5 Sebab Perut Nampak Kecil Ketika Hamil, Paling TAKUT Keadaan No #5 Itu!
Sudah mencecah 4 bulan usia kehamilan, tapi perut kelihatan kecil, apakah yang tidak kena dengan kandungan ini?
Apabila ibu tahu tubuh sedang berbadan dua tentunya mereka akan menjaga kehamilan dengan sebaiknya supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Terutama bila ini merupakan kehamilan pertama ataupun jarak bertahun dengan anak sebelumnya. Namun pelik juga hamil 4 bulan perut masih kecil? Mengapa ia boleh terjadi? Adakah ibu patut risau?
Sebelum mengulas lebih lanjut berkaitannya, proses kehamilan ini mengambil masa kira-kira 40 minggu atau 42 minggu bagi melengkapi pertumbuhan bayi yang lengkap dan normal.
Sebagai ibu, tentunya kita mahu bayi yang bakal dilahirkan nanti dalam keadaan yang sempurna, sihat dan cukup sifat. Itu sudah cukup membahagiakan lantas membesarkan anak dengan sepenuh kasih dan sayang.
Jadi sebagai ibu yang sedang hamil anda harus peka dengan kesihatan badan, melakukan aktiviti yang sihat, banyakkan berehat, memenuhi temujanji dengan doktor O&G dan sentiasa menjaga pemakanan dengan sebaiknya dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi sekaligus memberi manfaat kepada ibu dan bayi.
Dalam masa yang sama, ibu masih dapat melihat perubahan yang berlaku kepada tubuh badannya selama hamil sama ada berada dalam keadaan yang sihat atau tidak.
Salah satunya dalah 4 bulan hamil perut masih kecil maka ia tentu membuatkan anda berasa bimbang dan curiga dengan perkembangan janin dalam kandungan.
Hamil 4 bulan perut masih kecil, adakah ia normal?
Apabila sudah masuk ke usia 4 bulan yang bermaksud anda sudah masuk ke trimester kedua tentunya fizikal ibu turut mengalami perubahan terutama di bahagian perut. Namun dengan bentuk tubuh yang berbeza pada setiap ibu hamil maka fizikal perut tidak boleh disamakan antara satu sama lain.
Sekiranya perut tidak membesar semasa empat bulan ini doktor akan melakukan pemeriksaan yang lebih rapi. Namun, ini sebab-sebabnya.
5 Sebab Perut Kecil Semasa Hamil
Ada pelbagai punca yang menyebabkan perut kelihatan kecil semasa hamil, namun perkara ini tidak perlu dirisaukan selagi doktor mengatakan janin berada dalam keadaan yang sihat dan baik.
Untuk lebih jelas, di sini kami sediakan 5 sebab mengapa perut ibu hamil 4 bulan masih kelihatan kecil dan tidak buncit seperti mana ibu hamil yang lain.
#1. Bentuk badan ibu
Penyebab utama yang menyebabkan perut ibu masih kelihatan kecil adalah kerana bentuk badan ibu yang berbeza dengan kebanyakan wanita.
Hal ini kerana, wanita yang bersaiz tinggi lampai memiliki perut yang lebih kecil meskipun sudah menginjak ke usia empat bulan. Ini adalah keadaan yang normal berlaku kepada mereka. Namun, perut akan membesar seiring dengan usia kehamilan itu sendiri.
#2. Kehamilan pertama
Bila pertama hamil, perut ibu masih menyesuaikan diri dengan proses kehamilan lantas menyebabkan perkembangan perut ibu berjalan agak lambat sehingga perut kelihatan masih kecil. Kondisi ini adalah normal namun dapatkan pantauan daripada doktor.
#3. Posisi janin
Penyebab yang lain adalah posisi janin semasa berada dalam kandungan. Ini kerana pergerakan janin akan terjadi secara normal dan berhenti ketika usia kehamilan masuk ke minggu ke 32 – 38 semasa mempersipkan badan untuk lalui proses bersalin.
#4. Jumlah air ketuban
Sebab yang lain adalah kerana jumlah air ketuban di dalam rahim ibu yang sedikit hingga membuatkan perut kelihatan kecil. Namun tak perlu dibimbangi selagi doktor mengatakan semuanya dalam keadaan yang baik.
#5. Janin tak berkembang
Keadaan ini yang paling tidak diharapkan oleh ibu hamil iaitu perut masih kecil semasa usia kehamilan 4 bulan yang bermaksud janin tidak berkembang dengan baik. Walaubagaimanapun, doktor akan melakukan pemeriksaan yang lebih terperinci berkaitan hal ini supaya bayi tetap sihat selepas dilahirkan kelak.
Justeru itu, dapatkan pemeriksaan doktor dengan teratur pada setiap bulan supaya keadaan ibu dan bayi berada pada paras yang tidak membimbangkan. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Hamil.co.id
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Faktor Mempengaruhi Saiz & Bentuk Perut Ibu Hamil, Wajib Tahu!