Gejala Morning Sickness/ Mabuk Hamil Yang Kuat Tanda Ibu Bakal Menimang Bayi Pintar, Ini Buktinya!

undefined

Gejala morning sickness yang selalu dialami wanita mengandung merupakan petanda bahawa ibu sedang mengandungkan anak yang pintar

Ketika berada di fasa awal kehamilan, ramai ibu akan mengalami gejala morning sickness atau dalam erti kata lain mabuk hamil sehingga tidak ada selera untuk makan.

Pastinya gejala ini membuatkan badan rasa tak sihat, tidak bersemangat, lemah, mengantuk dan tak larat untuk melakukan kerja-kerja rumah. Seolah-olah nak berbaring saja sepanjang hari!

Penelitian tentang gejala morning sickness atau mabuk hamil

ciri-ciri morning sickness

Walaubagaimanapun, tidak semua wanita hamil mengalami gejala morning sickness ini kerana ada juga yang langsung tidak mual dan muntah di awal kehamilan.

Tapi bagi mereka yang mengalaminya terpaksalah bertahan dengan penuh rasa sabar demi bayi dalam kandungan.

Namun berita gembiranya adalah, ibu yang mengalami gejala morning sickness ini kurang berisiko untuk keguguran dan berpeluang melahiran bayi dengan lebih sihat dan cerdas!

Sekumpulan peneliti yang berasal dari Kanada mendapatia wanita hamil yang tidak mengalami muntah dan mual lebih dari 3 ke 10 kali berpeluang keguguran pada tiga bulan pertama kehamilan. Jika dibandingkan dengan ibu yang mengalami gejala tersebut.

Dalam hal ini, ibu yang mengalami gejala morning sickness juga risiko melahirkan bayi dengan masalah kesihatan seperti cacat bawaan, kelahiran pramatang atau berat lahir yang rendah.

Selain itu, anak juga memiliki skor IQ yang lebih tinggi semasa berumur antara tiga hingga tujuh tahun.

Keputusan itu diperoleh selepas para pengkaji mengamati hasil 10 penelitian yang dilakukan daripada lima buah negara pada tahun 1992 hingga 2012. Ia melibatkan seramai 850 ribu wanita hamil pada tahun berkenaan.

Menurut Jabatan Pediatrik, Hospital Sick Children dari Univeristi of Toronta mengatakan:

“Analisa ini menjelaskan kesan baik terhadap ibu yang mengalami muntah dan mual semasa mengandung. Di mana mereka kurang risiko keguguran, cacat bawaan, pertumbuhan janin dan lain-lain.

Pada masa yang sama, penemuan ini mendapati tubuh ibu dipengaruhi oleh hormon yang baik semasa alami mual dan muntah. Namun belum terbukti sepenuhnya kesimpulan ini. Ini kerana, ada juga sesetengah wanita hamil yang mengalami fasa buruk setelah mengalami mual dan morning sickness.

Walaubagaimanapun, penelitian ini boleh meyakinkan ibu bahawa gejala morning sickness ini tidaklah sesuatu yang terlalu berbahaya kepada kesihatan janin.

Namun untuk mengurangkan simptom morning sickess ini, ibu boleh mengamalkan makanan yang sihat supaya dapat menangani masalah ini dari terus menganggu rutin harian.

Apa itu morning sickness

apa itu morning sickness ketika hamil

Bagi anda yang baru pertama kali mengalami alahan mengandung ini, pasti akan keliru apa itu morning sickness dan adakah ia sama dengan gejala keracunan makanan (muntah-muntah, pening, sakit pada bahagian perut), kan?

Sebenarnya morning sickness adalah rasa mual dan disertai dengan muntah ketika kehamilan. Ia suatu keadaan menyebabkan ibu berasa tidak selesa sepanjang hari.

Meskipun ia dipanggil sebagai morning sickness, tidak bermaksud berlaku pada waktu pagi sahaja, ada juga sesetengah ibu mengalaminya waktu petang ataupun malam.

Kebanyakan ibu mengalami alahan ini ketika trimester pertama kehamilan. Namun jangan risau kerana apabila memasuki trimester kedua, ia akan menghilang dengan sendirinya dan selera makan anda bertambah baik.

Mual di trimester pertama kehamilan

Tahap keterukan mual dan muntah boleh berbeza-beza mengikut individu, ada yang ringan dan ada yang berat.

Usia kehamilan berapa minggu mulai mual muntah

Usia kehamilan berapa minggu mulai mual dan muntah? Jawapannya ia bermula seawal minggu ke-6 kehamilan disebabkan oleh kadar hormon hCG yang begitu tinggi.

Gejala mual dan muntah juga dikatakan adalah respon awal tubuh terhadap tingginya kadar progesteron dan estrogen.

Morning sickness berapa lama

Menurut Pakar Kesuburan, Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Pusat Perubatan Tropicana Dr Nurhazinat Mohamed Yunus, jika mabuk, loya dan mual dihadapi disebabkan kehamilan, keadaan itu biasanya akan berlanjutan sehingga minggu ke-14 hingga 16.

Hanya dua ke lima peratus wanita hamil yang mengalami mabuk atau alahan sehingga tiba waktu bersalin.

Justeru berapa lama mual saat hamil adalah bergantung kepada setiap wanita kerana perjalanan kehamilan mereka tidak akan sama.

Ciri-ciri morning sickness atau ciri-ciri mual hamil

Ada beberapa ciri-ciri morning sickness yang berlaku pada kebanyakan ibu baharu iaitu:

  • Mual sepanjang masa. Tidak hanya di pagi hari, ibu mengandung akan mengalami mual bila-bila masa sahaja terutamanya ketika bangun tidur atau selepas makan
  • Pening kepala. Rasa mual dan muntah boleh menyebabkan ibu pening kepala kerana kurangnya keseimbangan tubuh. Lebih teruk lagi apabila anda tidak boleh minum air mencukupi hingga menyebabkan dehidrasi. Jika ini berlaku, anda mungkin akan dimasukkan ke dalam wad untuk dipantau oleh pihak hospital
  • Ciri-ciri mual hamil: Muntah-muntah. Ia terjadi apabila adanya rasa mual dan mengakibatkan anda mengeluarkan isi perut melalui mulut.
  • Deria bau menjadi terlalu sensitif. Ciri ciri morning sickness yang seterusnya adalah tidak dapat menghidu bau masakan, bau sekeliling, bahkan bau badan suami juga!

Cara mengatasi mulut terasa pahit dan mual

cara mengatasi mual ketika mengandung

Rasa pahit mulut ketika mengandung merupakan masalah biasa dialami kebanyakan ibu. Ia boleh membuatkan anda hilang selera makan dan hanya berehat sepanjang hari.

Pahit mulut selalunya berlaku ketika trimester awal kehamilan dan berpunca oleh perubahan hormon. Ada beberapa cara mengatasi mulut terasa pahit dan mual iaitu:

  1. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  2. Kurangkan makanan berlemak dan pedas kerana ia boleh meningkatkan tahap keasidan perut
  3. Minum air yang banyak dan kunyah gula-gula getah tanpa gula bagi meningkatkan penghasilan air liur
  4. Ambil buah yang tinggi dengan vitamin C kerana rasa masamnya dapat menghilangkan rasa pahit di mulut
  5. Jaga kebersihan mulut dan gunakan ubat kumur

Tidak hanya wanita, morning sickness pada suami juga ada berlaku

Morning sickness pada suami dikenali sebagai Sindrom Couvade. Menurut pakar perubatan Perancis, Sir Couvade melalui kajiannya mendapati ada sesetengah kes alahan dialami oleh lelaki terutamanya jika isteri orang yang dominan dalam rumah tangga. 

Punca morning sickness pada suami adalah:

  • Sifat terlalu taksub untuk menjadi bapa
  • Kandungan merupakan sesuatu yang amat ditungu-tunggu
  • Memiliki latar belakang kemurungan atau kebimbangan

Kebanyakan simptom dihadapi si suami adalah terhad dan singkat. Namun, ada sesetengah suami mengalami simptom yang lebih panjang disebabkan faktor sedia ada seperti mengalami penyakit kemurungan, kerisauan menjadi bapa dan faktor genetik.

Cara mengatasi mual saat hamil dengan berkesan

Dr Nurhazinat menasihati para ibu untuk hentikan dahulu pengambilan vitamin atau makanan tambahan sepanjang tempoh mabuk hamil ini kerana ia boleh menyebabkan alahan, rasa loya dan muntah bertambah teruk.

Selain itu cara mengatasi mual ketika hamil ini adalah dengan pengambilan vitamin B. Kebanyakan doktor di hospital akan membekalkan vitamin B bersama ubat tahan muntah bagi membantu ibu mengandung menjalani kehidupan lebih selesa.

Cara mengatasi mual yang lain adalah dengan:

  • Minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari
  • Pastikan makanan yang diambil adalah berkhasiat dan bernutrisi tinggi
  • Beristirehat dan mendapatkan tidur dengan baik.
  • Hindari tempat yang terlalu panas supaya dapat mengurangkan rasa mual
  • Cara mengatasi mual dengan minum air lemon dan teh halia
  • Jangan berbaring selepas makan
  • Cara menghilangkan mual: Jangan makan lewat malam
  • Jangan ambil makanan yang pedas dan bercili

Posisi tidur untuk mengurangi mual saat hamil muda

SleepAdvisor menjelaskan posisi tidur yang disyorkan untuk mengurangkan loya semasa hamil ialah tidur mengiring ke kiri.

Posisi tidur ini paling sesuai untuk ibu hamil pada trimester awal dan akhir kehamilan. Tidur mengiring ke kiri bukan sahaja mengurangkan loya semasa hamil, tetapi juga meningkatkan peredaran dan aliran darah.

Dengan cara ini, nutrien penting boleh sampai ke plasenta janin. Selain itu, kajian juga membuktikan bahawa posisi tidur mengiring boleh menghalang tekanan rahim daripada berehat pada urat, belakang, dan organ dalaman.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 14 Bahan Di Dapur Ini Boleh Merawat Morning Sickness Semasa Hamil

Baca juga: Jenis Makanan Penambah Darah Untuk Ibu Hamil Yang Ada Masalah Hb Low Atau Anemia

Baca juga: 7 Tanda Hamil 2 Minggu Yang Buat Ramai Ibu Keliru, Waktu Inilah Sesuai Buat Ujian Kehamilan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!