lama kerana ia akan membuatkan gastrik semasa mengandung menjadi lebih teruk.

Jadi, makanlah pada waktu yang tepat dengan tidak menjarakkan terlalu jauh waktu pemakanan.

#2. Makan sikit tetapi kerap

Jangan biarkan perut terlalu kenyang. Makanlah sedikit tetapi secara kerap bagi memastikan perut anda sentiasa terisi dengan makanan dan mengurangkan angin dalam perut.

#3. Hati-hati pilih makanan

Pastikan tidak termakan atau terminum makanan atau minuman yang boleh jadi penyebab gastrik serta angin. Pastikan anda tahu dan semak apa yang dimakan kerana tidak semestinya orang lain sesuai ia juga sesuai untuk anda. 

#4. Minum air kelapa muda

 

 

Gastrik semasa mengandung

Kredit:honestdoc

Sifat air kelapa muda adalah beralkali. Berlawanan dengan gastrik yang berlaku dalam perut yang disebabkan oleh asid. Apabila kita amalkan minum air kelapa muda, automatik dia mampu neutralkan gas dan asid yang penuh dalam perut.

Ini pengalaman Zaty sendiri bila mula kena gastrik waktu mengandung 3 bulan. Kebetulan rumak mak mertua banyak pokok kelapa. 3 hari berturut-turut Zaty minum.

Tips untuk pilih buah kelapa bagi rawatan gastrik : pilih buah kelapa yang paling muda, yang isi kelapanya belum lagi tebal. Kalau dapat isi kelapa yang macam berlendir dan belum warna putih lagi (nampak transparent) itu lebih bagus.

Untuk kandungan yang belum cecah 4 bulan lagi, elok cuba minum sikit dulu air kelapa. Setakat setengah cawan kecil dah memadai. Tengok macam mana “progression” dia.

Kalau ok, tak rasa sakit di bahagian ari-ari atau rahim, maksudnya rahim kita kuat untuk terima air kelapa. Kalau ada rasa sakit, berhenti terus minum air kelapa tersebut.

Untuk ibu-ibu yang pernah keguguran pun sama. Kena cuba minum sikit dulu. Kalau tiada rasa sakit apa-apa baru boleh teruskan tips ni.

Waktu pertama kali Zaty minum air kelapa ni, Zaty dapat rasa waktu tu dalam perut bunyi macam meletup-letup. Terasa betul air kelapa ni bertindak balas dengan gas dan angin yang ada dalam perut. Lebih kurang 30 minit, tiba-tiba rasa perut lega sangat-sangat.

#5. Makan brokoli

Brokoli antara sayur yang sangat bagus untuk buang angin daripada badan terutamanya perut. Zaty amalkan makan brokoli goreng celup tepung setiap petang (sebab selalu perut berangin waktu petang) daripada mengandung 3 bulan dulu sampailah sekarang.

Bukan setakat itu saja, brokoli boleh buat perut rasa lebih kenyang dan tak cepat lapar. Kadang-kadang Zaty gantikan nasi dengan brokoli je setiap kali makan malam sebab tak selera nak makan nasi.

Bila makan brokoli, dalam tempoh 30 minit akan banyak angin keluar daripada badan melalui kentut mahupun sendawa.

#6. Serbuk kayu manis  bersama susu suam

Serbuk kayu manis pun mampu mengurangkan masalah gastrik. Kayu manis boleh membantu kurangkan pengeluaran asid perut dan boleh pecahkan angin dalam badan.

Sekiranya ibu mengandung selera minum susu, campurkan setengah sudu kecil serbuk kayu manis ke dalam segelas susu suam. Amalkan minum sama ada setiap pagi atau malam.

Untuk susu pula, pastikan ibu pilih susu skim (susu tepung) atau susu rendah lemak. Elakkan sama sekali mengambil susu segar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ezzaty Suffian

Baca juga: Bimbang Gastrik Masa Hamil? Ini 5 Cara Efektif Dapat Tangani Masalah Itu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!