Anak Angkat Pasangan Ini Digoncang Sampai Mati Oleh Bapa Kandungnya Sendiri!

undefined

Perbuatan menggoncang bayi boleh membawa padah. Ibu bapa dinasihatkan jangan goncang bayi dengan kuat walaupun tertekan mereka kerap menangis.

Kejadian goncang bayi biasanya terjadi apabila ibu bapa atau penjaga sudah hilang akal bagaimana untuk menenangkan bayi yang asyik menangis berterusan.

Ini menyebabkan mereka jadi bosan, tak sabar dan menggoncang bayi tersebut dalam usaha untuk membuatkan bayi itu berhenti menangis. 

Bayi jadi mangsa akibat digoncang

Pasangan Rachel dan Heidi McFarland dari Iowa telah membuat perancangan untuk mengambil anak Markeya Atkins, rakan sekerja Rachel sebagai anak angkat selepas dia dilahirkan pada bulan Disember 2013.

Bayi itu diberi nama Gabriel.

Tapi selepas menjaga Gabriel selama 78 hari, pasangan itu terpaksa memulangkan bayi comel itu pada Markeya Atkins yang telah berubah fikiran.

Pasangan itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana Atkins tidak pernah menandatangani sebarang borang perlepasan hak penjagaan untuk anaknya.

Menurut Des Moines Register, 5 minggu selepas Gabriel dipulangkan oleh ibu bapa angkatnya, Atkins telah menemui anaknya dalam keadaan “bersendirian, pucat, basah dan berbuih mulut serta hidung.”

Semuanya gara-gara Gabriel telah digoncang hingga mati oleh ayahnya Drew James Weehler-Smith yang berusia 17 tahun. 

goncang bayi

Drew James Weehler-Smith mengaku bersalah menggoncang bayinya hingga mati. Sumber gambar: (WHO-TV)

Bahaya menggoncang bayi

Tahukah anda bahawa sebanyak 20-30 kes goncang bayi telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur? 

Tapi itu hanya kes yang telah dilaporkan sahaja, sedangkan mungkin banyak lagi kejadian goncang bayi yang tidak pernah dilaporkan?

Anak Angkat Pasangan Ini Digoncang Sampai Mati Oleh Bapa Kandungnya Sendiri!

Kecederaan otak yang boleh dialami apabila seseorang menggoncang bayi dengan kuat

Kesan goncang bayi bergantung kepada berapa kuat bayi itu telah digoncang. 

Bayi yang masih kecil mempunyai kawalan leher yang lemah serta otak yang sangat sensitif.

Apabila bayi digoncang dengan kuat, hentakan otak pada tengkorak boleh menyebabkan saluran darah pecah hingga mereka boleh mengalami perdarahan dalaman. 

Kecederaan otak bayi boleh mendatangkan kesan-kesan ini:

  • sawan yang berpanjangan,
  • masalah pembelajaran
  • kemahiran motor yang berkurangan
  • dan dalam kes teruk, bayi itu boleh mati!

Tanda-tanda bayi telah digoncang dengan kuat

Untuk mengelak kejadian ini daripada berulang, sama-samalah kita lebih peka dengan kesihatan dan persekitaran anak-anak. 

Perhatikan tanda-tanda ini jika anda syak anak anda telah digoncang dengan kuat:

  • bayi kelihatan pucat
  • 75-90% bayi akan menunjukan perdarahan dalam lapisan mata
  • pendarahan pada kawasan vitreus mata
  • Retakan di tulang dada 
  • Retakan tulang tengkorak 
Anak Angkat Pasangan Ini Digoncang Sampai Mati Oleh Bapa Kandungnya Sendiri!

Seorang bayi yang sedang menerima rawatan selepas digoncang. Sumber gambar: Big Country Homepage

Langkah pencegahan agar kejadian goncang bayi tak berulang

Sekiranya bayi menangis tak berhenti, tolonglah JANGAN GONCANG BAYI itu.

Sebaliknya, letakkan bayi di tempat yang selamat seperti kot bayi yang mempunyai palang atau penghadang di kelilingnya supaya bayi atau kanak-kanak tidak jatuh.

Tinggalkan bayi itu untuk seketika supaya anda boleh menenangkan fikiran.

Suruh orang lain yang dipercayai untuk mengambil alih penjagaan anak sementara waktu.

Anda juga boleh meminta bantuan dari ahli keluarga lain untuk melakukan kerja-kerja di rumah atau menjaga anak-anak anda yang lain.

Jangan rasa tertekan atau bersalah kerana tidak dapat memujuk anak untuk berhenti menangis kerana ini perkara yang normal.

Bayi anda tidak akan mati apabila menangis berpanjangan tapi dia mungkin boleh mati akibat goncangan yang kuat.

Sumber: Yahoo, People dan MyHealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Awas, Jangan Sesekali Goncang Bayi! Ini Boleh Menyebabkan Risiko Kerosakan Otak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!